Terbaru, ada pula gadis dari tempat saya ni - Parit Buntar, didakwa kena pukau oleh seorang lelaki yang baru dikenali menerusi Facebook. Dia kemudian dibawa lari dan duduk tinggal di rumah orang lain. Nasib baik diketemui balik, kalau tak .. manakan tahu apa nasib malang yang akan menimpa.
Awek Kena Pukau Kawan Facebook
Saya cilok sedikit fakta daripada Berita Harian Online ini:
Parit Buntar: Seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang dipercayai mengikut teman lelaki yang dikenali dalam laman sosial Facebook, pada 8 Julai lalu, kembali semula ke pangkuan keluarganya di sini Jumaat lalu.
Siti Sakira Ahmad, 18, mendakwa dipukau sehingga lupa dirinya sendiri dan keluarga selain tidak mengetahui kedudukan dia berada sehingga seorang wanita dikatakan ibu angkat yang menjaganya sepanjang 26 hari tidak kembali ke rumah, membaca mengenai kehilangannya dalam akhbar ini.
Boleh baca selebihnya di sini - Gadis Dakwa Dipukau Teman Facebook
Jadi, rakan-rakan blogger yang asyik masyuk tambah kenalan di Facebook, hati-hatilah. Jangan sampai jadi macam kes begini.
Oh ya, agak-agak nak kenal lelaki kacak berkaca mata ..kulit hitam manis .. bolehlah add saya ni ... saya ok punya .. hahahahahahahaa... jom jadi rakan saya di Facebook ... klik sini - Facebook Jejaka Kacak Berkaca Mata.
samapi x ingt diri sindiri..
ReplyDeletebahaya jugak ni.
bomoh mana yg hebat nie.
Abang... Saya dah jadi rakan Abang dekat facebook boleh tak?... hehehe...
ReplyDeletetinggi betol ilmu hitam mamat ni..
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.