Blog Buruk Tapi Popular
Buruk? Ye, buruk dari segi susun atur, warna ntah apa-apa, nampak serabut sana-sini. Sekali pandang memang tunggang-langgang habis....Sysss ... buruk tu pada pandangan mata si A, mungkin tidak pada mata si B atau C atau J mahupun K. Tak sama weih citarasa dan pandangan. Anda pandang-pandang blog anda, nampak O.K. Orang lain pandang nampak K.O. Persepsi buruk .. lawa...tersusun... itu semua agak subjektif.
Kadangkala ada blog nampak simple. Yang nampak istimewa pada blog itu cuma salji yang turun dalam warna kelam, tetapi di sebalik 'kekurangan' itu ia berjaya dapatkan sumber pendapatan online yang jauh lebih baik dari anda yang blog letak macam-macam iklan. Maka, jangan pandang dan lihat sesebuah blog dengan sebelah mata. Ada dua mata, gunalah kedua-dua mata.
Terkedu juga saya bila melihat sebuah blog yang susun aturnya tak karuan, tapi pemiliknya cukup dikenali. Nah, sebijik kena ... apa ada pada pandangan fizikal andai tak lihat pada isi kandungan. Kerana isi kandungannya cukup bagus, lenyaplah kekurangan yang ada pada pandangan fizikal pengunjung blog berkenaan.
Ada blog, wahh .. cukup cantik, bling sana .. bling sini. Kemas je nampak. Tapi bila nak baca isi kandungan blog.. ada yang rasa kecewa.
Cantik Luar Tak Semestinya Cantik Dalam
Cantik blog anda tidak semestinya cantik isi kandungan. Begitulah juga buruk blog anda tidak semestinya isi kandungan pun buruk belaka. Andai anda berasa blog anda macam tak karuan, widget bertaburan, tak semestinya ia tidak akan dibaca oleh pengunjung. Mungkin anda belum ada ilmu yang cukup untuk menjadikan blog anda lebih tersusun.Semua orang akan belajar buat sesuatu yang lebih baik. Dan bukan semua perkara boleh dilakukan secara serentak. Hari ini ...belajar dah mengenai cara susunan blog yang bagus, maka diperbetulkan mana yang perlu. Esok .. mungkin dapat ilmu mengenai SEO blog pula, langsung digunapakai dalam penulisan entri terkini.
Buruk nampak blog ... biar buruk tapi boleh beri manfaat, dari cantik lawa tetapi suka memperdaya.
*p.s: Maaf kalau terasa hati, kerana kita serupa .. blog nampak tunggang-langgang.
Kalau saya tak berapa pandang sangat cantik ke buruk sesebuah blog tu... yang penting mesra pembaca dr segi speed loading dan kotak komen yg menyenangkan selain penulisan yg best...
ReplyDeleteHarapnya blog saya oklah ... :)
Deleteye setuju :)
Deleteye setuju :)
DeleteBg saya, no 1 cara penulisan dan memberi manfaat untuk org lain. Nak ulas panjang takut x cukup plak ruangan komen nie :)
ReplyDeleteHahahaa.. masing-masing ada pendapat masing-masing. Tak muat nak ulas, buat je entri, in Sha Allah akan ada yang baca dan ambil peduli.
Deletehaaa..macam blog saya la..tak gitu Bro HH? Simple2 je.. hhehe..
ReplyDeleteMasing2 ada citarasa. Tapi macam tuan punya kedai, jangan asyik fikir citarasa sendiri, citarasa pengunjung pun kena ambil kira.
Deletebetul.. kita tak boleh paksa readers suka dan follow blog kita..:) suka ni mmg subjektif.. pilihan ditangan pembaca.." only the best will do."
ReplyDeletebetul tue
ReplyDeletex boleh ada paksaan kan
Paksaan akan buat orang cepat tak suka...
DeleteSenyum je baca.. masing2 ada citarasa dan penggemar tersendiri.. tak semua yg kita suka org suka, begitu sebaliknya. Yg penting kita jujur dgn diri sendiri.
ReplyDeleteblog sye buruk ...xlawa pun...sye akui...
ReplyDeletebagi seseorang readers...keadaan blog bukan masalah bagi dia orang..yang penting, kandungan blog tersebut..
ReplyDeletetaktau nak duduk belah mana. hahaha...dua2 terkena. -.-'
ReplyDeleteSape mkn cili dia terasa pedasnya.
ReplyDeleteblog buruk takpe. Asalkan kandungan seronok dibaca.. tapi kalau sesebuah blog tu banyak sgt iklan floating tu, rimas pun ade. hehe
ReplyDeletebagi saya isi penting penyampaian sesuatu entry tu yang melayakkan blogger tu famous or tak :)
ReplyDeleteBuruk pada pandangan kita tapi cantik pada pandangan orang lain... Segalanya bergantung pada hati, blog yg di tulis dengan hati yg ikhlas untuk memberi dan berkongsi pasti akan cantik dan di sukai.
ReplyDeleteMinat dan kesukaan orang berbeza. Ianya subjektif. Saya cuma buat blog yang menepati objektif blogging saya. Harap2 ianya di senangi pembaca saya. Ada pembaca yang tak suka entry panjang, ada pula yang tak puas baca entry pendek. So, kita buat sekadar termampu kita kan HH.
ReplyDeleteHH, Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan.
hehe setuju ngan bro HH.
ReplyDeleteaku satu je...kalau masuk blog tu..first sekali aku tengok kat mana artikelnya..kalau nak cari kat mana artikelnya pun payah..maka payah la aku nak suka blog tu..lantak la die popular camne sekalipun..
ReplyDelete80% muka blog penuh iklan..memang aku benci
tak suka blog yang penuh iklan meganggu pembacaan kita walaupun ada entry yang bagus.....
ReplyDeleteassalamualaikum hh....betul tu jangan memandang luaran jer tapi cuba kaji dalamannya pasti ada yg baikkan...:)
ReplyDeleteHahaha.. tajuk ni memang menarik perhatian.. Kan best kalau blog buruk saya pun boleh jadi femes.
ReplyDeleteburuk dimata..tapi cantek dihati..hihi
ReplyDeleteblog cantik, kemas isi tunggang langgang.. = P
ReplyDeletedesign blog dgn isi kena selari..selera kita kan lain2...semua itu sangat subjektif untuk dinilaikan..hu3..buruk xpe janji masyuk dan popular
ReplyDeleteermmm saya dah tak tahu macam di katakan blog boleh msyuk..n saya susun blog saya mengikut rasa hati saya..tapi no komen pun dari pembaca..tak pasti ada yang baca ker tak blog saya
ReplyDeletesaya paling tak berkenan blog ada lagu :( sebab bila bukak masa tu kita memang tengah dengar lagu lain. memang pangkah terus..
ReplyDeleteBlog buruk tapi sebenarnya cantik.. gaya penulisan cantik, gaya bahasa cantik & pengisian mempersona pembaca yg buat blog tu cantik walau buruk..
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.