Kadangkala buat sesuatu yang diluar kebiasaan akan memberikan impak positif kepada blog anda. Jika kena cara, ia akan melonjakkan blog anda ke satu tahap yang anda tidak sangka. Ini merupakan tips untuk membolehkan blog anda dikenali secara mudah dan cepat. Elemen kejutan perlu untuk memancing pengunjung baru ke blog.

Buat Kejutan Kepada Pengunjung Blog

Kejutan yang bagaimana? Oh tentulah kejutan yang elok, bukan tak elok ehhh. Contohnya, jika dalam kebiasaan anda menulis entri santai, cubalah sesekali buat entri yang serius. Dan pastilah tajuk entri anda juga perlu nampak keseriusan tersebut. Ada orang kadangkala melihat sisi lain kita ini sebagai unik, jadi mereka mungkin akan tertarik.

Macam anda tahu seorang pasangan itu hidup bahagia suami isteri, pastu tetiba si suami kahwin lagi satu - yang diluar jangka anda; tentu anda mahu tahu cerita dan kisah di sebaliknya kan? Ini elemen kejutan yang benar buat anda terkejut. Pasti akan menarik perhatian.

Begitulah juga dengan blog, apabila pengunjung dan pembaca setia sudah selesa dengan penyampaian biasa anda tiap-tiap hari, cuba buat kejutan dengan buat entri yang mereka tak akan sangka datang dari anda. Pasti akan ada yang tertanya-tanya dan ingin tahu. Entri tersebut pasti akan memberikan trafik yang anda tidak jangkakan.

Contoh seperti anda dah biasa menulis mengenai tips melancong, tetiba anda tulis sesuatu yang tak biasa anda tulis iaitu cerita anda kena rompak atau kena ragut semasa melancong; atau mungkin anda dah biasa menulis mengenai resepi dalam blog anda, kemudian satu hari anda tulis mengenai luahan hati tentang gambar resepi anda dicuri.

Elemen kejutan ini pula tak lari jauh dari niche atau tema blog anda, masih relevan walaupun ia agak tersimpang daripada kebiasaan anda berkongsi di dalam blog.

Ramai blogger yang berjaya menarik trafik dengan teknik seperti ini.

Bagaimana dengan blogger yang menulis kisah peribadi? Hmm .. jadikan sesuatu rahsia dalam hidup anda sebagai satu tarikan dengan mendedahkannya menerusi blog - itu satu elemen kejutan juga. Contohnya, anda bercerita kisah kehidupan anda dalam blog tetapi ada satu rahsia anda tidak ceritakan kepada pengunjung dan pembaca blog anda - seperti anda telah bertunang. Dengan secara tiba-tiba, anda kongsikan kisah anda telahpun mendirikan rumahtangga ... haaa tak ke terkejut namanya tu .... pasti akan menarik perhatian orang lain nak baca yang sebelum ini macam acuh tak acuh je nak singgah ke blog anda.

Cubalah, dapatkan sebuah entri yang boleh berikan kejutan kepada pengunjung blog anda.


5 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. good tip, kalau kisah peribadi boleh citer tapi takut ada hati dan perasaan orang lain yang terluka kembali.....hehe

    BalasPadam
  2. Ada sebuah entri ular masuk kereta saya dah siap nak publish tiba2 suami kata, jgn cerita kat blog atau fb. Hmmmmm... Terpaksalah simpan je dlm deraf... huhu...

    BalasPadam
  3. nak share sesuatu yang terlalu peribadi pun risau jugak..takut orang tak suka...tengah fikirkan sesuatu yang menarik dan kejutan..yezza

    BalasPadam
  4. Sesekali memang perlu kerana ianya dapat menyegarkan entri blog yg asyik terikat dengan niche. Bagus utk kesihatan blog...hehe

    Pengunjung yg seakan sudah lali dengan entri biasa anda akan teruja bila mendapat sesuatu entri yg mengejutkan ini...

    BalasPadam
  5. Kejutan yang boleh membantu dalam menaikkan traffik..menarik..www.tepakku.com

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement