As-Salam. Apabila menukar template yang baru, perkara yang harus diambil perhatian ialah salinan kod HTML atau backup kepada kod-kod lama. Ia penting supaya apa-apa yang berlaku semasa proses nak ubah template, perletakan kod tertentu dalam HTML blog dapat ditangani dengan mudah.
Cara nak backup template blogspot anda sangat mudah. Ikuti langkah-langkah berikut untuk memastikan template yang berfungsi elok disimpan dalam komputer milik anda.
Cara Backup Blogspot
Untuk backup blog anda, perlu ke
dashboard, bahagian
Template. Sebelah atas ada butang
Backup/Restore. Klik butang tersebut.
Bila klik paparan di bawah akan keluar, klik butang
Download full template.
Kemudian, satu paparan di bawah akan muncul. Pilihlah opsyen
Save File dan klik OK. Dah siap, template blogspot anda sudah ada dalam simpanan di komputer anda. Jika berlaku apa-apa, maka bolehlah anda muat naik kembali.
Hmm ... buat blogger berpengalaman, mungkin dah tak jadi satu masalah. Cuma nak ingatkan sahaja, selalu juga berlaku di mana ada blogger terlupa nak
backup template blogspot. Apabila tetiba terusik HTML blog dan
layout blog jadi kacau bilau .. mulalah gelabah. :) Jangan jadi seperti saya, sampai kena buat balik dari A sampai Z ... sehari suntuk ooo ....
Dah. Buat blogger baru, selamat mencuba.
salam ramadhan HH..kekadang terlupa jugak nak backup...thanks for tuto nie
ReplyDeletekalau HH sehari suntuk, pcl mau berhari2 ...penin kepala ...tp tu dulu dan sampai sekarang ni pon masih merangkak lg dgn HTML..up sikit dari zero sblmnya.
ReplyDeletehihi.. tak berani nak usik dah... redha dengan yang sedia ada...
ReplyDeleteTips yang berguna kepada semua blogger baru..tetapi elok sekiranya blogger baru belajar juga dengan jodding html atau php.sekurang-kurangnya membantu dalam duna blog..www.tepakku.com
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.