As-Salam. Saya ni bukan ada banyak duit sangat, dan saya juga bukanlah seorang yang berkira. Tetapi kalau hasil usaha penat lelah cuba untuk diambil kesempatan atau dengan kata lain dicuri, tentulah saya akan berasa sedih. Jadi, buat ingatan semua terutama yang ada akaun PayPal, sila kemaskini akaun anda untuk elak digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab.
cubaan godam akaun paypal

Saya baru-baru ini terima email daripada pihak admin PayPal (bukan yang PayPal Phising atau tipu ye); berkenaan beberapa aktiviti mencurigakan dalam akaun PayPal saya yang dah bertahun saya guna. Dengan menggunakan Kapersky's Safe Money, saya login ke akaun PayPal Inc dan buat beberapa perubahan yang disarankan.

Cubaan godam akaun berkaitan kewangan akan berjaya jika kita tidak kemaskini akaun perbankan kita, terutama akaun online seperti CIMBClicks, M2U, myBSN serta PayPal. Keperluan untuk kemaskini bukan hanya sekadar menukar kata laluan tetapi juga butiran lain yang diperlukan. Ini adalah kerana penggodam akan guna pelbagai kaedah dan cara untuk godam akaun kita.

Perkara yang perlu kita lihat apabila login masuk ke akaun perbankan dan kewangan online kita;
  • Semak alamat, email, nombor telefon dan nama akaun kita. Lihat pada sebarang petanda mencurigakan dan sila kemas kini andai perkara-perkara berkaitan tidak lengkap.
  • Lihat dan periksa aktiviti dalam akaun. Kredit dan debit perlu betul dan tidak ada transasksi yang mencurigakan berlaku.
  • Lapor segera menerusi telefon, email atau terus sahaja ke cawangan perbankan dan kewangan berkaitan andai ada aktiviti yang anda tidak dapat sahkan.
Seperti kes saya, pihak PayPal telah mengesyaki sesuatu berlaku pada akaun PayPal dan terus menghubungi saya untuk kemaskini butiran yang ada. Alhamdulillah, dalam jangkamasa kurang daripada sejam, akaun saya yang sebelum ini dihadkan penggunaan telah kembali pulih sediakala.

Untuk lebih keselamatan untuk mereka yang gunakan perkhidmatan perbankan dan kewangan secara online, saya syorkan anda dapatkan Safe Money yang disediakan oleh Kapersky untuk membolehkan anda melayari laman-laman web perbankan dengan lebih selamat dan terjamin.

Cubaan godam akaun PayPal mungkin berjaya andai pengguna seperti saya dan anda ambil sikap acuh tak acuh. Jangan dah jadi mangsa nanti, baru nak kemaskini segala bagai. Nasi dah jadi bubur basi .. tak leh nak buat apa dah ... ingat ehh...

Beringat sebelum kena.



8 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. betul tu bro, jangan nasi dah jadi bubur baru nak kecoh. Bila dah terkena menangis keluar lagu hidustand pun takkan dapat juga duit yg ilang tu...
    Sentiasa beringat.. nice sharing

    BalasPadam
  2. Oh..Kapersky Safe money ya HH..nnt saya cari ya. Thanks for the info ya

    BalasPadam
  3. komputer saya pakai AVG..AVG safe money xde ker??

    BalasPadam
  4. ooo..ader ker? sy pun baru tau ni

    BalasPadam
  5. ada akaun paypal tapi dah lama tak guna.... huhuhu

    BalasPadam
  6. Setiap orang yang berjaya pasti ada yang ingin cuba melalukan sesuatu yang tidak baik..www.tepakku.com

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement