As-Salam. Duhai kawan-kawan yang budiman, blogger Malaysia jangan lupa bayar zakat fitrah. Sudah ada kemampuan, mengapa tidak bayar zakat? Ia wajib bayar pada sesiapa sahaja (dengan syarat sah wajib zakat) yang lahir sebelum terbit fajar 1 Syawal. Ada anak lahir pada akhir Ramadan, wajib tu dibayarkan zakatnya di bawah tanggungan ibubapanya.

Jangan lewat bayar zakat fitrah. Ini penting, bukan main-main dan ambil mudah. Dah berpuasa Ramadan, maka perlulah bayar zakat fitrah untuk melengkapkan sebagai umat Islam bertanggungjawab.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: Mewajibkan zakat fitrah untuk membersihkan orang yang berpuasa dari hal-hal yang tidak bermanfaat, kata-kata kotor, dan memberi makan orang-orang miskin. Barang siapa mengeluarkannya sebelum shalat Idul Fitri , zakatnya diterima, dan barang siapa yang mengeluarkannya setelah shalat idul fitri, hal itu merupakan salah satu dari sedekah (H.R Abu Dawud dari Ibnu Abbas)

Dari Ibnu Umar bahwasannya, Rasulullah S.A.W telah bersabda maksudnya: Mewajibkan zakat fitrah pada bulan Ramadlan kepada semua orang Islam, orang yang merdeka, atau hamba sahaya laki-laki atau perempuan, sebanyak 1 sha’ (3,1 liter) kurma atau gandum.(H.R Muslim) 

Siapa yang layak terima zakat fitrah ini? Terdapat 8 golongan atau asnaf yang layak untuk terima zakat fitrah iaitu fakir, miskin, amil, muallaf, hamba sahaya, gharimin, fisabilillah dan ibnu sabil. Namun menurut beberapa ulama khusus untuk zakat fitrah mesti didahulukan kepada dua golongan pertama yakni fakir dan miskin. Di Malaysia, kebanyakkan zakat fitrah diberikan kepada golongan yang tidak berkemampuan yakni fakir dan miskin. Masih lagi ada di Malaysia, walaupun negara aman, sejahtera, kaya dengan sumber dan hasil bumi.

In Sha Allah, tuan-tuan, puan-puan, abang kakak, adik semua; jika anda ada pendapatan, maka berzakatlah walaupun masih lagi di bawah tanggungan ibu bapa. Tidak salah kiranya membayar zakat, kerana andai ia tidak dianggap sebagai zakat fitrah, ia akan disebut sebagai salah satu sedekah. Dan pahala sedekah di bulan Ramadan ini, Masya Allah ..ganjarannya adalah berlipat kali ganda.

Selamat menunaikan zakat sebelum terlewat.

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement