Penipuan seperti ini selalunya menggunakan modus operandi yang sama - iaitu menerusi email. Email akan dihantar dengan pelbagai tajuk dari akaun email yang mencurigakan. Curiga kerana alamat email 'dari' dan 'balas kepada' adalah menggunakan alamat yang berlainan. Berlainan bermaksud di sini ia sama sekali tak nampak kesamaan. Tak faham, ok .. kejap lagi saya letakkan contoh untuk anda perhatikan.
Email-email spam ini dihantar semborono tanpa menyatakan nama penerima, bermaksud anda tidak nampak nama penerima iaitu anda dalam email dikirimkan. Malah, ada email yang dinyatakan kepada seseorang yang bukan nama kita (seperti dalam akaun email).
Oh ya, mengapa saya kata penipuan insan yang mulia? Sebabnya ialah saya menerima satu email penipuan (scam) yang dihantar secara spam ke email, dengan ayat pendahulu menyatakan si pengirim adalah insan yang mulia. Tak faham ...heh .. nah saya tunjukkan isi kandungan email tersebut buat tatapan anda semua.
Penipuan Insan yang Mulia
Salam hormat.
Saya adalah seorang insan yang mulia yang tidak dikenali tetapi saya hendak mencari seseorang yang boleh dipercayai untuk mengendalikan sebidang hartanah saya untuk didermakan kepada persatuan Barah Malaysia.
Saya baru diberitahu yang saya menghidap penyakit barah tahap terakhir yang tidak ada harapan untuk hidup di dunia ini.Saya menyesal kerana tidak membuat perubatan bila mula mengetahui tentang penyakit barah saya.Saya harap Allah akan memaafkan saya kerana tidak meminta pertolongan sebelum ini.
Saya tidak ada rezeki untuk menimang cahaya mata kerana saya terlalu menumpukan perhatian saya kepada kerjaya saya.Oleh itu,saya mempunyai sebidang hartanah yang saya hendak menderma kepada Persatuan Barah Malaysia untuk kebajikan dan menolong orang-orang yang menghidap penyakit seperti saya dan menguruskan program dan perubatan untuk pesakit barah.
Masa untuk saya hidup sangat singkat dan saya tidak mempunyai masa untuk mambuat kajian tentang penyakit saya dan saya memerlukan seseorng yang boleh menguruskan hasrat saya yang terakhir sebelum saya menghembuskan nafas yang terakhir.Saya meletakkan harapan dan kepercayaan kepada anda untuk menguruskan kewangan saya untuk didermakan kepada persatuan yang lain yang memerlukan bantuan juga.Ini juga adalah permintaan arwah suami saya sebelum dia meninggal dunia dan saya tidak ada hasrat untuk meninggalkan harta-harta saya kepada kerajaan kerana duit tersebut akan dipergunakan oleh orang orang politik dan ini tidak menghasilkan apa-apa kebaikan dan saya tidak diberikan pahala di dunia akhirat.
Saya sangat mengharapkan duit yang didermakan sebanyak Dua juta sterling pound digunakan dengan tujuan baik daripada saya.
Bila anda menerima email ini,sila hubungi dan memberi informasi anda kepada peguam saya untuk arahan selanjutnya.
Saya mengucapkan terima kasih terlebih dahulu kerana saya hanya mempunyai masa yang singkat dan tidak dapat mengenali anda terlebih dahulu.
Yang Benar
Puan Siti Sarah Ahmad.
From: Malaysia.
Email: sitiahmad87@yahoo.com
Kenapa ehh saya terbitkan entri ini? Ini adalah kerana kadangkala ada dan masih wujud kes di mana pengguna internet ditipu hanya kerana email seperti ini. Bagi kita yang mungkin dah terbiasa dengan dunia maya, mungkin tak mudah terpedaya. Tapi bagaimana dengan yang lain, yang mungkin sifat kebaikan dan murah hati mereka adalah lebih mudah dimanipulasikan?
Serius. Ada sahaja pengguna internet di Malaysia yang mudah kena tipu hanya menerusi email.
Orang kita mempunyai sikap terpuji iaitu sangat prihatin dan pemurah, oleh itu dengan mudah jer boleh tertipu...
ReplyDeleteSemoga entri ini dapat memberi pengetahuan dan kesedaran bagi yang tidak mengetahui...Thx HH
selalu dpt emel cengini..tp selalu delete terus...
ReplyDeleteDulu saya delete ... tapi kini saya suka baca dari awal sampai habis .. sbb ia lawak .. hahahaha
DeleteBBL pun dapat email ni pagi semalam..
ReplyDeleteEntri Baru Update 3Saat Lalu : Duit Raya Besar
Aku biasa delete je kalau dapat email macam ni..
ReplyDeleteselalu dapat.. dan ada juga dapat sama macam yg HH pastekan uh... memang gelak2 je baca... ayat mula bukan main best lagi.. pastuu subject Assalamualaikum lagii... memang tak boleh dipercayai..
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteTak pernah pula saya dapat email macam nie hh..mungkin sebab nama email pelik kot diorang tak berminat huhu..
ReplyDeleteAlmost everyday ada email-email macam ni..tapi nama lain-lain..content sama aje..macam-macam dia orang ni ya nak pekena orang. Harap-harap tak ada yang dah terkena..
ReplyDeleteboleh katakan setiap hari masuk email mcm nie.....baca skit trus delete, penuhkn gmail jer
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAssalamualaikum...
ReplyDeleteAstarfirullahal'alazim...macam-macam cara nak menipu. Sanggup lakukan apa saja asalkan boleh dapat apa yang ingin dicapainya.
Kita kena ingatkan perkara ni hari-hari. ye.. hari-hari. Sebarkan di fb, twitter, G+ modus operandi mereka. Sebab dalam dok ingatkan macam tu pun, masih ada yang tertipu. Tengok je la kes keldai dadah. Bukan selama ni tak pernah diberitahu.. tapi nama pun manusia. Selalu lupa..
ReplyDeletesaya dah banyak kali terima email sedemikian, nak tanya ler macam mana nak block e-mail begitu....
ReplyDeletebukan hanya di Malaysia, bahkan sampai ke Singapura e-mel ni..
ReplyDeletesy pun dpr email tue abg HH tp sy x lyn . .
ReplyDeleteowh..
ReplyDeletedh ada versi malaysia dh..
dulu email kot english jer suma..
makin hebat diorg nie.
hebat cara mereka memperdaya dan hebat kita yg terpedaya dgn cara cenggini eh
ReplyDeletedalam bahasa lain iaitu
ReplyDeletemengumpan@phishing
kekadang kita sering terlepas benda seperti, banyakkan membaca tentang 'phishing' sama.
:)
Post a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.