Penjenamaan Blog Mudahkan Promosi
Dalam membina jenama, anda perlu eksperimentasi dengan pelbagai perkara. Perkara paling utama ialah diri anda. Bagaimanakah anda mahu dikenali? Ada banyak cara, dan antaranya adalah menerusi logo atau header blog. Pastikan anda dan blog punyai logo khusus yang boleh dijaja sana sini untuk dipromosikan. Logo tersebut mestilah mencerminkan diri dan blog anda.
Jenama Cerminkan Blog dan Diri Blogger
Anda perlu memastikan logo yang anda buat untuk blog adalah juga mewakilkan diri anda. Contohnya anda lihat logo blog personal terkenal Malaysia - Denaihati mahupun Ben Ashaari. Denaihati ada logo yang juga merupakan header blog tersebut. Logo atau header itu ditampilkan dalam banyak benda - t-shirt, watermarks gambar, banner dalam blog, header pada Facebook, malah digunakan sebagai profile dalam Facebook Page.Samalah juga dengan blogger Ben Ashaari. Tema merah bata dijadikan satu warna promo atau warna jenama untuk blog Ben Ashaari. Ada kelab sendiri (Kelab Blogger Ben Ashaari) yang menampilkan logo yang ada tempelan benashaari.com, begitu juga pada t-shirt, dan dalam Facebook Ben Ashaari.
Konsisten Dengan Jenama
Penjenamaan perlu konsisten. Kerana dengan konsisten ini ia akan mudah dikenali. Kalau asyik-asyik tukar je, nanti orang mudah keliru yang akhirnya lupa. Penjenamaan perlu dilakukan merata dengan seragam. Seragam sebagai satu aspek penting supaya ia menjadi satu trademark.Banyak lagi perkara mengenai penjenamaan ini yang boleh saya perkatakan. Namun, eloklah dahulu anda memikirkan mengenai logo - header - profile ini terlebih dahulu, kerana dari aspek inilah anda boleh memulakan langkah lain dalam penjenamaan ini.
Buat jenama anda sendiri dalam dunia blog, dan kekal dan jaga imej serta kredibiliti jenama anda; in Sha Allah, anda bukan sahaja akan dikenali dalam dunia blog Malaysia, malah lebih dari itu.
Selamat berjaya dengan penjenamaan blog.
Tips ini banyak membantu, tetapi saya masih mentah lagi dalam dunia blogging.. In sya Allah, 3 @ 4 tahun akan datang.. itu juga target saya..
ReplyDeleteYa, memang setuju sangat pasal penjenamaan blog ni. Blog saya ialah hasil kerjasama beberapa rakan. Kami brainstorming juga nak guna warna, konsep dan sebagainya untuk blog kami. Sebelum kami lancarkan blog, logo semua dah ada. Mungkin sebab kami dah terbiasa dengan blogger kpop yang lain
ReplyDeletefyna pun nak kena buat penjenamaan semula blog nih.
ReplyDeleteyumida pun dlm proses memahami penjenamaan blog ni abg hh
ReplyDeletealhamdulillah..perkongsian yg sgt bermakna buat diri ini..membuatkan diri ini berfikir mengenai blog usang ni
jemput baca & komen entry yumida ni abg hh:
http://umikasum.blogspot.com/2013/08/jom-komen-blog-jejaka-jambu-aka-mr-nan.html
pengomen bertuah bakal memenangi hadiah..jemput la singgah :)
good tips. banyak lagi yang saya harus belajar tentang elmu blogging ni. terima kasih atas perkongsian.
ReplyDeleteya,branding sangat penting dlm promote blog, mungkin untuk blog yang ada tujuan komersil, kl blog biasa-biasa macam CM ni, tepek jelah mana2 gambar yg sesuai..hihi..
ReplyDeletekira trademark la ni... supaya orang senang nak ingat....
ReplyDeletebanyak lagi yang perlu dipelajari..dengan tips ini membantu dalam memantapkan lagi dunia blogging..www.tepakku.com
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.