Antara perkara pertama apabila saya siap design layout baru sesebuah blog, saya akan periksa skor SEO blog tersebut. Seboleh mungkin saya cuba dapatkan skor paling tinggi agar menepati sebuah blog yang berciri SEO lengkap.

Penting bagi saya kerana saya sering bercakap soal SEO untuk blogspot tetapi tak berjaya hasilkan sebuah blog yang menekankan dan tepati apa yang saya katakan. Nanti orang tak nak percaya apa yang saya katakan. Yelah, sesetengah orang suka pandang senget-senget pada mereka yang bijak berkata tetapi tidak dibuktikan.

Siap, terus periksa SEO, perkara pertama dibuat apabila saya menukar layout atau rekabentuk blog saya.

Perkara Pertama Dibuat Bila Tukar Layout Blog

Chkme.com adalah merupakan salah satu laman web yang akan saya kunjungi untuk periksa tahap SEO blog-blog saya. Dari situ, saya boleh lihat skor yang dapat dan perbaiki mana-mana kekurangan yang dinyatakan. Saya selesaikan berdasarkan pengalaman, dan berdasarkan tips yang telah saya kongsikan dalam blog ini (saya memang rujuk blog sendiri je ... bagi tentusahkan apa yang dikongsikan benar berkesan).

Kesekian kalinya saya belek skor yang diperoleh, dan ini merupakan hasil atau skor terkini menerusi layout blog yang dipaparkan.
Tentu nak tahu perincian atau kesalahan serta kesilapan yang sering dilakukan oleh blogger dalam soal teknikaliti SEO (Search Engine Optimization), betul tak? Saya dah pernah terangkan tapi apakata anda lihat pemahaman dan pendapat blogger lain pula mengenainya.

Anda boleh baca entri yang ditulis oleh rakan blogger cukup berpengalaman (walaupun dia tak ngaku) - Teknikal SEO: Kesalahan Kerap Dilakukan oleh Blogger

In Sha Allah, anda akan faham aspek-aspek yang tertera dalam Chkme seperti di atas tu. Nak tengok skor blogspot anda? Klik Sini.




17 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Tahniah!.. saya punya 70% je...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dedulu pun saya punya blog camtu gak .. :)

      Padam
  2. Saya 82% ja tahniah untuk blog HasrulHassan.com. Tadi awal2 dah baca kat blog Kak Jie jugak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Andai dah baca dari blog Kak Jie .. maka, dah bolehlah faham dan baiki mana yang perlu, kan kan?

      Padam
  3. Kak Jie pun update pasal ni... Ianya penting utk kesihatan blog, hehe
    Tapi blog saya pun belum cukup sihat...93% jer

    BalasPadam
  4. ilmu baru bagi saya..nice sharing :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hmm... moga ia beri manfaat dan pedoman untuk hasilkan sebuah blog ciri SEO terbaik.

      Padam
  5. wah banyak lg nk kena belajar.. teruk sgt 46% je..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hmm pelan-pelan perbaiki. Guna ilmu yang ada untuk hasilkan sebuah blog skor SEO terbaik.

      Padam
  6. ala...saya pnya mcm parah jer...kna hantor hospital ni...anyway, thanks yer...ilmu yg sgt bmakna...

    BalasPadam
  7. thank you sifu for the tips saya get 60% lebih 50% kira ok..tapi nak gi lebih bagus lagi...terutama nak meletopkan lagi sale sebab saya jual product.

    BalasPadam
  8. Balasan
    1. Hebat ke? Hmm tak adalah hebat mana pun, semua blogger ada kebolehan capai andai tahu ilmu dan praktikkan dengan baik.

      Padam
  9. susah sikit nak faham. hihi h1,h2 tu nak betulkan di mana?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Baca entri ini - http://www.hasrulhassan.com/2013/05/cara-ubah-tag-h1-dan-h2-dalam-blogspot.html

      Padam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement