Saya sebenarnya nak war-warkan sejak email dari Lazada diterima lagi, tetapi kurang idea nak olah ayat yang sesuai, al maklumlah, Lazada ni asalnya dari German, maka faham-faham sahajalah. Oh ya, untuk pengetahuan Lazada Malaysia dan Zalora Malaysia adalah di bawah kendalian sebuah syarikat yang sama. Jadi, jangan pelik andai nampak setting kedua laman web ini nampak hampir serupa.
Program Affiliate Lazada Malaysia buat Blogger Malaysia
Ok. Berbalik soal affiliate dari Lazada ini. Pihak Lazada Malaysia menjemput dengan segala hormatnya mana-mana blogger yang mahu menjana pendapatan menerusi program mereka. Caranya sangat mudah, anda hanya perlu daftar dengan percuma di pautan ini - Daftar Percuma Affiliate Lazada Malaysia (klik), isi butiran yang disediakan dan tunggu email konfirmasi yang akan diberikan.Dalam email tersebut, anda boleh dapatkan info dan maklumat penting untuk anda menjana pendapatan menerusi Lazada Malaysia. Cukup mudah sebenarnya, anda hanya perlu letak banner seperti yang saya buat untuk mula menerima komisen yang disediakan. Komisen ini akan dibayar seandainya terdapat jualan yang dilakukan menerusi link yang telah mereka sediakan bagi setiap blogger seperti anda.
Nilai Komisen Ditawarkan Lazada Malaysia
Komisen yang disediakan adalah seperti berikut:- Dari 0 hingga 60 order / bulan: 0.6%
- Antara 61 hingga 120 order / sebulan: 0.8%
- Lebih daripada 120 order / sebulan: 1.0%
Hmm .. kira lumayan gak la memandangkan produk-produk yang dijual dalam Lazada merupakan produk-produk yang bernilai tinggi dan mudah jual, contohnya seperti tablet, iphone, telefon pintar, gajet-gajet menarik dan sebagainya.
Jenis Produk Lazada Malaysia
Tak rugi mana pun, anda dapat akses ke portal jualan Lazada dan pilih produk yang boleh dijual, dan iklankan dalam blog anda. Dapat jual, dapat komisen. Sekali jual produk harga RM2000, haaa macam iPhone terbaru ke, dah boleh dapat 0.6% x RM2000 = RM12.00 .... tu baru satu .. kalau dua? kalau tiga?
Contoh Banner Affiliate Lazada Malaysia
Contoh banner Lazada yang boleh anda letak dalam blog anda:Nak tambah pendapatan atau mungkin boleh diletakkan dalam blogshop anda sebagai salah satu tambah nilai? Daftar percuma sekarang di sini - Pendaftaran Affiliate Lazada Malaysia OHBlogger
Selamat mencuba.
bagus laaa... thank you for sharing.. boleh kite same2 generate income from blogging..
BalasPadam**jemput singgah/follow blog www.diyanamarissa.com
Mahu mencuba jgk..! ^___^
BalasPadamkalo guna program nie nuffnang sure xdapat gliterati dah kan
BalasPadamTak jejas sama sekali status Glitterati dalam Nuffnang sbb ia tidak sama program macam Nuffnang. Ianya affiliate. Mana2 bentuk affiliate tidak jejas mana-mana platform pengiklanan termasuklah Adsense, Advertlets, Komli dan sebagainya.
PadamStatus Glitterati Nuffnang hanya hilang JIKA letak iklan pesaingnya - Adverlets
Bagus jugak ni...terima kasih berkongsi..
BalasPadamNampaknya menarik juga affiliate ini.
BalasPadamnak cuba jugak la..ada sesiapa yang dah cuba ke? cecite ce cite
BalasPadamsila la singgah
http://justvitashop.blogspot.com/
menarik.....boleh try nie.......
BalasPadamzaza pun nak cuba jgk..
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamsangat menarik!
BalasPadamBoleh tahan jugak... Boleh cuba ni.
BalasPadamMai singgah
http://permatagenerasi.blogspot.com
Hi
BalasPadamI have recently joined Lazada affiliate program with my new website http://www.vouchercodes.com.my/lazada exclusive to Malaysia advertisers and customers. Next to see how it works for me.
Thanks
macam best...tak rasa tamak ker byk jadi agen affiliate...tp saya suka ceriakan blog yg kusam cam blog sy...
BalasPadamkalau tak ada blog ada cara lain tak
BalasPadamAda, cikSembang boleh gunakan FB, twitter malah instagram ... yang penting nak kena ada URL affiliate tu ..
PadamTerima kasih sangat sangat.Boleh juga menambah pendapatan
BalasPadamSama-sama ... :)
PadamTerima kasih sangat sangat.Boleh juga menambah pendapatan
BalasPadamBagus! program affiliate memang semakin mendapat sambutan kini.
BalasPadamTumpang Bertanya.. jika letak iklan Adsene dan Lazada Affiliate ni dalam satu blog, Adakah Adsense kita akan di BAN..
BalasPadamHarap Otai2 dapat menolong.. Terima Kasih
Tidak.
PadamEmm sayangnya..saya dah klik link pendaftaran affiliate lazada tu..tapi sedang dinaiktaraf..huhu..kena cuba lain kali lah nampaknya..
BalasPadamMcm mana nk keluarkan duit tu.. sy ada balance yh dh confirm.lbih rm200..
BalasPadamWow .. banyak juga tu ... ada isi tak kat bahagian financial? ada dokmen pengenalan kena upload untuk pengesahan.
PadamBerhubung dengan affiliate manager Niena ... ada tulis rasanya kat akaun.
PadamSaya dah update link tu. Ada berlaku sedikit kesilapan.
BalasPadamNak join jugak la.. Macam menarik..
BalasPadamSalam.sy msh br dgn blog.sy dh dftr affliate ngn jdr.com dan advertorial.com.tp st xtau kt mn sy nk copy link tue.sy nk wat mcm kt blog awk tue.blh tlg share kn caranyer?
BalasPadamIn Sha Allah nanti saya akan tulis. Tapi sebelum tu, nak cepat, masuk atau login ke mana-mana affiliate tu, pergi ke bahagian Tutorial atau bahagian F.A.Q
PadamSelalunya kat sana sudah ada beritahu dengan lengkap dah.
bro hasrul hassan macam ner nak daftar tu... ekin dah buka takberapa pandai la... boleh ajar lebih detail lagi tak... email ekin di ash.rie8506@gmail.com
BalasPadamSaya dah betulkan link .. :)
Padamentah macam mana baru terniat nak cari affiliate,blog HH juga yang saya jumpa.Memang SEO HH ni terbaik punya.Banyak lagi kena godam ni,
BalasPadamtumpang tuntut ilmu di sini tuan sifu HH. :)
BalasPadamtenkiu HH ingin mencuba juga..
BalasPadamAkhirnya berjaya juga join lazada, punyalah lama tunggu result, dari taun lepas, TQ sebab dr sini sy tau pasal affialiate ;)
BalasPadamnak tanya, saya klik lazada affiliate. tp awal2 dah stuck. apa maksud company yg mereka nak utk sign up? saya blur pulak. sebab saya nak buat under individu. huhu
BalasPadamLetak nama blog je .. atau tinggalkan bahagian company tu.
Padamkalau dah daftar kan...masa nak login dia bagi "cannot logging. account pending' tu apa maksudnya ye...saya budak baru belajar...tolong ajarkan..atau kena tunggu lazada bagi email semula baru boleh login..
BalasPadamTunggu email daripada Lazada kata dah lulus jadi affiliate
PadamPihak Lazada tgh review blog la tu .. dia nak tgk samada sesuai ke tak ... :) bersabar dalam dua tiga hari ye.
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.