Umur blog ini dah agak lama juga. Dulu nama blog ini lain, tetapi saya tukar, siap tukar sekali dengan url blog tetapi perkiraan pageviews tetap sama. Blog ini dengan url melekat hasrulhassan mula dicanangkan sekitar Ogos tahun 2010. Asalnya blog biasa tanpa nama domain sendiri. Kemudian, sekitar tahun 2011, saya mula beli nama domain untuk blog ini dengan harga RM38 setahun, menjadikan ia www.hasrulhassan.com sebagai url ... dan Bangku Kosong sebagai nama blog.
Bangku Kosong telah memberikan banyak trafik ke blog ini. Pengisian dalam blog tersebut memang carca marba, banyak kandungan pelbagai. Ada kisah cinta, ada kisah tauladan, ada kisah selebriti, ada kisah sensasi, ada kisah kontroversi, ada gambar dan macam-macam lagilah, sehingga dapat tercapai blog ini mencecah lebih 100K paparan (pageviews) setiap bulan.
Rahsia Dapat Pageviews Lebih 100K Setiap Bulan
Pageviews lebih 100K? Wow .. memang best bukan? Ya, dari situlah blog saya mula berada dalam kedudukan Alexa yang selesa. Semakin hari makin baik, makin minggu makin naik, trafik evergreen terus menyumbang trafik konsistennya. Trafik panas terus menyumbang angka-angka memberangsangkan.Tapi itulah, apabila anda sudah berada lama di dalam dunia blog. Dah blogwalking merata, dah kenal banyak blogger, dah lihat hasil tulisan mereka, akan tiba satu masa di mana, anda terfikirkan apakah arah tuju sebenar anda ingin akhiri dalam dunia blog ini.
Adakah anda mahu blog terus mekar dengan hits kerana cerita sensasi, cerita gossip, gambar artis itu, gambar artis ini .... saya berfikir - apakah akan dapat kesudahan yang baik kelak?
Maka, saya ubah niche blog. Ia jadi lebih tertumpu. Tidak sekadar satu bentuk informasi biasa, tetapi informasi yang boleh memberikan pengetahuan dan ilmu. Satu bentuk pendidikan secara tidak langsung, bukan untuk mengajar .... tetapi lebih kepada berkongsi pengalaman dan ilmu.
Trafik tentulah, apabila sudah tiada sensasi, ia akan jatuh ke paras yang tidak lagi boleh capai dan cecah 100K sebulan lagi. Cuma sesekali ia melambung tinggi kerana ada cerita berkisar blogger yang menjadi perhatian pencari informasi.
Nah, inilah rahsia untuk dapat pageviews lebih 100K sebulan, apa yang perlu anda buat, ialah buat apa yang pernah saya lakukan dahulu - cerita gossip, cerita artis tayang itu tayang ini berserta dengan gambar resolusi tinggi, kisah sensasi dan gempar, kisah aib orang yang semua nak tahu ... dan seterusnya ....
Hasilnya ... lihat statistik tahun awal 2012 ini. Teruja tak? Dapat 129, 397 pageviews sebulan, lepas tu Januari ... ehh terbalik pulak ... dapat 133,961 pageviews .. lepas tu Mac 2012 .. iaitu hampir 130K sebulan.
Statistik Pageviews Lebih 100K Sebulan
Tapi fikirkan. Apa guna trafik hits berjuta kalau ia hanya entri ingin bersuka-suka.
Ingat apa tugas seorang manusia yang beragama Islam - menjadi Khalifah - memberikan nasihat - menyampaikan ilmu - sentiasa berpesan. Tidak akan rugi seorang manusia itu apabila ia sentiasa berpesan dengan kebaikan dan kejujuran. Itu sumpah Demi Masa.
terbaik bro, fizi suka tip2 yg diberikan..:)
BalasPadamTerima kasih fizi ... errr jerebu lagi?
PadamPEncapaian yang sgt hebat! Maknanya blog kita kena spesifik? Betul?
BalasPadamKalau ikut entri saya, tidak spesifik. Kalau mahu dapat trafik tinggi - buat cerita sensasi, gossip artis, cerita artis, gambar artis.
Padamyeah..zaza suka entri mcm ni =)
BalasPadamAlhamdulillah, anda buat saya tersenyum hari ini.
Padamthanks 4 info...
BalasPadamterbaik!
BalasPadambangku kosong awak la saya cari punya lama baru tahu...
BalasPadamnice tips. i like :)
BalasPadammemang banyak nak kena belajar lagi kalau nak sampai tahap macam ni...tips2 macam ni yang sy suka baca...nak dapatkan 100K pageviews tu, kalau sy la...mungkin ambil masa 6-7 bulan baru nak dapat macam tu..:D
BalasPadamSalam HH, sy kat PB hari ni makan sup...singgah sahur rumah mak di kpg..., tertanya jgak ..blog pcl kemana arahnya? Terima kasih dgn tips dan pesanan tersebut.
BalasPadamterbaik! tak semua orang mampu lakuan
BalasPadamEntri ini amat menarik. Disebalik tips terselit satu persoalan...dimana arah blog anda? Bagi saya trafik itu perlu tapi kandungan entri anda lebih penting!
BalasPadamPerlu diingat, blog anda akan wujud selama mungkin di dunia siber walaupun setelah ketiadaan anda dan ianya boleh diakses oleh sesiapa sahaja di seluruh dunia. Oleh itu setiap apa yg anda tulis, samaada baik dan buruk akan kekal...
Kesannya...setiap yg baik menjadi pahala amal jariah berterusan selama mana ianya di baca dan diamalkan....dan setiap yg buruk, akan juga memberi dosa berterusan buat anda!!!
Oleh itu fikirkan hala tuju blog dan kandungan entri anda. Berkongsilah sesuatu yg baik dan bermanfaat, buat tetapan niche dan gunakan teknik entri yg betul serta mesra SEO agar berada diatas enjin carian lalu menjana trafik yg tinggi supaya ianya tersebar dan ramai orang beroleh manfaat darinya...
Bila entri2 yg baik-baik sentiasa berada diatas enjin carian, maka kita telah menolak entri2 yg tidak baik jauh kebawah enjin carian...Insyaallah.
Terbaik lah.. Tp nak buat entri pasal retis2 n gosip2 sensasi tu mmg xla.. Better follow abg HH buat entri yg ada masa depan. :-)
BalasPadamTahniah HH, teknik penulisan yang seimbang! Anda beri pembaca, blogger terutamanya pilih sendiri pilihan yang anda beri. Pd masa sama, anda juga beri pesanan paling mendalam kpd pembaca kesan akhir pilihan yg dibuat.Gud Job!
BalasPadamTahniah juga kepada Bin Muhammad, setuju dengan part last komen beliau. Jom ramai2 buat entri yg baik2..:)
Tahniah bro.. Saya pun baru nak bertapak2, bertatih2.. Memang kena berkunjung ke sini selalu sedut ilmu.. ;)
BalasPadamInfo berguna.
BalasPadamTerima kasih.
Traffic is one thing..kepuasan kita is another and kehendak pembaca is another thing. Semuanya kena balance..memang susah especially kalau baru nak bertapak..Berkat usaha yang berterusan In Shaa ALLAH berjaya..
BalasPadamentry tips terbaik penah saya baca..trafik teramat senang nak naik kalau letak gambar2 18sx sume ni..tapi dosa kita pon naik sekali dengan trafik tu..sama-sama kita beringat ye :)
BalasPadamhebat2...mantappp
BalasPadamilmu yg sangat berguna
BalasPadamadakah umur blog mempengaruhi seo blog tersebut bro hh?
BalasPadamBetul juga, pv tinggi pun tiada guna jika tiada pengisian yang berfaedah buat masyarakat...
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.