Ok. Saya nak kongsikan sedikit pengalaman lampau mengenai income menerusi Nuffnang ini. Mungkin ada blogger baru tak perasan atau terlupa beberapa perkara penting untuk membolehkan iklan Nuffnang menari-nari dalam blog dan seterusnya menjana pendapatan. Kalau bernasib baik, boleh dapat iklan berbentuk CPUV (Cost-per-Unique-Visit) yang sememangnya lumayan buat blogger baru.
Sebab Income Nuffnang Tak Gerak
Antara sebab iklan Nuffnang tidak menjana pendapatan yang diharapkan ada beberapa faktor.Bentuk Saiz dan Kedudukan Iklan Nuffnang
Tidak meletakkan kesemua bentuk, saiz dan jenis iklan Nuffnang dalam blog. Anda perlu letakkan ketiga-tiga bentuk iklan Nuffnang dalam blog anda. Ada 3 saiz banner disediakan, dan ketiga-tiga mesti diletakkan di tempat atau lokasi yang telah disarankan oleh Nuffnang, iaitu dekat dengan header blog (728x90); biasanya diletakkan di bawah atau atas header blog. Iklan sidebar perlu di bahagian atas sekali, dan saiz kekotak (300x250) perlu berada di antara entri atau di bawah setiap entri blog.Cerita Mengenai Nuffnang
Sebagai salah seorang blogger yang gunakan khidmat Nuffnang, penting untuk anda berkongsi dan 'berkomunikasi' dengan Nuffnang. Anda perlu cerita mengenai Nuffnang di dalam blog anda. Anda patut sedar, Nuffnang boleh kesan kehadiran setiap trafik berdasarkan cerita dan tajuk entri blog anda. Kongsikan aktiviti yang dijalankan oleh Nuffnang, seperti kontes, giveaway mahupun gathering yang mereka jalankan.Sering Update Akaun
Tips yang selalu blogger lama berikan, kena login ke akaun Nuffnang dan kemaskini akaun Nuffnang. Sesekali ubah setting pembolehubah untuk soal selidik dalam Nuffnang itu. Anda mesti aktif dengan akaun Nuffnang supaya mereka sedar kehadiran anda.Maintain Trafik
Anda tidak perlu nak tingkatkan trafik ...naik, naik dan naik. Lebih mudah anda maintain trafik yang masuk ke blog anda. Jika naik, jangan nampak naik mendadak. Trafik yang maintain menunjukkan blog anda konsisten. Nuffnang suka dengan blog yang punyai trafik blog yang konsisten sebab mudah bagi mereka untuk berikan bonus iklan seperti CPUV dan juga Advertorial.Jangan Sombong Dengan Nuffnang
Nuffnang ini dikendalikan oleh manusia, jadi mesra-mesrakan diri anda sebagai blogger dengan warga kerja Nuffnang ini. Sertai aktiviti atau paling tidak, anda sentiasa lawati blog mereka dan tinggalkan komen anda. Ada kontes atau giveaway dianjurkan, tunjukkan sokongan anda. Tak masuk tak mengapa, tapi boleh komen atau kongsikan informasi tersebut di blog anda. Sering beri tiket atau bertanya pada mereka mana-mana bab dalam Nuffnang yang anda kurang faham.Cukup dah sebab yang saya berikan untuk tahu mengapa dan kenapa income Nuffnang sesetengah blogger tak naik-naik atau tidak bergerak. Saya pasti ramai blogger yang dah dapat income mencanak dari Nuffnang akan setuju dengan entri ini.
Kepada yang merasakan income tak ganjak, cubalah tips dan panduan yang telah saya berikan ini. In Sha Allah, akan ada perubahan pada pendapatan Nuffnang anda.
setuju...
ReplyDeletetq untuk info ni
Entri Terbaru Di Update 3Saat Lalu : Mandi Sambil Menderma
Terima kasih. :)
Deleteooo..nak kena jadi "mesra alam" la yerr..dengan nuff nie..huhu
ReplyDeleteYa, memang nak kena mesra dengan mereka.
Deletesaya la tu..xde anjakan langsung.sedih...
ReplyDeletedah lama tak buka nuffnang sebab jarang online..sedih..
ReplyDeleteSaya sering online ... tapi jarang gak buka Nuffnang ni .. hahahaha
Deletekena mesra2 dgn nuffnang ni..kalau x,dia merajuk nanti..
ReplyDeletesetuju sangat info ni..komunikasi ngn staff nuffnang sgt penting untuk dorg perasan kewujudan kita :)
ReplyDeletesetuju.betul sangat. ikut je cakap Tuan HH ni. Tak susah pon.terima kasih..:)
ReplyDeleteSeawal daftar dah dapat taraf gliterati. Memang dah banyak kali dapat blogbuster champaign tu, tapi tak tau nak buat video. Yang terbaru iklan Ambi Pure tu. Emm..
ReplyDeleteharap diperkenankan..
ReplyDeletehttp://mamayana10.blogspot.com/2013/08/income-nuffnang-blog-kita-bergerak2.html
tips yg bagus untuk diamalkan..
ReplyDeletenice sharing...ada yg saya dah praktikkan tapi ada juga yang perllu diperbaiki kat blog saya...thanks HH.....good idea.....
ReplyDeletebaguih2 la tips ni ehehe sombong tak kemana kennn ;p
ReplyDeletenice tips :)
ReplyDeleteadalah skit..tapi skrg dah senyap pulak..huhu..mybe terlupa sesuatu kot..thanks sharing ye.
ReplyDeletethank you for the information :)
ReplyDeleteterbaik tips, tapi nuffnang saya memang tdk berganjak..hahah.. rm0.00 hihi
ReplyDeleteThanks for the information HH...Setujuu...
ReplyDeleteKalau selalu buka blog HH ni ada income x? =)
ReplyDeletethanks untuk info, baru faham kenapa nuffang ni tak bergerak2 =)
ReplyDeleteada anjakan tapi sedikit, akaun dikemaskini pun seminggu sekali sahaja.
ReplyDeleteSebulan sekali je saya buka
ReplyDeleteincome cpc skg dh xnaik tapi alhamdulillah walaupun trafik tak tinggi, dah dapat kempen cpuv dari nuffnang... ha, tip2 lain yg hh beri ni boleh dicuba jugak, ramah2 dgn nuffnang =)
ReplyDeleteAssalammualikum...HH,
ReplyDeleteTerima kasih bro atas ilmu yg dicurahkan dan dicoetkan di sini. Insaallah akan mselim3 praktikkan.. aktif dengan dengan nuffnang, .Insaallah..HH adalah sifu yg x jemu mencurah ilmu utk tatapan blogger ... thank so much.
mselim3
Setuju dengan apa yang dinyatakan dalam entri ni. Janganlah mudah putus asa jika belum terima apa2 dari Nuffnang. Belajar & terus mendalami ilmu dari blogger2 yang telah berjaya buat duit dengan blog :)
ReplyDeletenuffnang ni..kena pandai main stratagi. ada masa trafik kena rendah, ada masa trafik kena tinggi..
ReplyDeletesy pn sma..just bln lps agk plik ble tbe2 ad yg sudi 'derma' kt nuff sy..ganjak la sket..hu3
ReplyDeletetp x berkesemptn nk mesra alm hri2 dgn nuff..hu3
Oo..itu mcm..sd 1 kempen sy tu dr 2 bln lps 0.00 je..x jd me pun.pelik
ReplyDeleteMesra itu perlu utk menambat hati
ReplyDeletePatutlah Nuffnang merajuk....;(
ReplyDeleteAlhamdulillah saya ikut tips dalam blog ni...dah dapat cpuv kempen...terima kasih banyak2..kalau ada info lain...share-share...
ReplyDeleteAlhamdulillah, tetapi apa yang berlaku dua tiga menjak ni adalah sbb teknikal Nuffnang.
Deletenice sharing.. terima kasih sangat2.. patut lah ina tgk duit kat nuffnang ina ni tak naik2..
ReplyDeletethanks tp saya dh dapt cpuv tp xjalan pun income??? ...#visit and follow my blog on shukranzahari.blogspot.com . ....Happy blogging
ReplyDeleteCPUV berkaitan dengan trafik. Lagi tinggi trafik barulah jalan dan naik income tu. Trafik ni bukan maksud 1 hits dapat 20 sen .. tapi ikut kadar dia .. ada yang 1000 dapat 20sen ada yang 100 dapat RM1.20 ... :) kena faham tu bab tu ..
DeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeletenice info.hope this will be a good sharing.
ReplyDeletenuffnang last count earning may 2016.. sekarang dah stop count. kenapa ye? :(
ReplyDeleteMaaf tuan. Saya tak dapat nak jawab persoalan ni sbb saya dah lama tinggalkan Nuffnang ni. Jadi, saya kurang arif dan pasti mengenai perkembangannya ... mungkin boleh terus hantar tiket pertanyaan pada mereka.
DeleteThank you...tips yg bagus👍🏻
ReplyDeleteTips yang sangat bermanfaat! Terima kasih
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.