Tak ikut atau tak jadi follower blog tak mengapa, asalkan yang singgah itu baca entri-entri yang ada. Kadangkala, ramai blogger Malaysia yang suka angka daripada perkataan. Kata mereka angka tu angka keramat, lagi besar lagi bagus. Tapi ada pula blogger yang dah lama dalam dunia blog Malaysia ni kata, angka tiada makna apa-apa, yang penting ialah pembaca yang diam-diam berikan trafik berganda setiap hari, minggu dan bulan.

Tak Follow Tak Mengapa Janji ....

Pendapat masing-masing, hak masing-masing. Tak follow tak mengapa, janji apa yang disampaikan telah disampaikan, dan sangat awesome andai ilmu yang diberi, pengalaman yang dikongsi, dijadikan praktis dan praktik pembaca dan pengunjung. Dapat 'saham' untuk beri kebaikan pada yang lain.
Tak follow tak mengapa ohblogger Malaysia

Nombor boleh ditambah, tetapi nak kekalkan pengunjung dan pembaca memang susah. Saya kadangkala tak boleh nak elak, bila pembaca blog makin kurang walhal nampak nombor pengikut ada ribu-ribu. Saya perasan, memang saya perasan.

Ramai nama-nama blogger dan pengunjung yang saya ingat sangat kerap ke sini sudah menghilang. Mungkin minat dan kesukaan dah beralih, maka duduknya mereka tak lama. Tak mengapa, itu perkara biasa, walaupun mereka hanya sebahagian daripada angka.

Saya tetap syukur dengan pencapaian blog ini. Andai tiada pengunjung dan pembaca terdahulu, tak akan ke mana juga. Mereka yang menghilang inilah yang sebenarnya sebelum ini memberikan impak sehingga apa yang tercapai sekarang jadi nyata.

500 pengikut pertama blog ini ... dicapai 2011. Mereka memang awesome, sepertimana anda yang sedang membaca blog ini sekarang!

18 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Kadangkala rasa hati tak dapat nk dielakkan..
    Saya paham pe yg cikgu sampaikan ni, cuma sy xtau nk komen versi apa..
    (errrk, btl ke pe yg sy komen ni eh :)

    BalasPadam
  2. kes gua sama macam org atas gua ni..

    BalasPadam
  3. betul tu , angka tu sekadara angka,.. yang penting mereka membaca dan mengomen... :)

    BalasPadam
  4. lepas ni kene target pengomen tegar ler pulak..
    diorg lg sporting :)

    BalasPadam
  5. Saya lebih kepada pendapat, angka follower itu bukan satu yng perlu diutamakan walaupun ianya bagi sesetengah orang jadi pengukur sesebuah blog.
    Saya akui follower blog saya tidak ramai...(xsampai pun 300 org, terima kasih) tapi trafik beribu sehari, jadi siapakah yang tengok dan membaca di blog saya?
    Kepada blogger baru, utamakan entri berkualiti anda...

    BalasPadam
  6. slalu tgok jumlah follower je rmi tp yg mmbaca entry xberapa..mgkn org lg fokus pada kuantiti dan bukannyer kualiti kan..sepatutnya blogging yg pntg entry tu..

    BalasPadam
  7. Masih belajar untuk menarik pengunjung berpusu-pusu ke blog kita.( Nak dapat seribu sehari memang susah ) Kadang-kadang buntu otak dibuatnya. Tapi macam kata HH..benda-benda ni bukan sekelip mata dapat..kena banyakkan usaha, jadi sis berusaha kearah itu..

    BalasPadam
  8. xboleh jugak nak pandang pada jumlah follower tapi kalau dapat komen satu sahaja pada entry..

    BalasPadam
  9. Kalau boleh semua orang yang ada Blog nak ada follower ribu-ribu and komen at least pulohan. Tapi semua yang kita nak mungkin kita tak dapatkan..yang penting kita tau Blog kita ada pembaca biarpun dia orang tak komen..then yang pasti kena sentiasa berusaha bagikan yang terbaik untuk Blog kita...

    BalasPadam
  10. Mulakan dengan niat :). Tengok tajuk ingatkan tuan hh merajuk. Hehe.

    BalasPadam
  11. pengunjung datang dan pergi...tapi ilmu kalau kita nak, cari dan dapatkan di sini.....

    BalasPadam
  12. dari dulu sampai skrg baca blog ni..cuma kurang komen
    kadang2 pembaca lama tu bukan hilang..ada cuma dia dah tak tau nak komen apa sebab dah bertahun2 ikuti blog kita dia dah tau corak penyampaian kita, isi kandungan blog kita...tak ada apa lagi dia nak cakap...dia baca saja mcm kak jie ni..hehe

    BalasPadam
  13. Fuh kanan fuh kiri naik la trafik blog aku

    BalasPadam
  14. rasanya saya ikut blog HH dari awal tapi tenggelam timbul.., memahami situasi begini dan ini lumrah blogging sebenarnya., yg kita harapkan janganlah terus hilang dari ingatan melainkan sudah tiada di dunia lg. ~ www.nazlee.com

    BalasPadam
  15. saya antara silent readers dulunya di blog ni..cuma bila rs nk bagi pendapat, baru saya hntr komen.saya pun rasa macam kak JIe, dah selalu dtg sini dan bila keluar dari blog ni tak pernah dengan tgn kosong, terima kasih HH..:)

    BalasPadam
  16. saya selalu ke sini, baca tapi kadang2 xtinggalkan komen je..hehe..silent reader.. =)

    BalasPadam
  17. Blog ini tetap jadi rujukan saya. Cuma kadangkala kekangan masa yang menyebabkan tidak dapat blogwalking ke blog2 yang saya sukai..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement