Idea tak datang, tension hari-hari nak tulis entri, nak dapatkan jumlah trafik yang baik, nak update blog yang semakin hari semakin layu. Orang lain boleh buat, kenapa diri tak boleh?
3 Perkara Berkaitan Stress
Sebagai seorang manusia, anda seharusnya tahu ada 3 perkara berkaitan stress iaitu;- Perkara yang kita boleh kawal
- Perkara yang kita boleh pengaruhi untuk diubah
- Perkara yang di luar kawalan kita.
Maka, apabila kita dah tahu, senang bagi kita sedar mengenai stress. Dan kita perlu bijak untuk tanggani. Stress atau tekanan memang tak akan hilang kerana ia akan wujud sentiasa. Yang bezanya ialah bagaimana kita nak urus agar ia tidak bebankan kehidupan dan aktiviti kita seharian.
Tension Tulis Entri, Stress Dengan Blog
Tulis entri blog, masalah berkaitan blog - kita stress; ini merupakan perkara yang boleh kita kawal. Masa nak tulis entri, tajuk entri, kandungan blog, SEO blog, arah tuju blog - ia merupakan aspek yang kita boleh kawal dan perkara yang kita boleh pengaruhi untuk diubah.Namun, seperti yang disebutkan tadi ada perkara yang di luar kawalan kita terutama berkaitan takdir, berkaitan hasil. Kita dah lakukan sepenuh jiwa raga, usaha bertubi-tubi dari hari ke hari, namun pengakhiran tidak seberapa - ini merupakan perkara di luar kawalan kita. Maka, dengan menyedarinya, kita dapat kawal tahap tekanan pada diri. Kita sedar bahawa setiap usaha itu tidak semestinya memberikan hasil yang diharapkan.
Stress dengan blog kerana belum nampak kejayaan. Kejayaan tidak hadir dalam sekelip mata. Ia bukan sesuatu yang boleh kita duga, ia perkara di luar kawalan kita. Cepat atau lambat ia hadir bukan ditentukan oleh kita secara mutlak, namun kita boleh sentiasa berusaha ke arah itu memandangkan aspek yang boleh kita kawal untuk meraih kejayaan masih lagi ada.
Redha atas hasil, asalkan kita telah berusaha. Jangan redha tapi tanpa usaha - sampai bila-bila tak jadi apa.
smpai stress ey.. hehe..
BalasPadamAda. Mungkin yang baru berblog tak terasa lagi.
Padam"Redha atas hasil, asalkan kita telah berusaha. Jangan redha tapi tanpa usaha - sampai bila-bila tak jadi apa."
BalasPadamSetuju dengan ayat di atas.. Terbaik bro.. :)
Terima kasih Eraz
Padamyezza.. kena pandai handle stress
BalasPadamterima kasih, betul tu, semua orang hadapi stress, sama ada boleh kawal dan tidak sahaja, dan tahu cara selesaikannya..
BalasPadamCik Matahariku ... boleh jadi pakar motivasi ni ..hehehe
Padambetul tu..semua orang akan hadap dengan stress...:)
BalasPadamJangan terlalu memaksa diri, Jadikan blog satu hobi dan minat yang mendalam dengan meneroka rahsia dan ilmu di dalamnya umpama mencari harta yg tidak ternilai harganya...
BalasPadamJangan jadikan ianya satu, Insyaallah...pasti anda tidak stress.
* Ralat : Jangan jadikan ianya satu keperluan, Insyaallah...
Padamrilek cool sudehh
BalasPadamBukan semua orang ada sifat penyabar yang jitu.
PadamRedha dan mendapat redha
BalasPadamUsaha adalah tangga kejayaan...jangan mudah putus asa untuk mencapai kejayaan..www.tepakku.com
BalasPadamsaya stress kalau computer buat hal, padahal idea banyak.....huhu
BalasPadamusaha dan terus usaha tanpa rasa bosan...
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.