5 Panduan dan Tip Hadir Rumah Terbuka Hari Raya
Ambil Makanan dalam Jumlah Kecil
Jangan tamak haloba. Andai nak merasa semua aneka juadah terhidang, sila ambil dalam kuantiti kecil. Anda perlu tahu, bukan anda sahaja diraikan. Ia juga adalah untuk kesihatan anda. Makan berlebihan adalah memudaratkan. Ia juga dapat elakkan dari berlaku pembaziran - memastikan makanan diambil habis dimakan.Elak Beraya Terlalu Lama
Sesetengah dari kita ambil masa sehingga lebih sejam berada di rumah terbuka. Alangkah molek jika diberikan ruang dan peluang untuk tuan rumah berehat dan melayan tetamu lain yang hadir atau mungkin hadir. Jangan jadikan rumah kunjungan seperti rumah sendiri, melainkan ia rumah adik beradik atau sanak sedara yang memang akrab dengan anda. Ingat, anda perlu beri ruang untuk orang lain juga.Berkatalah Perkara Baik
Jangan cemari hari raya dan kunjungan anda dengan menjaja cerita tidak benar, bergosip, umpat mengumpat ... apatah lagi fitnah. Carilah cerita yang baik, yang boleh memberikan manfaat. Kongsikan kegembiraan sepanjang anda berpuasa sebulan. Harus ingat, setiap tutur kata di hari lebaran adalah satu doa. Jadi, tambahkan keberkatan hari mulia dengan bercakap perkara yang boleh memberikan anda saham baik untuk akhirat.Duit Raya untuk Si Comel
Anak-anak adalah insan paling seronok dan gembira. Berikan sedikit duit raya atas kemampuan anda. Tidak perlu risau dengan nilai yang ada kerana nilai di sisi Tuhan adalah yang lebih utama. Niatkan untuk sedekah amal jariah bagi menjadikan anak-anak itu insan soleh dan solehah.Doa untuk Tuan Rumah
Saya pasti ramai yang jarang buat hal ini. Sepatutnya selain mengucapkan salam Aidilfitri, eloklah dimulai makan dan minum dengan doa. Ia bertujuan agar apa yang dihidangkan lebih berkat. Sebelum pulang, doakan pula untuk tuan rumah agar dilimpahkan rezeki yang baik dan halal, serta kesihatan yang sempurna agar apa yang kita kecapi hari itu, boleh kita kecapi lagi di Aidilfitri akan datang. Syukur dengan hidangan yang ada, dan sentiasa ingat bahawa kegembiraan yang hadir adalah kerana susah payah orang lain.Dah, itulah antara tips dan panduan hadiri rumah terbuka yang dapat saya kongsikan. Moga ia boleh dijadikan pedoman untuk dipraktikkan, in Sha Allah.
Kredit Foto: BicaraMakDara dan Rotikaya
betul2. pada masa inilah kita dapat eratkan hubungan silaturrahim sesama rakan. Tapi jangan pula sampai mengganggu tuan rumah.
ReplyDeleteBetul sgt tu, adab diri nilai murni jgn dilupa..
ReplyDeleteslmt hari raya, maaf zahir batin ye sifu
tip yang sangat berguna..membantu dan mengingati sesama kita agar tidak terlupa..www.tepakku.com
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.