Apabila trafik blog mantap dan berada di dalam kedudukan yang baik, maka blog anda boleh mengumpan pengiklan untuk beriklan di blog anda. Trafik tinggi menunjukkan bahawa blog anda ada nilai untuk dikunjungi. Tips paling berkesan untuk mengumpan para pengiklan ialah memastikan blog anda boleh menjana trafik di waktu tiada entri atau post terkini di blog.
Jika tatkala blog anda sedang 'bercuti' tetapi mampu untuk menjana trafik yang agak baik, sudah tentu ia akan menarik perhatian para pengiklan. Masakan tidak, kalau tanpa entri terkini boleh jana trafik sehingga ribuan sehari, bagaimana pula andai ada entri baru dikemaskini? Itu persepsi yang akan difikirkan oleh para pengiklan (fikir sayalah).
Seperti yang telah saya sebut, tulis dan perkatakan sebelum ini, ada banyak cara, tips dan panduan untuk membolehkan blog anda menerima trafik di kala waktu blog anda kekeringan idea, di waktu si penulis blog bercuti. Praktikkan mana yang sesuai.
Blog boleh integrasi dengan pelbagai platform lain seperti Instagram, Twitter mahupun Facebook. Ada widget dan gadjet berkaitan yang boleh anda pasang di blog sebagai salah satu tambahan menarik perhatian pengunjung.
Trafik ke blog boleh dijana dari pelbagai sumber, cari ilmu mengenainya dan praktikkan, in Sha Allah, akan ada hasil positif darinya.
Terima kasih..memang banyak yang dapat dari info anda. Saya ni blogger baru..mungkin boleh belajar sedikit sebanyak tentang bisnes saya...tq
BalasPadamyeap betul tu,, trafik penting untuk blog.. :)
BalasPadamSalam Lebaran HH,
BalasPadamYa...Trafik bukan sahaja penting utk mereka yg inginkan tarikan pengiklan, tapi juga utk ramai orang dpt manfaat dr maklumat dan info yg di sampaikan, barulah ilmu dapat disebarkan...
Malangnya cara nak naikkan trafik tu agak sukar :)
BalasPadamSatu lagi panduan yang berguna kepada blogger..tidak kira blogger baru ataupun blogger lama..www.tepakku.com
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.