As-Salam. Tentu ramai blogger dah tahu bahawa mana-mana blogger blogspot boleh menggunakan Google Analytics secara percuma tanpa perlu daftar (automatik pendaftaran buat blogspot). Ia satu kelengkapan atau kemudahan yang patut digunakan oleh blogger untuk melihat kekuatan blog masing-masing. Anda perlu sedikit analitik untuk memahami trafik yang datang ke blog anda. Dengan ini, anda tidak akan sesat dalam pencarian mendapatkan trafik yang dikehendaki.

Tak susah mana nak menggunakan Google Analytics ini. Ia satu panduan yang sangat mudah, dan apa yang ada di dalam Google Analytics sebenarnya dapat membantu anda memahami mengenai blog anda. Ada banyak cirian menarik dalam Google Analytics yang boleh digunakan. Mari tonton satu video tutorial mengenai Google Analytics ini yang disediakan oleh LadyLuckMedia. Video ini bakal menerangkan secara ringkas apa yang ada di dalam Google Analytics ini.

Video Tutorial Google Analytics


Saya sendiri sering menggunakan Google Analytics untuk kenalpasti bila masa trafik ke blog ini tinggi, dan mengapa ia berlaku. Menerusinya, kita boleh andaikan entri bentuk bagaimanakah yang menyumbang trafik yang tertinggi, lalu kita boleh menggunakan apa yang disebut sebagai peniruan sistem (sistem copying). Sistem adalah sesuatu yang saya tegaskan dalam M.E.S.T.I untuk membolehkan blogger baru berjaya.

Di bawah ini adalah beberapa contoh yang boleh anda lihat menerusi Google Analytics.


Dah tengok dan faham sedikit-sedikit, lepas ni bolehlah gunakan Google Analytics untuk lihat mana kekuatan blog anda (lihat mana entri paling tinggi trafik). Anda boleh tengok hari, waktu, masa, jenis entri, tajuk entri yang bagaimana yang boleh berikan trafik tinggi pada blog anda.

Anda boleh lihat mana link atau pautan yang berikan trafik tinggi kepada blog anda.... dan macam-macam lagilah. Janji, anda dah tengok video disertakan dari awal sehingga habis. Saya sendiri pun habiskan masa sebanyak 2 kali tonton video tu ...untuk pastikan ia relevan dengan entri yang saya tulis ni.

Ok. Selamat menggunakan Google Analytics.


9 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Baru awal bulan ini daftar GA...macam2 info boleh kita dapat darinya. Memang bagus utk menganalisa kelebihan dan kekurangan blog disamping analisa trafik dan pengunjung.

    Saudara HH, Ada carakah untuk kita memasukkan semua data kedalam GA sebelum kita daftar GA iaitu data dari mula kita blogging?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tidak boleh. Ia disebabkan data tidak dapat diperoleh memandangkan tag/script/id Google Analytics tidak dimasukkan ketika itu. Ia hanya akan collect data mulai kod Google Analytics dimasukkan atau disahkan terlebih dahulu.

      Delete
    2. Thanks HH, rugi la pulak sbb tak daftar dari mula blogging :(

      Delete
  2. nice ifo.. tq bro..

    ReplyDelete
  3. salam ramadhan # 23 bro hh
    tq share ye..ok layan video sat..

    ReplyDelete
  4. Tq HH..kita dah lama daftar tapi tak perasan dah hilang coz tukar template banyak kali..sekarang ni baru daftar balik...memang banyak info kat situ...

    ReplyDelete
  5. GA ni memang bagus untuk blogger yg selalu cek trafik..untuk blog baru http://akuanaklabuan.com pun dah letak siap2 supaya dapat track awal2 lg..sebab blog lama baru tahun lepas kasi masuk..so,agak rugi kat situ..huhu..btw,nice info tuan..

    ReplyDelete
  6. Bro HH ada tutorial bagaimana nak letak code analytic dalam blog tak.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement