Ramai yang tercari-cari tips mudah untuk blog sentiasa ada pembaca. Sebenarnya ada banyak tips dan panduan berkaitan meningkatkan trafik blog ini. Ada cara jangka pendek, ada cara jangka panjang. Sumber trafik blog ada banyak, anda boleh pilih mana yang sesuai, tak perlu semua, boleh jadikan ia sebagai satu kaedah bermusim.

Entri kali ini saya nak kongsikan 3 tips mudah untuk blog anda ada pembaca. Tips yang tidak terlalu terperinci tapi saya fikir ramai blogger terutama blogger baru boleh buat.
3 Tips Mudah untuk Blog Ada Pembaca

3 Tips Mudah untuk Blog Ada Pembaca

Entri Mesra Pengunjung

Entri anda perlu bersifat seorang kawan berkongsi cerita kepada kawan yang lain. Cuba anda tulis dengan cara anda sedang bercerita kepada kawan anda, ia nampak lebih santai dan mesra. Sesetengah blogger suka cerita topik panas, hangat dan keras tetapi gagal bercerita dalam keadaan mesra. Entri yang keras tetapi lembut penyampaian adalah lebih baik... ingat kisah batu dilekukkan air?

Elak guna perkataan-perkataan yang buat pengunjung kurang selesa dengan entri anda. Tak perlu sumpah seranah, sebab ia hanya akan bangkitkan kemarahan dan menimbulkan hasutan. Cuba tulis entri yang ada sedikit humor atau jenaka, kerana ia akan menjadikan entri itu nampak selesa.

Entri ditulis untuk difahami pembacaannya. Maka, tulislah dengan perkataan mudah, dan bukan slanga yang buat orang macam saya ni terpinga-pinga. Saya ni orang tua, bila tulis kependekkan yang kurang saya faham, tentulah akan buat saya berlalu pergi daripada blog anda - tanpa baca entri-entri yang lain.

Cuba baca panduan ini - 6 Jenis Corak Penulisan Dalam Blog Digemari

Anda Mesra Pengunjung

Jangan hanya buat entri mesra pengunjung tapi anda sendiri tak berapa nak mesra. Jika ada komen, cuba balas komen-komen tersebut dengan sebaik mungkin. Oh ya, mungkin anda kekurangan masa nak jawab atau balas komen, maka balas komen yang hanya perlukan balasan seperti pertanyaan.

Cuba berikan sedikit kredit kepada komen-komen yang bernas dan baik. Boleh sahaja tampilkan dalam entri-entri anda kelak. Kalau ada dana lebihan, berikan sedikit imbuhan kepada mereka kerana menjadi pembaca blog anda.
tips mudah untuk blog ada pembaca

Blog Mesra Pengunjung

Ramai yang tidak suka blog yang ada popup - terutama iklan serta LIKE page yang guna masa sampai 9999 saat. Jadi, jangan susahkan pengunjung blog anda, blog perlu mesra pengunjung untuk ada pembaca.

Ada blog yang rekabentuk tidak menarik perhatian, yang membuatkan pengunjung rasa jemu dan malas nak datang lagi. Entri tidak tersusun dengan rapi, dan banyak entri sukar untuk digelidah isi kandungannya.

Blog anda mesti mesra pengunjung dengan berikan 110 peratus kebebasan buat mereka baca entri-entri anda, samada entri baru mahupun lama.

Ok. Siap 3 tips mudah yang saya fikir ramai blogger boleh buat untuk dapatkan pembaca dalam blog. In Sha Allah, jika amalkan tiga tips mudah ini ... sedikit sebanyak akan membolehkan blog anda dikunjungi, dinaikkan trafik ... dan mungkin ada bonus ... dapat banyak komen dalam satu-satu entri itu.


28 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. terima kasih atas tips ini tuan. :)

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. klu mcm tu mmg pangkah trs je. Takde masa nak tggu 9000 saat

      Delete
  3. senang je
    tulis citer gossip citer artis wasaap gambar bogel
    citer artis kena tangkap khalwat
    ramai la pembaca ha ha ha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu bukan pembaca, tu namanya kongsi dosa ...

      Delete
    2. setuju mr HH, jangan galakkan 'kejahatan' kerana kita sendiri pun tak baik sangat. Kalau kongsi yg baik-baik, in shaa Allah kita terdorong jadi baik...

      Delete
  4. sangat berterima kasih kerana selalu memberikan tips2 yg sangat berguna kpd saya..:)

    ReplyDelete
  5. sgt2 membantu para blogger....thanks prof.

    ReplyDelete
  6. nak ada orang baca blog kita, kita kenalah baca blog orang jugak... hehe. nice tips bro.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya banyak baca blog orang ... tapi banyak dari orang2 tu tak baca pun blog saya... dan saya tak kesah mereka tak baca pun blog kecil saya ni, sebab saya dah dapat apa yang saya nak dari blog mereka... itu yang penting.

      Saya tahu tiada apa yang boleh saya berikan pada blogger tu untuk datang ke blog saya. Jadi, saya ok je.

      Delete
  7. sangat setuju dengan tips yang no.3..biasanya dkna terus tekan 'X' jer hehehee

    ReplyDelete
  8. berguna ni tips ni. mekaseh sudi share ;)

    ReplyDelete
  9. benci pop up fp yang x boleh close. annoying gile woi. last2 close tab terus.. warhahaha

    ReplyDelete
  10. Assalammualaikum... HH,

    Tips yang bagus utk blogger baru dan lama...

    insaallah akan cuba praktik kan .. k

    mselim3

    pls : mselim letak saudara HH dalam bloglist mselim3 senang nak terjah...

    ReplyDelete
  11. kadang-kadang mencuba adalah terbaik, tapi tak ramai cari cerita tips atau info sebab ramai takkan baca benda ini.

    bab like 9999 saat nie, aku nak kacau dia. penat tunggu weh -_-

    http://www.khairilmazri.com

    ReplyDelete
  12. dah habis ikhlas petua, kalau tak ikhlas buat blogging tu jugak, tak tau lah kan. heheheheehehe

    ReplyDelete
  13. huh..mmg letih kalau kita gi blogwalking dkt blog yg ada 9999 second suh kita like facebook tu...

    ReplyDelete
  14. Popup like facebook kekadang menggangu mood seorang blogger yg datang untuk membaca satu entri,.Tiba2 kena menunggu loading pop-up yg lama.

    Last2. klik pangkah sahaja. huhu

    p/s: pengalaman :)

    ReplyDelete
  15. Senyum. Tak perlu kata apa-apa :-)

    ReplyDelete
  16. fae sgt2 x suka blog yang ada pop up thingy tu huhu unless fae really wanna read their entry..

    ReplyDelete
  17. saya memang bersetuju dengab tips ini..

    ReplyDelete
  18. Terima kasih bro...kadang2 keliru jugak bila menulis blog ni...

    yg no 3 tu mmg kalau jumpe kena tunggu like dulu...alamatnya, mmg pangkah =)

    ReplyDelete
  19. betul tu,saya pernah jumpa blog tersebut, 999 tu kena tunggu, pagkah terus. jumpa lagi tak masuk dah.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement