Apakah matlamat anda dalam dunia blog Malaysia? Atau sebenarnya anda masih lagi sangsi dan tidak fokus mengenai matlamat sebenar anda sebagai blogger? UHh tak kiralah blogger separuh masa ke, suku masa ke, sepanjang masa ke .... Sebagai seorang yang menulis, anda perlu tahu kenapa anda menulis dan mengapa anda terbitkan penulisan anda itu menerusi blog. Jika anda tidak tahu atau kurang pasti, seperti dalam entri - Berblog Suka-Suka  maka, apa yang anda buat sekarang mungkin jadi satu perbuatan yang sia-sia.

Dalam konsep M.E.S.T.I yang pernah diketengahkan, dalam berblog, anda perlu ada matlamat jelas. Tahu tujuan anda menulis blog supaya setiap kali anda mahu menulis entri, anda tahu apa yang perlu anda tulis, bagaimana nak tulis dan had penulisan anda agar tak di luar apa yang dimatlamatkan.


Ok, mari selidik secara am akan matlamat yang ramai blogger, samada sedar atau tidak telahpun ada setiap kali mereka membuat entri baru.

5 Matlamat Popular Mempunyai Blog

Berkongsi Ilmu

Ada tahu mengenai sesuatu, menerusi blog anda kongsikan pengetahuan dan ilmu anda secara percuma kepada mereka yang mencari. Contohnya, anda tahu cara baiki sinki cara murah dan mudah, maka anda tulis entri untuk ceritakan langkah demi langkah baiki sinki. Contoh lain .... anda tahu bagaimana nak buat duit online dengan blog, maka anda kongsikan tips dan panduan mengenai bagaiaman anda buat duit secara online.

Begitulah juga dengan ilmu masak-memasak, ilmu hias rumah, ilmu jahit baju ... mahupun ilmu cinta bagi memikat si gadis dan teruna.
Blog Abang Ensem - Blog ilmu hartanah

Banyak cabang ilmu yang boleh dijadikan asas untuk anda menetapkan matlamat blog anda. Anda pakar sesuatu, maka kongsikan ilmu kepakaran anda itu. Ganjarannya ... wow.... lepas mati pun akan melimpah ruah.

Contoh blog - Dapur Tanpa Sempadan, Blogger Sentral, AbangEnsem

Berkongsi Pengalaman

Ada blogger yang buat blog khas untuk ceritakan pengalamannya berada di tempat orang. Blogger Beautifulnara adalah antara blogger yang asalnya bercerita mengenai pembelajaran di Korea Selatan. Malah, ramai blogger yang menetap di luar negara berblog untuk berkongsi kisah mereka di tempat asing - mengenai kehidupan, cara hidup, makanan dan sebagainya. Pengembaraan juga banyak dikongsikan oleh blogger sebagai salah satu cara untuk menyimpan segala kenangan tersebut - dan blog adalah cara paling mudah dan paling menarik.

Contoh blog - Faizal Fredley, Nota Kembara, Kembara-Pancing, Kisahku

Cari Pendapatan Sampingan

Tak perlu ulas panjang kerana ramai blogger yang punyai matlamat ini. Ada yang buat blog semata-mata mahu mencari sumber pendapatan sampingan. Ramai yang melakukannya, samada menerusi sesebuah blog khusus atau sekadar berkongsi menerusi entri-entri seharian.

Ramai yang telah buat blogshop dan blogniaga untuk mempromosi produk serta perkhidmatan mereka. Platform blog adalah yang paling mudah dan murah untuk mempromosi dan memperkenalkan perniagaan. Dari situ, boleh dapat side income untuk blog. Jika tidak banyak, sedikit mesti ada.

Contoh blog - Komisen Jobdirumah, Ulfa Rania Collection, Wanz Collection

Berkongsi Informasi

Banyak blog informasi wujud sekarang. Dan memang tidak disangkal lagi blog informasi antara paling cepat berkembang dan paling mudah nak dapat trafik. Termasuk sekali dalam kategori ini adalah blog politik dan juga blog gossip.
Blog Informasi Mengenai Biasiswa dan Pinjaman Pendidikan

Ada blogger yang punyai kelebihan tertentu menjadikan blog mereka sebagai sumber untuk mendapatkan dan menyebarkan informasi terkini mengenai sesuatu. Mereka giat mencari bahan serta fakta untuk dijadikan entri, dan entri-entri di dalam blog mereka dijadikan rujukan oleh jutaan manusia yang mungkin mencari.

Ada blogger yang mungkin sangat teruja mengenai sesuatu berkongsi informasi yang sangat jarang ditemui. Ia membuka minda ramai pengunjung blog akan apa yang ada di dunia luar, hanya menerusi blog.

Contoh blog - Ekspresi Ruang, Dekorasi Rumah, Blog Ammar

Sebar Dakwah

Apabila manusia mudah lupa akan asal dan kejadian, blog dakwah antara pilihan. Ramai blogger yang kini sedar bahawa dakwah itu bukan satu pilihan, tetapi satu tanggungjawab yang harus dipikul. Apatah lagi dalam dunia yang serba tidak kena sekarang, blog dijadikan medium antara paling berkesan menyebar dakwah.

Jangan terkejut andai kerana blog dakwah, fahaman Syiah di Malaysia tersebar luas. Ya, ramai yang mahu menyebar fahaman menerusi dunia alam siber ini. Dengan beberapa teknik dan pendekatan tertentu, penyebaran dakwah terpesong mudah dilakukan.
The Sailing Daei - Blog peribadi berkonsep dakwah

Blogger yang tersedar akan bahaya sebaran informasi dalam ruang siber, segera buat blog dakwah agar apa yang telah terpesong dapat diperbetulkan. Dan menerusi blog dakwah, seorang blogger bukan sahaja menyebar perkara yang umum ingin tahu, tetapi sebenarnya muhasabah diri untuk menjadi insan yang lebih baik daripada semalam.

Contoh blog - Kereta Mayat , The Sailing Daei

Ada banyak cabang matlamat dalam berblog ini. Terpulang pada diri sendiri untuk menerokainya. Anda punya blog, anda punya entri .... takkan tak tahu kenapa anda tulis ye tak?

Juruskan matlamat jadi jelas dan nyata.


7 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Salam..Menulis apa yang ada diminda untuk berkongsi cerita dengan orang lain.. Sebagai hiburan dan terapi minda, barang kali..Menulis ni dapat hilangkan stress :-) Boleh luahkan segala yang difikirkan..Sama juga matlamat seseorang mempunyai akaun FB ,Twitter, instagram dan sebagainya..

    ReplyDelete
  2. Betul tu saudara Hasrul.. kena tau apa yg kita sendiri patut tulis. T kasih diatas perkongsian yg membuka minda ini.

    ReplyDelete
  3. perkongsian yg membuka minda gua bro..tip yg bagus ni

    ReplyDelete
  4. Thanks bro . memenuhi permintaan saya . :)

    ReplyDelete
  5. onie suka guna perumpamaan ada blog untuk suka-suka,okay... memang ayat gitu menampakan kita berblogging ni sangatlah sia-sia..

    ReplyDelete
  6. Hidup pun perlu ada matlamat. Begitu juga blogging =)

    ReplyDelete
  7. saya ngeblog sekadar just sharing saja, berbagi ilmu, pengalaman dan pengetahuan, kalau untuk dakwah saya rasa masih belum mampu, biarlah untuk berblog sebagai media dakwah yang berkompeten di bidangnya, salam kenal
    #Rizkyzone.com

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement