Saya seorang yang agak malas kadangkala. Biasalah Melayu tipikal.... hahahaha... tapi malas-malas pun kena juga bijak dari segi tindakan. Jangan malas tapi tak ada tindakan dibuat sebelum tu. Dek kerana malas inilah, saya menggunakan kaedah automatic sharing entri terbaru blog, yang akan membolehkan entri-entri dari blog ini dikongsi secara automatik (tanpa perlu copy-paste url) ke Facebook.

Kongsi artikel dari blog secara automatik ke laman Facebook dan Twitter memang ramai blogger yang sudah mempraktikkannya. Mungkin ada di antara anda yang tidak tahu. Maka entri ini akan mendedahkan cara dan kaedah mudah untuk anda berkongsi entri-entri terbaru blog anda tanpa perlu anda ping secara manual di laman-laman Facebook terutama group blogger yang berlambakan.

Cara Kongsi Entri Terbaru Blog di Facebook Secara Automatik

Apa yang saya gunakan ialah dengan menggunakan khidmat aplikasi Facebook - RSS Graffiti on Facebook
Menggunakan aplikasi ini, anda boleh dapatkan sumber ping dan terus kongsikan ke dinding Facebook anda - samada di dinding (wall) peribadi, group atau fanpage yang dikendalikan oleh anda. Ada Sources dan ada Target.

Anda boleh letakkan seberapa banyak sumber perkongsian untuk anda paparkan di dinding facebook. Ia akan menjadikan dinding Facebook anda kaya dengan informasi.

Menerusi RSS Graffiti ini, anda boleh konfigurasi sumber perkongsian anda dari segi masa untuk diterbitkan, jumlah post, sumber post dan target post anda.

Mudah kan?

Lihat hasil penggunaan RSS Graffiti ini di dinding Facebook saya.

Automatic Sharing Entri di Facebook


 

Cara Untuk Buat Autosharing Entri Blog Menggunakan RSS Graffiti

  • Anda perlu login terlebih dahulu ke akaun Facebook anda.
  • Pergi ke aplikasi ini RSS Graffiti on Facebook
  • Tekan Add New Publishing Plan
  • Masukkan url sumber anda - samada url atau url rss feed blog anda, contoh: http://feeds.feedburner.com/hasrulhassan
  • Masukkan target, ia akan senaraikan target buat anda ... pilih mana satu yang menjadi pilihan anda.
  • Klik preview untuk lihat hasilnya.
  • Save konfigurasi RSS Graffiti anda.

Siap, maka anda boleh dengan secara malasnya berkongsi entri blog secara automatik - tanpa perlu anda login dan ping sendiri ke wall facebook.

Selamat mencuba.


8 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Terima kasih tuan HH sudi berkungsi maklumat yang amat penting ini. Semoga ramai yg dapat menikmarinya nanti. TQ

    ReplyDelete
  2. Satu info...mudah lagi menyenangkan...tp akaun fb aku dh kena block

    ReplyDelete
  3. saya dah cuba juga, terima kasih bagi info kat orang2 yg " "malas" macam sy ni..hehe..malas tapi still ada strategi ek..:)

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum tuan. Ingin bertanya, bagaimanakah caranya untuk "automatik delete post" apabila sampai masa/tarikh yang telah ditetapkan dalam post tersebut? Harap dapat membantu.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement