Ada rakan blogger bertanya, "Bro ... bagaimana entri blog tu boleh berada kat atas dalam bloglist, sedangkan tak ada update entri terbaru?". Haaa... ini merupakan satu trick lama yang ramai blogger yang kekeringan idea selalu gunakan untuk dapatkan trafik menerusi bloglist.

Bagaimana Entri Boleh Berada Di Atas Tanpa Update?

Sebenarnya teknik dan cara ini dah pernah saya terangkan dalam beberapa entri saya yang lepas. Ia merupakan satu panduan yang sangat berguna buat mereka yang blognya berada di kebanyakkan bloglist. Kalau dah berjaya tempatkan blog dalam bloglist, maka teknik ini sangat mujarab untuk digunakan bagi membolehkan trafik dijana tanpa membuat atau terbitkan entri baru.

Saya pernah terima ribuan trafik sehari hanya dengan menggunakan teknik ini. Ketika itu, blog saya berada di dalam senarai blog seorang blogger terkenal. Tapi sekarang .... blog saya dah kena 'buang' dah dari senarai blog tersebut. Sebabnya ... biarlah tuan punya blog je yang tahu.

Jadi apakah trick mudah yang saya katakan untuk membolehkan entri lama berada teratas dalam sesebuah bloglist? Caranya mudah, anda hanya tukar masa terbitan untuk entri tersebut. Kemudian, anda perlu ping entri tersebut mengggunakan khidmat ping rss seperti Autoping, Pingdom dan seumpamanya bagi 'memperbetulkan' rss blog anda.

Apa itu RSS? boleh baca di sini - Guna Feedburner Google untuk RSS

Cara Untuk Bolehkan Entri Berada Di Atas?

Caranya, klik pada entri anda ... sebelah kanan akan ada Post settings, klik pada bahagian Schedule, dan boleh ubah di situ. Jika entri lama, baru menjadikan ia entri baru, klik Automatic dan klik Publish semula. Jika mahu jadikan entri tersebut berada lebih lama dalam bloglist sesebuah blog yang lain, maka klik Set date and time, dan pilih masa ke hadapan yang anda inginkan.

Selalunya, ramai blogger gunakan cara ini untuk buat sticky post di blog. Satu cara paling mudah untuk mempromosikan satu-satu entri tertentu.

Jika nak cuba teknik ini untuk jana trafik, sila-silakan. Cuma jangan terlebih guna teknik ini sudahlah, sebab bila dah selalu guna ... orang akan malas dah nak singgah ... sebab mereka dah tahu .. oh itu entri lama ....

Selamat mencuba.

10 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Dah tahu teknik ini, cuma tak digunakan...kadang2 kita tak ingat benda ini boleh digunakan. Terlihat entri ini..baru teringkat benda ni boleh buat. Terima kasih tolong ingatkan....

    BalasPadam
  2. biasanya bila buat segmen dan giveway je rasanya... heheheh

    BalasPadam
  3. satu teknik baru dpt belajar hari ni

    BalasPadam
  4. ada juga gunakan teknik ini tapi tak selalu.......

    BalasPadam
  5. jarang guna..kalau ada segmen je :)

    BalasPadam
  6. Tak boleh nak buat sebab , tiap kali buka dashboarb , ada kenyataan "anda telah dilog keluar pada lokasi yang lain. Anda mahu menglog masuk semula?" . Tapi bila log semula pun masih sama.

    Moga Tuan HH dapat membantu

    BalasPadam
  7. owh... selalu guna utk GA n segmen je. Tapi bila buat camtu, entri terkini kurang pembaca beri komen. PV je ramai. Tak pasti kenapa? Mungkin entri blog sy masa tu kurang menyengat kowt... hehe

    BalasPadam
  8. http://ceritakuntukhamooo-eyfaeva.blogspot.com/ :)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement