Bagaimana Menyerlah Dalam Dunia Blog?
Jadi, bagaimana nak menyerlah dalam dunia blog?Memang subjektif, tetapi seperti yang pernah saya tampilkan sebelum ini, konsep M.E.S.T.I perlu menjadi antara nota kecil untuk 'hidup' dalam dunia blog Malaysia. Paling tidak, ikuti salah satu menerusi konsep tersebut jika tak mampu melakukan kesemuanya.
Jadikan Blog Itu Punyai Keunikan Tersendiri
Untuk menyerlah, salah satu caranya ialah dengan menjadikan blog anda unik dari yang banyak. Saya lihat ramai yang buat blog adalah bergenre sama - iaitu blog peribadi, tak ramai yang mahu buat blog tampilkan blog peribadi yang ada niche sendiri, atau paling mudah bahasa, yang cerita bab tertentu sahaja dalam blog.Contohnya, anda buat blog peribadi, tetapi isi kandungan blog anda ialah mengenai percutian dan pelancongan. Itu dah cukup buat blog anda unik. Bukan sahaja anda akan selesaikan masalah 'apa aku nak tulis hari ini' malah anda berikan kelonggaran pada diri sendiri untuk tulis entri baru. Maksudnya, hanya jika anda pergi bercuti atau melancong sahaja, blog anda akan ada entri baru.
Masih ingat mengenai tips saya mengenai SEO blogspot ini - muncul hebat dalam niche yang kecil? Ibarat menjadi seekor ikan besar dalam kolam yang kecil dari menjadi antara ikan yang besar dalam kolam yang besar. Ikan besar sekor dalam kolam yang kecil lebih nampak. Maka, carilah kolam yang kecil itu dari perlu merebut makanan dalam kolam yang besar yang telahpun ada ikan-ikan besar yang lain.
Contoh Untuk Menyerlah
Contohnya, anda buat blog mengenai masakan. Cuba jadikan blog masakan anda unik dengan tampilkan masakan yang lebih bertumpu. Katakan anda orang Jawa, apakata anda tulis sebuah blog yang hanya menumpukan soal masakan Jawa. Serius, jika anda guna niche ini - anda boleh jadi Pakar Masakan Jawa satu hari nanti. Bukan setakat jadi rujukan blogger Malaysia dan pencari informasi di Google Malaysia, malah satu dunia! Ingat, orang Jawa bukan ada di Malaysia sahaja ....Contoh lain, cuba anda buat blog peribadi mengenai cara anda buat duit online. Tak perlu merapu sangat, ambil satu je cara. Macam anda dah berjaya buat duit menerusi Jobdirumah. Anda buat blog yang tulis kejayaan anda dapat komisen melalui Jobdirumah sahaja, in Sha Allah, anda akan dijadikan rujukan dan kemungkinan akan dapat lebih komisen dari Jobdirumah. Tak perlu tayang benda lain dah. Cuba lihat blog ini - KomisenJobdirumah .... sekadar contoh buat anda.
Tak berapa nak faham lagi? Ok, saya bagi satu blog yang pernah saya kerjasama sebelum ini - www.SentuhanMaya.com; blog ini sebuah blog peribadi tapi corak dan cara penulisan dalam blog ini sangatlah berlainan dengan blog-blog lain yang pernah saya jenguk. Bahasa jiwang penuh puisi, bahasa tersurat dan tersirat buatkan blog ini berjaya capai 2 juta pageviews dalam masa yang singkat ... tak sampai pun bertahun! Belum tengok lagi jumlah pengikutnya ... tak buat segmen pun, tak join kontes pun, tapi sebab keunikkanya, ramai orang suka.
Jadi, nak menyerlah ada banyak cara. Saya dah tunjukkan kepada anda beberapa contoh untuk anda lihat, selain kaji.
Jangan terkesima melihat sebuah blog itu dapat 20 juta pageviews dan blog yang itu pula dapat 32 juta pageviews .... semua tu tak mustahil kalau kita bijak jadikan blog kita menyerlah dengan isi kandungan tersendiri dan kekal menerusi sentimen dan niche tersebut.
hm, sye suka simple2 je, niat cuma nk improve English....
ReplyDeletesetuju...blog saya terus jadi blog informasi..haha
ReplyDeletepanduan yang berguna bro ..thanks
ReplyDeleteTerima kasih Donny, lama tak nampak u kat sini .. :) ingatkan merajuk.
Deletepenuh dengan kata semangat dan motivasi. yes mr HH, semua blogger boleh buat!
ReplyDeletepenuh dengan kata semangat dan motivasi. yes mr HH, semua blogger boleh buat!
ReplyDeleteTerima kasih Aynora Nur, lama tak nampak Aynora berikan komen. :)
Deletepenuh dengan kata semangat dan motivasi. yes mr HH, semua blogger boleh buat!
ReplyDeletetekad dgn prinsip yg telah kita pegang masa mula2 buat blog dulu..hu..tip berguna bro
ReplyDeleteTip terbaik HH
ReplyDeleteTerima kasih Fami.
DeleteAssalammualikum...bro HH,
ReplyDeletePanduan yang bagus nie... mselim3 akan jadi niche agama adalah niche yang hebat dan sangat2 di cari di google nanti...hehehe.. doakan yer..
mselim3
nice...good sharing....cuba ke arah niche tersendiri.......
ReplyDeletesaya xde niche pun. sbb nak pilih niche apa tak tahu. masakan mulanya..tp im so beginner dlm dunia masak2. tu resepi mudah je share. nak share tempat makan.. tapi biasa ulang2 tempat makan pula.. nak share travelog. jarng pula berjalan.. kalau boleh guide ke. huhuhu
ReplyDeleteSeperti dalam tips terdahulu, saya pernah terangkan bagaimana nak dapatkan niche untuk blog kita. Namun secara amnya, kena banyak tulis entri, semakin banyak, kita akan jumpa niche yang sesuai dengan blog.
Deleteterima kasih.
ReplyDeleteBila ckp pasal niche... saya pun masih blur lg. Confuse xtau niche apa yg sepatutnya utk sy teruskan dgn blog ni. Thanks cikgu, noted.
ReplyDeleteHmm nampaknya ramai lagi yang tak berjaya nak buat blog yang ada niche ni. In Sha Allah, saya akan tunjukkan bagaimana.
Deleteterima kasih ye bagi tips yang berguna nih selain dari itu aku juga ada cara bagaimana untuk menyerlahkan blog kita antaranya kita datang blog org comment dan cakap "korang semua nak tengok wanita melayu yang menang Miss world 2013 singgah la di blog aku hahahah cara nih pun boleh menyerlahkan blog anda ... betul tak encik boss??
ReplyDeleteTak betul. Itu bukan untuk menyerlahkan blog. Itu SPAM ruang komen orang lain!
DeleteItu kesilapan yang telah saya lakukan dulu ... akibatnya, Google Adsense saya tak boleh dipaparkan di blog ini.
Setakat blog saya masih open....takde niche khusus...
ReplyDeletememang banyak blog2 baru yang muncul sekarang ni...dan bukan mudah untuk menyerlah dalam dunia blog...ambil masa...bukannya sehari buat blog semua orang da kenal...kena pilih niche yang betul2 bersesuaian...nanti takde la blog tu tersadai sebab "kering idea" nak update apa...kan..:D
ReplyDeleteBetul ezad. Saya tgk blog ezad pun dah makin hari makin mantap.
Deletenice tips
ReplyDeletesuka dgn konsep ikan besar dalam kolam kecik :)
semoga terus berkongsi tips yang baik :)
Tips yg sangat berguna..thanks 4 sharing.. =D
ReplyDeletehehehe.. dah banyak sangat blog baru sekarang ni... tak terkejar.. apatah lagi nak menyerlah... tak perlu nak menonjol sangat...
ReplyDeleteyang penting kita happy berblog.. dan ada pengunjung setia setiap hari. sudah memadai bagi mia.
Lain orang lain misinya. Mungkin itu misi Mia, ada blogger yang buat blog sebab dia ada tujuan khusus yang mungkin kita tak tahu.
DeleteSaya setuju dengan apa yang Mia Liana katakan. Yang penting kita happy berblogging.
ReplyDelete:) Tulis blog memang kena happy2 maaa .. :) mana boleh sedey2 maaa...
DeleteSatu perkongsian yang mudah difahami dengan bahasa yang santai. Terima kasih Tuan.
ReplyDeleteTerima kasih kerana singgah dan memberikan banyak komen dalam entri2 saya ... saya sangat menghargai komen-komen yang dibeirkan.
Deleteboleh menyerlah dengan tampilkan minat kita dalam blog .. bagi saya, teknologi adalah minat saya maka itulah yang saya tulis dalam blog kendalian saya.
ReplyDeleteBetul. Minat. hobi, Kelebihan. Kecenderungan. Malah latar belakang boleh dijadikan cara untuk menyerlah dalam dunia blog.
DeleteTak juga, pilih niche yang membolehkan kita update ... sebenarnya ia bergantung dengan kreativiti kita. Kita tgk pokok bunga, kita boleh cerita lebih dari 10 kisah hanya pada pokok bungan itu sahaja.
ReplyDeletesaya setuju dengan konsep ikan besar tu. blogging atas niche tertentu dalam blog peribadi pun boleh kita buat.
ReplyDeleteterima kasih atas panduan ni.. :)
ReplyDeletesaya ada terpikir juga tntng perkara macam ni.. sometimes terfikir mcm mna caranya saya boleh buat blog sy ada keunikan skit dari yang lain.. -terfikir2.. :)
Tip yang menarik, terima kasih...
ReplyDeleteok trima ksih ya,
ReplyDeleteok trima ksih ya,
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.