Sebenarnya tiada angka untuk saya berikan kepada anda, berapa banyak harus ping blog atau entri dalam blog anda. Ia bergantung sebenarnya kepada beberapa sebab. In Sha Allah, dalam entri ini saya cuba berikan penerangan yang boleh menjelaskan berapa banyak yang harus anda ping blog anda.

Ping blog perlu untuk membolehkan blog anda menerima kunjungan iaitu trafik. Trafik merupakan satu aset bernilai untuk blog anda. Jika blog tidak mampu menjana trafik, maka ia tidak akan ada pembaca, dan tentu sahaja tiada pembaca setia, dan pasti ia tidak akan boleh menjana pendapatan buat anda selaku pemilik blog.

Berapa Banyak Harus Ping?

Berapa banyak harus ping bergantung kepada 3 perkara utama berikut.

Wujud atau Penambahan Kata Kunci Baru untuk Blog

Blog punyai kata kunci baru yang mahu dijadikan sebagai sumber trafik ke blog. Katakan sebelum ini, anda hanya menggunakan kata kunci pengalaman, tetapi mungkin kali ini anda mahu kayakan kata kunci blog anda dengan perkataan pengalaman sebenar atau pengalaman unik atau mungkin pengalaman unik lelaki kacak ...

Kata kunci ini mungkin terhasil apabila anda secara tanpa sedar membuat entri-entri yang di luar kebiasaan anda, dan anda boleh dapatkan kepelbagaian kata kunci ini menerusi SEO Workers, seperti yang saya selalu gunakan untuk blog ini. Apabila anda terbitan kata kunci baru, saya akan masukkan ke dalam bahagian Search Description

Blog Terima Backlinks Berkualiti

Blog terima backlinks daripada beberapa laman web popular dan punyai PR yang lebih baik. Maka, anda perlu ping blog anda supaya enjin carian sedar bahawa taraf blog anda sudah tidak seperti dahulu lagi.

Ping blog anda agar nilai PR dapat diperbaiki dan membolehkan enjin carian memasukkan blog anda di dalam ranking yang sesuai berdasarkan jumlah backlinks yang telah blog anda dapat.

Terdapat Perubahan Isi Kandungan

Ping blog anda apabila terdapat perubahan isi kandungan, khususnya apabila ada pertambahan entri dan post terkini. Malah, anda perlu ping blog anda apabila ada entri yang anda buang atau padam. Ia perlu untuk memastikan enjin carian mengindeks isi kandungan blog anda dengan betul.

Oh ya, apa yang saya ceritakan ini bukan untuk ping di laman agregator seperti Busuk.org atau Kartikel.com mahupun Pingje.com mahupun Facebook. Ini merupakan tatacara ping yang perlu anda lakukan menerusi laman perkhidmatan ping blog seperti Google Ping, Pingdom atau Autoping.

Lebih mudah jika anda gunakan khidmat Feedburner untuk uruskan sebarang perubahan besar dalam blog anda. Ia lebih mudah dan senang.


3 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement