Berblog Suka-Suka ....
Berblog suka-suka memang boleh, namun dalam kita dok kata bersuka-sukaan itu, adalah lebih baik kita tetapkan matlamat dan tujuan kita berblog. Setidaknya apa yang kita buat ada tujuan yang nampak jelas dan ketara. Kentut pun ada makna dalam hidup .... tiada benda yang Tuhan jadikan dalam dunia ini untuk suka-suka, segalanya ada pengertian dan sebab kewujudan.Maka, untuk itulah .... bagi anda yang berkata berblog untuk suka-suka tetapkan matlamat anda dalam dunia blog. Ya, itu hak anda dalam dunia blogger Malaysia; tetapi seperti awalnya saya katakan tadi ... mengapa perlu buat benda yang suka-suka ke arah yang sia-sia? Buat sesuatu yang boleh beri makna kepada anda.
Anda boleh setkan tujuan dan matlamat berblog anda bersandarkan apa yang anda tidak boleh capai dalam kehidupan realiti anda.
Contoh; anda tidak dapat jadi cikgu ... dengan berblog anda boleh sahaja mengajar. Menerusi blog, di dunia realiti, anda sukar nak dapatkan komisen jual itu dan ini, tetapi dalam dunia blog anda boleh lakukannya dengan mudah dengan tanpa modal. Contoh lagi ... dalam dunia realiti, anda tak boleh nak buka kedai pakaian, dengan blog ... anda boleh ada kedai maya anda sendiri.
Malah, dalam dunia realiti, suara anda tidak didengari ...menerusi blog, anda boleh sampaikan apa yang anda fikirkan betul dan benar....bukan setakat dibaca sekelompok tetapi seluruh dunia!
Berblog suka-suka; kalau ada matlamat, anda boleh jadi kaya raya dengan blog.
Berblog suka-suka, kalau ada matlamat, anda boleh bantu mereka yang memerlukan.
Berblog suka-suka, andai ada matlamat, anda boleh sebarkan kebaikan seluruh alam.
Berblog suka-suka, jika ada matlamat, anda boleh peroleh saham akhirat yang memberatkan timbangan yang kanan.
Pilihan di tangan anda. Jangan sia-siakan waktu dan kelapangan yang diberikan kepada anda. Hidup di dunia ini singkat. Anda harus merebut segala peluang yang diberikan. Ini bukan rancangan manusia, tetapi ketetapan dan kesempatan yang diberikan Tuhan.
Dari suka-suka terus menjadi minat dan ingin berkongsi untuk kebaikan.
ReplyDeletebuat duit dgn blog juga matlamat kan?
ReplyDeleteYa, itu memang matlamat.
Deletematlamat unutk sebarkan maklumat bro..hu3..sambil2 cari duit..gua dah buat keputusan nk letak iklan nuffnang je dulu
ReplyDeleteterima kasih bro.. "bloging bermatlamat" insyaAllah.
ReplyDeleteIn Sha Allah... sama-sama usaha ke arah itu.
DeleteIklan nuffnang senang xde masalah jgn kita cari masalah dah la
ReplyDeleteAssalam Tuan HH. Saya masih dalam proses nak menetapkan matlamat berblog ni..
ReplyDeletePerjalanan masih jauh buat ramai blogger baru. Teruskan berblog dan anda akan tahu matlamat jelas anda nanti.
DeleteT kasih diatas perkongsian.. sgt berguna buat saya..
ReplyDeleteTerima kasih kerana merasakan entri ini berguna buat anda. Alhamdulillah.
Deleteberblog kena ada matlamat dan kesannya mendapat impak dari iklan yang masuk ke blog kita...
ReplyDeleteBukan sahaja iklan, tetapi trafik yang mencerminkan apa yang kita sampaikan telah disampaikan.
DeleteLepas baca ni takde lagi istilah suka-suka, ye.. saya dah setkan matlamat tapi untuk jangka panjang. Short term mungkin tak mampu nak cakap la. But insyaAllah, kita usahakan supaya ianya menjadi nyata. Bukan sekadar suka2 dan hanya dipinggiran lagi. Boleh tak macam tu cikgu?
ReplyDeleteBoleh. Ada blogger kata di bibir - "Berblog hanya untuk suka-suka" tetapi berkepok buat pendapatan online menerusinya.
DeleteBro buat satu post tentang 5 matlamat blogging boleh tak..... ?
ReplyDeletesebelum ni cx selalu baca blog kwn cx. and cx teringin nak ada blog sendiri. but sebelum buat blog, cx telah tetapkan matlamat cx. blog cx hendaklah dikenali melalui penulisan sahaja. bukan dgn paras rupa. dan cx tidak akan share hal peribadi. jika ada pun, just 2%. dan cx tdk akan share hal artis yg blh mengaibkan mereka. Alhamdulillah cx dpt capai matlamat utama blog cx shgga kini. Alhamdulillah :) yg penting, niat untuk brkongsi ilmu. :)
ReplyDeleteayu rasa blog lebih pd personal blog.
ReplyDeletecume tu la.. mungkin kna fikirkan matlamat.
HMm blog personal, macam saya kata tadi, personal pun boleh ada niche sendiri, boleh cerita pasal anak sahaja, boleh cerita kisah seharian sahaja.
DeleteSatu cetusan minda yang baik Tuan.
ReplyDeleteDia tu "merendah diri" sahaja sebenarnya.. who are we to judge them?
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.