Aduh, saya suka je baca entri-entri si blogger yang pandai buat duit online ni, walaupun kadangkala kena batang hidung sendiri dengan pelbagai sindiran pedih dan sinis, tetapi apa yang dikatakan tu memang banyak benar dari kelentong. Bukan sesetengah blogger tu yang kelentongnya berlebih-lebih sampaikan yang benar tak nampak langsung.

Bila Blogger Pandai Buat Duit Kaki Kelentong

Inilah bahana bila seseorang lain cuba menidakkan kepakaran seorang blogger yang lain. Anda ingat blogger tu suka-suka je ke nak angkat dirinya sebagai seorang pakar buat duit online - andai tak ada bukti kukuh mengenainya. Malah, dia juga jadi panel dalam Seminar Buat Duit Dengan Blog, haaa nak apa lagi?
Bila Blogger Pandai Buat Duit Online Kaki Kelentong

Kadangkala kita ni, selagi tak tengok bukti selagi itulah kita akan cop orang tu cakap tak serupa bikin. Kang, bila ditunjuk bukti-bukti terutama gambar cek, gambar printscreen akaun bank, derang kata dan tuduh blogger tu nak tunjuk lagak, nak kekwat (what cake?) .... haishhh manusia manusia tak pernah nak suka akan pencapaian orang lain, ada je yang nak jadi dajal.

Nah, baca apa kata blogger yang saya maksudkan ini - "Bro, Apsal Tak Letak Iklan Nuffnang?"

Kaki Kelentongkah Blogger Kacak Tersebut?

Saya percaya blogger ni dah banyak buat duit online, dari pelbagai sumber buat duit maya yang berlambak ada - samada letak iklan Nuffnang, Innity, Advertlets, Komli, Adsense .... termasuklah ChurpChurp, 8Share, SponsoredTweets, Jobdirumah, Jomniaga, dan program affiliate. Dia memang pakar buat duit dengan blog terutama dengan affiliate, kalau tak takkan wujud ebook hebat - Tips SEO Merah Jambu. Jadi, dia bukan kaki kelentong seperti ada didakwa sesetengah blogger yang mungkin tak berapa berjaya dapat buat duit online ni.

Saya ni bukan nak menyebelahi mana-mana pihak, tapi kadangkala kita ni terlalu lurus sampaikan nasi yang dah sedia ada di tangan pun nak ditolong disuap ke mulut.

Ehem... walaupun saya tekankan orang cari ilmu itu tetapi saya ni jenis kasihankan orang, ada yang mahu tips buat duit ... oklah, saya berikan lagi ... tak ikut terpulanglah. Janji saya dah sampaikan apa yang saya tahu, jangan kata saya kelentong ehh ... hehehhee

Tips Untuk Buat Duit Online Berbaloi-Baloi

  • Kena ada banyak blog dengan pelbagai platform pengiklanan. Kalau boleh, satu blog satu media pengiklanan - Konsep setia pada pengiklan.
  • Buat blog dengan ada niche tertentu. Update selalu tetapi tak perlu terlalu kerap, letakkan iklan affiliate terutamanya yang ada kaitan dengan niche blog tersebut.
  • Buat blog dengan ciri-ciri SEO terbaik - Tak update selalu tetapi trafik masih lagi masuk. Ia sangat baik untuk letak iklan targeted audience - orang baca entri dicari dan lihat pada iklan yang ada kaitan dengan entri tersebut.
  • Tulis mengenai sesuatu iklan itu, ia akan menambah nilai dan kepercayaan.

Copy-Paste Je

Blogger ni banyak beri ilmu pada saya mengenai cara dan kaedah terbaik buat duit online. Serius saya katakan, banyak teknik copy-paste blognya saya guna untuk jana pendapatan menerusi blog. Ingat ehh ... copy-paste teknik ....bukan copy-paste entri!


*p.s: Nak sangat duit tunai ehhh? Apa kata masuk cabaran ini, ada bakat semua boleh jadi - Menang RM50K Dengan Bakat Semulajadi
**p.s: #DoMoreLah




9 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. lama tak tengok blog nazim hassan tu. hehehe

    ReplyDelete
  2. Hilang respect dekat copypaster... Bro, cadangan nie... Allow la blogger masuk URL dengan Name je untuk comment :)

    ReplyDelete
  3. Bro nk tanya : Sstgh iklan iklan tak mahu ada pesaing dalam satu blog, jadi untuk ada iklan dari syarikat lain2, kena ada blog yang lain ke? dan blog yang lain itu kena guna acc email yang lain atau bawah satu email acc? Macam di blogspot dengan satu acc email kita boleh create banyak blog kan? camna? camna? kena buat acc lain ke kalau nak ada lain2 iklan dari syarikat lain?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh letak lain-lain pengiklanan di blog lain-lain tu, satu blog satu platform pun ok. Tak perlu daftar email berlainan, email tersebut hanya utk login blog sahaja, tak ada kena mengena dengan daftar di platform pengiklanan, tetapi harus diingat, platform pengiklanan hanya perlu daftarkan blog, maka pastikan anda daftarkan blog yang betul utk satu2 medium pengiklanan.

      Delete
    2. Terima kasih balas pertanyaan..^___^ sbb cuba search tapi mcm2 kluar..hehe

      Delete
  4. Ramai blogger Malaysia yang dah buat duit online. Bersyukur bila ada yang sudi menunjukkan caranya. :)

    ReplyDelete
  5. ramai orang sekarang buat blog untuk duit..seba itu ramai yang mencari tips2nya...hu3

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement