Jenuh blogwalking hari ini, masih belum habis. Baru separuh, saya pinau mata. Saya berhenti, saya layan anak kecil saya umur 3 tahun Haseena Humaira main masak-masak. Seronok. Datang rasa gembira dalam hati. Mungkin lepas entri ini ditulis, saya akan sambung blogwalking. Tapi, separuh jalan tadi dah boleh saya buat kesimpulan ringkas ... blog cantik tapi .....
Banyak blog yang indah-indah pada klik pertama. Ada blog yang buat saya terpesona dengan header tapi tak lama. Kejap je saya singgah. Mana yang saya singgah lama dan beri komen, tu memang sebab saya ada benda nak cakap. Yang singgah tapi tak ada komen dari saya, bukan sebab tak suka .. tapi sebab saya tak tahu nak komen apa.
Ramai rakan-rakan blogger yang memang biasa dengan saya. Malah, mereka antara yang sering berkunjung ke blog ini, tak kiralah sekarang mahupun di masa lampau. Saya ingat siapa yang singgah. Saya jarang lupa, kalau lupa .. maknanya ada something yang tak kena.
Blog cantik, tapi banyak benda yang diletak tak ada fungsi. Sekadar hiasan yang tak bawa makna apa-apa. Sebenarnya widget dalam blog ini ada efek dengan blog. Bukan setakat untuk memudahkan pengunjung blog tetapi juga memberitahu mengenai blog tersebut.
Awas dengan widget yang anda letak. Ada kemungkinan ia widget yang boleh membahayakan blog anda. Ingat lagi kes kotak chat yang diserang malware? Hampir-hampir blog tak boleh dikembalikan disebabkan malware tersebut. Nasib baiklah Google ni suka bagi warning dulu, kalau dia tarik dan anda hilang blog anda ... tak ke sia-sia bertahun tulis entri lepas tu lenyap ntah ke mana?
Ada yang mahu mempromosi sesuatu, tetapi tak tentu hala. Blog dah nampak macam tempat game. Sana sini suruh klik. Pernah masuk tempat game? Kalau pernah masuk, anda tahu maksud saya.
Apapun, ramai rakan blogger yang dulu mencari ilmu sekarang dah pandai praktikkan ilmu yang dipelajari. Ramai yang sudah boleh mendidik orang lain hasilkan blog terbaik. Itu saya nampak.
Oklah. Nak sambung. Jangan marah kalau ada teguran itu pedih di mata. Saya pun pedih mata gak ...nak cari eyemoist ... :)
hehe....komen membina dari HH....tq sebab komen blog saya...tapi HH saya nak tukar header tapi tak faham...tengok tutorial banyak menggunakan coding...tu yang tak faham, lagi satu nak masukkan menu supaya senang orang cari kat blog kita....tq HH.....
ReplyDeleteNak letak menu melekat cam blog ni tak? Nak?
ReplyDeleteboleh.....HH....kasi ler.....hehe
DeleteSaya pown nak gak... dah lama nak tanya sifu menu melekat camtu... nak gak...
Deletebetul betul
ReplyDeleteAlahai..harap harap bila smpi turn blog dyh.. ada la walau secebis komen khidmat nasihat.. jadiklah.. :)
ReplyDeleteIn Sha Allah, mana saya boleh komen, saya akan komen. Kesihatan tak berapa baik tatkala ini. Saya cuba juga atas daya yang ada.
Deleteyg bahayanya widget berformat flash ni. org boleh exploit letak koding yg berbahaya i.e malware etc
ReplyDeleteYa, ramai yang tidak tahu mengenai perkara itu.
DeleteFollower beribu...memang letih bw... Entah boleh sampai ke blog saya ke tidak ni, maklumlah jauh di hulu...
ReplyDeleteHahaha... ini bukan kira follower, ini kira daripada Facebook komen yang saya baru buat .... kat komen wall saya, tak sangka pula ramai yang berminat
DeleteXkomen pun blog kite hihihi
ReplyDeleteBelum sampai la Qaseh. Tatkala komen ni ditulis, saya baru sahaja boleh berada di depan komputer dalam keadaan kesihatan yang ok ok ...
DeleteBaiklah, saya akan cuba tingkatkan mutu penulisan saya ya HH
ReplyDeleteTak pasti lagi..tuan HH blogwalking ke tidak ke blog saya, saya harap sangat tuan HH singgah di blog saya dan memberi komen....bolehlah saya tahu di mana silap dan salah? Dengan ini bolehlah saya perbaiki nanti. Insya Allah.
ReplyDeletesaya juga harap cikgu boleh bw ke blog saya.. sedia menerima teguran InsyaAllah. mungkin selama ni yg saya nampak baik mungkin bukanlah terbaik kan, bolehlah diperbetulkan.. terima kasih,
ReplyDeletenampaknya cikgu, banyak lagi saya nak belajar ni. nak kena selongkar, fahamkan dan aplikasi kan.. baru boleh berjaya kan. tapi masalah yg saya hadapi sekarang ni adalah "saya takut nak mencuba" saya takut saya akan buat salah. Sometimes error make me feel scared. saya takut kesilapan yg saya buat tu nanti akan sentiasa menghantui saya. saya faham kegagalan memang akan ada dalam kamus hidup orang yang berjaya, tapi saya takut bila saya buat salah, dan saya ulang lagi kesilapan tu. (atas dasar saya mmg xde ilmu tentangnya, atau saya khilaf tentangnya atau mungkin memang saya ni tak pandai -belajar tak faham2).
ReplyDeleteSaya hanya menulis blog biasa, bukan full time blogger, bukan juga part time blogger, nak dapat income dr blog memang jauh la. tapi lately saya tak tahu kenapa saya takes serious tentang blog dan saya sangat susah hati fikir tentangnya skg.
(maaf cikgu, buat karangan pulak kat sini. anyway thanks sbb bg saya ilmu banyak pg2 ni)
Hmm jgn risau sangat, dalam blogspot kan ke boleh backup ...:) tak pun salin je dari satu blog ke satu blog sokongan yang lain, manalah tahu kot-kot jadi apa-apa.
DeletePart time blogger pun kena juga ambik tahu serba sedikit mengenai blog secara lebih mendalam.
Ehem2..blog saya mcm mana pulak?
ReplyDeleteHarap Bro HH ingat muka saya ni..haha
ReplyDeleteMieza... saya dah komen rasanya ...:) template baru dah kan?
Deleteblog sayapun demikian tuan banyak widget yang mubadzir tak ada guna
ReplyDeleteAssalam Tuan HH.
ReplyDeleteUbat yang di telan pahit , di sapu pedih biasa mujarab :)
Harapnya begitu, jangan salah ubat, nanti leh mudarat
DeleteAs salam HH terima kasih kerana sudi singgah ke blog saya dan tinggalkan komen. HH banyak mengajar saya tentang blog.
ReplyDeleteDan terima kasih sbb masih sudi singgah sini dan cedok perkongsian ilmu yang ada. Blogger seperti anda yang dah berjaya dengan cara sendiri buat saya bangga...
Deleteterima kasih singgah blog saya... hehe
ReplyDeleteSama-sama Dik Bee .. :)
Deleteterbaiklah HH... bw ke blog Mia... apa kata nanti update gambar koleksi fridge magnet HH kat peti ais tu... tentu seronok kitorang nak tengok ramai2...
ReplyDeletepeace.. (^_^)
Hahaha.. nanti saya cuba fikirkan cara untuk paparkan fridge magnet tu kat dalam blog ni, rasanya pernah dah sekali saya letak gambar fridge magnet yang saya ada.
Deleteterima kasih atas teguran berhemah HH. Mohon HH singgah di blog kenit, dan berilah tips tang mana kenit kena ubah dan perbaiki. Kenit pun tak pasti orang suka ke dak baca di blog kenit hehehe :)
ReplyDeleteIn Sha Allah, dengan daya dan kelapangan yang ada, saya akan cuba.
Deleteterima kasih utk tips HH :) dlu fiza guna jugak kotak chat tu, tp pernah sekali kene malware . terus buang dan xguna dh :)
ReplyDeletenak juga terima teguran yang membina walaupun pedas daripada bro hh
ReplyDeleteterima kasih atas teguran yg diberikan..
ReplyDeletedan saya setuju ngan apa yg diperkatakan
Terima kasih kerana menerimanya dengan hati terbuka. Saya pun bukanlah hebat sangat, banyak kali juga tergelincir dalam dunia blog ni.
Deleteminta2 blog gua tak termasuk dlm senarai tu..huhuhu
ReplyDeleteboleh buat segmen komen blog/review blog..mungkin akan bermanfaat kpda semua blogger :)
ReplyDeleteteguran membina..nak kena balik semak blog ni..tq
ReplyDeletebagusnya..sekurang-kurang saya boleh nampak kelemahan blog saya & akan berusaha utk menambahbaik.. TQ..
ReplyDeleteemm...HH lum penah dtg blog kte...leh xsinggah n bg komen? sbb kte nk tau gk apa yg ptut improve..hee
ReplyDeleteBlog saya pulak macam mana pendapat bro Hasrul ya ?
ReplyDeleteteguran yang membina..^__^
ReplyDeleteadeh..
ReplyDeleteharap2 bukan blog shark ler tue.
bw ke blog saya juga hasrul..nak tahu juga kelemahan blog saya..hihi
ReplyDeleteSila komen blog saya ya bos... tapi tunggu saya join contest tegur saya..
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian dan peringatan yang bermanfaat ini.
ReplyDeletePendek kata, fokus utama sesebuah blog biarlah pada kandungan sepenuhnya .. sebab orang buka blog sebab nak baca kandungannya dan tinggalkan komen jika mereka mahu.
ReplyDeletemenunggu blog saya diberi tunjuk ajar oleh sifu :)
ReplyDeletejom kritik dan komen blog sy HH
ReplyDeleteerm... ilmu yg ikhlas de HH... t.k dikongsi besama kami yg cetek ini... :)
ReplyDeleteYa, bagi kebanyakkan blogger yang dah berpengalaman, mereka tahu apa yang terbaik buat blog masing2 .... tahu mana yang akan diterima secara majoriti pengunjung blog.
ReplyDeleteselalu singgah sini,baca entry wat panduan,tapi akak jarang komen....hhurrmm...ingat akak lagi takkkkk???
ReplyDeletesaya tak kisah orang komen ke tak . yang penting saya menulis dan terus menulis. saya suka blog simple je.
ReplyDeletebacaan dan panduan berguna untuk newbie seperti saya. terima kasih..
ReplyDeletetengah fikir2 tentang shoutbox tu..yg saya perasan, aplikasi tu memberi kesan kepada kelajuan loading page saya..
Nasihat untuk peringatan jugak ni.
ReplyDeleteBlog sy masih banyak perlu dibaiki. Baca tunjuk ajar kat sini.
Terima kasih teguran info yg berguna...yelah saya baru dlm berblogging... so harap-harap dapat laa tunjuk ajar...
ReplyDeleteups singgah laa ke blog saya mana tau ade teguran yg membina http://selalulalu.blogspot.com/
http://warneewarnii.blogspot.com/
terima kasih atas info nya , InsyaAllah lepas ni sy kena check betul2 sama ada widget dlm blog berguna atau pun tidak :D
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.