Perkara hitam tak boleh diputihkan. Ia sudah tercatit dalam sejarah. Apa yang boleh dibuat ialah menjadikan perkara hitam itu satu petanda untuk tidak melakukannya lagi. Elak kegagalan dengan melihat akan kesilapan.
Cerita Kesilapan dan Bukan Kegagalan
- Ada blogger kecewa blognya tidak berjaya menjana income seperti dalam hasrat awal berblog.
- Ada blogger kecewa kerana blognya tidak punyai pembaca.
- Ada blogger kecewa kerana blognya trafik tidak naik-naik setelah bertahun ada blog.
Gagal Itu Adalah Kekuatan dan Kelebihan
Itu pengalaman berharga. Walaupun anda gagal, tapi kegagalan itulah kekuatan anda. Anda sudah tahu apa dan mengapa sebelum ini anda gagal - kecuali mereka yang tidak ambil peduli. Gagal akibat kesilapan, maka kongsikan kesilapan itu menerusi blog anda. Dan ia akan menjadi antara kekuatan blog anda kelak.Lihat sahaja mereka berjaya dalam perjalanan hidup mereka. Setiap dari mereka akan ada kisah kegagalan. Tapi mereka tidak terus jatuh dengan kegagalan, malah mencari apa yang silap untuk diperbetulkan. Bermula dari bawah, dengan pedoman-pedoman lalu untuk mencipta kejayaan.
Ceritakan kesilapan dan bukan kegagalan agar diri anda tahu setiap langkah yang betul perlu diambil, selain memberikan 'cahaya' buat orang lain untuk berjaya bersama dengan anda. Inilah prinsip utama untuk capai sebuah kejayaan, tidak lokek dengan kisah kejayaan dan juga kisah kesilapan.
Orang Berjaya Tak Segan Akui Kesilapan
Orang berjaya takkan segan untuk akui kesilapan lampau. Malah mereka menceritakannya supaya orang lain tidak lakukan kesilapan seperti mereka. Mereka ibarat memberikan laluan pintas untuk kejayaan. Terpulang pada diri untuk ikut atau tidak.Ceritakan kesilapan kerana ia sebenarnya satu tips dan panduan untuk capai sebuah kejayaan. Jangan mudah putus asa kerana putus asa itu antara penyakit yang menidakkan anda dengan potensi untuk raih kejayaan.
nak berjaya tak semudah yg dikata dalam buku. yg penting usaha berterusan.
ReplyDeleteBetul tu, kesilapan sebenarnya peluang untuk mengorak langkah kejayaan. Saya tidak silap memilih blog untuk perjuangan saya walaupun pada awalnya hanya untuk suka2 tanpa matlamat dan halatuju. Terima kasih sentiasa memberi motivasi
ReplyDeleteKita semua mesti ada tujuan. Hatta, sekadar untuk suka-suka, pasti akan ada tujuan dan matlamatnya yang ingin dicapai.
Deletejangan menoleh ke belakang lagi...life must go on, kesilapan sebagai menjana minda agar beroleh kejayaan di masa akan datang.....
ReplyDeleteYeah. Positifkan diri untuk lebih cemerlang.
Deletekalau tak berusaha macam mana nak berjaya...suka baca entri motivasi macam ni...
ReplyDeleteTerima kasih Ezad. Moga semua kita boleh berjaya dengan blog - walau apa jua matlamatnya.
Deletekdg2 kegagalan adalah satu faktor yang boleh buat kita moralize. tp sekali kita dapat atasi kegagalan tu, pasti ianya akan memberikan kepuasan
ReplyDeletemengakui kesilapan itu pahit..untuk berjaya kita terpaksa telan jua..orang kata ubat itu pahit
ReplyDeletegagal sekali bukan bermakna gagal untuk selama-lamanya..www.tepakku.com
ReplyDeleteBlogger Malaysia Boleh :). Nor memang suka buat blog. Gagal... mungkin bukan gagal kot, belum berjaya. Agik idup, agik ngelaban. Selamat Hari Malaysia tuan HH.
ReplyDeleteSetiap hari baca entri-entri terbaru Tuan HH (istiqomah). Motivasi begini dapat cool kan hati yang kusam bagi pemblog yang di bayangi kegagalan...
ReplyDeleteSeperti saya.
Hirup pikuk dunia bloger telah mematangkan diri saya untuk berkarya... haha poyo lak aku rasa...
ReplyDeleteHH, entri ni beri semangat kepada saya..terima kasih ya.
ReplyDeletebetul tue.. gagal sekali bukan petanda utk gagal selama-lamanya, yg penting belajar drp kesilapan..
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.