Facebook, Twitter, Instagram, Google+
Ya, saya ada akaun untuk Facebook, Twitter, Instagram dan juga Google+. Ada khusus untuk blog ini, ada yang lebih kepada akaun diri saya sendiri. Saya kadangkala aktif di Instagram, kadangkala meroyan status di Facebook, dan kadangkala suka main +1 kat page Google+. Mana-mana tempat ada tujuan, dan kesan khusus kepada blog. Bukan buat akaun main redah je, ada sebab buat dan ada tujuan.Mungkin ada antara kita saja-saja seronok buat akaun laman sosial maya ni. Tapi bagi sesetengahnya pula, ia satu cara untuk perluaskan jenama blog, teknik dapatkan trafik, buat jualan produk, buat duit online dan macam-macam lagilah. Tak kurang juga yang guna laman-laman sosial itu untuk tujuan yang tak begitu baik, seperti menyerang peribadi orang lain atau cuba sebarkan perkara yang tidak baik.
Kata kawan saya; "Apa ke buat ada akaun berlambak gitu, sana sini ada ...nak cari glamor la tu ehhh ..."
"Glamor?" saya mushkil.
"Tak adanya glamor, aku bukan artis, bukan orang nak kenal sangat pun, aku cuma guna untuk blog aku je .... di situ aku cari kawan dan kenalan yang ada minat sama, siapa suka mereka ikut .. tak suka .. tok sah ikut, pilihan ada. Janji ... aku gunakan untuk tujuan yang baik ..." jelas saya.
Anda? Jangan biarkan akaun yang ada tu kosong-kosong. Boleh guna untuk tujuan yang saya katakan tadi. Maksimakan sumber, dah buat tapi tak jalan ... apa ke halnya Yob Yong?
Errr nak follow ke? Kalau nak .. tu atas sekali ada ...klik dan dah boleh follow dah.
dh follow pun bro HH
ReplyDeletejom
ReplyDeletesemua dah. kasi gegarlah
ReplyDeleteAssalamualaikum Tuan HH. Saya ada masalah untuk melihat halaman dan catatan di blog saya. Setiap kali ke Halaman atau catatan akan keluar:
ReplyDelete"Anda telah dilog keluar pada lokasi yang lain. Mahu menglog masuk sekali lagi?"
Tapi setiap kali saya ikut arahan itu , masih tetap seperti demikian.
Boleh Tuan HH bantu . Terimakasih.
Saya tak berapa faham .....
DeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.