Sementelaah berkata soal Qurban ini - lebih-lebih lagi dengan kehadiran Hari Raya Qurban kelak, ingin saya kongsikan satu peluang buat anda, dan kita sebagai umat Islam untuk melakukan ibadah ini dengan mudah, dan sesuai dengan bajet.
Apa Dimaksudkan dengan Qurban?
Qurban, ramai yang ambil ringan walaupun sudah ada kemampuan. Qurban ialah penyembelihan binatang qurban yang dilakukan pada Hari Raya Haji (selepas solat 'Idil Adhha) dan hari-hari Tasyriq iaitu ,11,12 dan 13 Zulhijjah kerana beribadah kepada Allah S.W.T. , iaitu sebagai menghidupkan syariat Nabi Allah Ibrahim a.s yang kemudiannya disyariatkan kepada Nabi Muhammad S.A.W.Daripada Aisyah r.a Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda yang bermaksud: "Tiada suatu amalan yang dilakukan oleh manusia pada Hari Raya Qurban, yang lebih dicintai Allah selain daripada menyembelih haiwan qurban. Sesungguhnya haiwan qurban itu pada hari kiamat kelak akan datang berserta dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya, dan sesungguhnya sebelum darah qurban itu menyentuh tanah, ia (pahalanya) telah diterima disisi Allah, maka beruntunglah kamu semua dengan (pahala) qurban itu." (H.R al-Tarmuzi, Ibnu Majah dan al-Hakim)
Ganjaran berlipat ganda. Dengan melakukan ibadah Qurban ini, kita bukan sahaja akan peroleh ganjaran pahala malah akan bantu jiwa kita agar sentiasa ingat pada Allah S.W.T. Ia menjadikan kita seorang insan yang murah hati, kikis sifat tamak dan bersedia untuk berbelanja ke jalan Agama.
Perbandingan Perbelanjaan dengan Qurban
- Kita boleh beli sepasang... dua pasang shawl yang berharga RM100-RM200 tetapi kita lokek nak keluarkan RM250 untuk bahagian dalam Qurban.
- Kita boleh bayar tempah iklan di blog dengan bayaran RM200, tetapi kita tak boleh tempah bahagian kita dalam Qurban.
- Kita boleh dapatkan servis blogger lain untuk cantikkan blog kita tetapi kita rasa berat nak bayar RM250 untuk bahagian lembu bagi Qurban untuk fadilat pahala bekalan hari akhirat.
Banyak yang dah kita terutama saya lakukan hanya untuk dunia. Berapa peratuslah sangat yang kita guna daripada apa yang kita ada ini untuk akhirat?
Jika anda tak kesah kenaikan #20sen harga petrol untuk bagi 'makan' kenderaan anda, jadi mengapa harus anda kesah untuk sedekah dengan cara ibadah Qurban. RM250 mungkin banyak tapi ... bayangkan apa yang akan Allah S.W.T berikan kepada seluruh kehidupan kita sampai akhirat kelak!
Mari imarahkan ibadah Qurban dan bantu mereka yang mungkin nasibnya lebih malang dari anda.
Mahu lakukan ibadah Qurban? Daftar dan tempah bahagian anda di SINI (klik)
insyallah raya haji tahun ni..aku akan buat akikah untuk anak sulung aku...kalau ada rezeki tahun depan nak buat ibadah Qurban pula
ReplyDeleteAlhamdulillah. Moga ibadah diterima dan diredhai.
DeleteSaya pernah melaksanakan ibadah Aqiqah untuk anak-anak di Kemboja. Pada masa akan datang untuk ibadah Qurban pula.
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.