Jika kita ada agama sebagai pegangan, kita tahu mana baik dan buruk. Dan penulisan kita dalam blog pun akan dibatasi atas apa yang telah ditunjukkan dalam Al Quran dan Sunnah. Itu common sense dah bagi seseorang yang beragama Islam. Jika anda ada agama, pasti anda akan elak menulis entri yang menyakitkan hati, memesongkan dan juga perkara yang mengaibkan. Jika anda ada agama, pasti anda tak tergamak nak menulis dan menyebar berita yang boleh membawa kepada fitnah.

Jika Kita Ada Agama ....

Jika Anda Ada Agama .... - Tips berblog ohblogger Malaysia

Ya, trafik memang penting untuk blog, tetapi perlukah sesuatu sensasi itu diangkat untuk menjadi cara utama blog menerima trafik? Ada banyak cara, tetapi biarlah kita menulis berdasarkan diri kita sebagai seorang yang tahu akan dosa dan pahala. Jangan terlalu ikut nafsu. Jangan taksub dengan angka. Jangan taksub dengan pujian manusia.

Iman Kita Senipis Kulit Bawang

Ya, kadangkala kita terbabas juga menyelitkan cerita berunsur sensasi. Al maklumlah, kenipisan iman mudah ditembusi oleh bisikan syaitan dan iblis. Kita terlalu mahu trafik sehingga kita menulis tanpa pandang kiri dan kanan, atas dan bawah. Kita tidak periksa samada entri kita itu akan menyebabkan perkara tak elok disebarkan.

In Sha Allah, semua orang boleh berikan yang terbaik dalam dunia blog Malaysia. Kadangkala saya muak dan terasa jijik bila ada blog yang membicarakan soal 'kebenaran' dan 'teguran' dalam blog mereka tetapi menulisnya dengan kata-kata yang kalau disebut akan menggelapkan hati. Sumpah seranah, kata kesat, lucah, tanpa segan silu dititipkan seolah ia telah melepasi benteng halal dan haram, dosa dan pahala.

Fikir Sebelum Terbitkan Entri

Jika kita - anda dan saya ada agama, kita akan bergetar jari jemari ... akan terkebil-kebil untuk menerbitkan entri seumpama itu. Fikir bukan sekali dua, malah banyak kali. Kena ingat, amalan baik beri impak baik, amalan buruk ... ke tempat yang tak eloklah jawabnya.

Allah S.W.T berikan jalan untuk kita, dan gunakan jalan itu bagi membolehkan lebih banyak amalan yang kanan dibawa untuk timbangan. In Sha Allah, tiada siapa yang sempurna imannya tetapi apabila kita berusaha untuk menyempurnakannya, pasti Allah akan beri petunjuk.

Jangan lupa, Allah S.W.T yang membenarkan segala ini berlaku.


10 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. nice sharing...berpada-pada ler semasa menulis di dalam blog, sebab melalui blog orang lain akan menilai dan mendapat maklumat dari kita....

    ReplyDelete
  2. erm... sharing tuk diri sendiri jg... :)

    ReplyDelete
  3. biarlah setiap entri dalam blog berguna kepada orang lain. sekurang kita dapat pahala untuk setiap apa di baca. amin

    My recent post : Ajaib Tiket Soalan Nuffnang

    ReplyDelete
  4. Blog nie macam perbuatan kita... Jagalah setiap perlakuan jadi jagalah setiap enteri kita....

    ReplyDelete
  5. Assalam.. menulis berdasarkan diri kita & tahu dosa & pahala. Peringatan yg baik utk diri ini.. T kasih diatas perkongsian ye.

    ReplyDelete
  6. Assalam.
    Entri melambangkan peribadi kita.

    ReplyDelete
  7. betol.. ingat Tuhan bukan masa solat je... kna igt sepanjang masa, termasuk masa berblog..

    ReplyDelete
  8. peringatan buat kita semua bro..bukan untuk blogger je ni

    ReplyDelete
  9. salam kenal n follow..jemput follow blek ye hihihi...suka blig ni..banyak panduan2 untuk dkongsikan bersama2..^__^

    ReplyDelete
  10. Nice sharing :-) penulisan blog yang mencerminkan peribadi pemiliknya..

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement