'Jual' Blog Bukan Diri Anda!
Anda tentu pernah membaca entri saya mengenai persoalan Menjadi Blogger Popular atau Blog Popular? Di situ, saya cuba bincangkan dan alhamdulillah, ada respon daripada blogger dan pengunjung blog - ramai berpendapat bahawa lebih baik blog menjadi popular daripada diri menjadi popular. Memang kenalah dengan menjual blog adalah lebih baik daripada menjual diri sebagai seorang blogger.Jika anda mahu jadi seorang blogger popular, ada banyak cara dan kaedah. Dan selalunya, ia lebih kepada pembabitan anda di luar dunia blog secara maya. Contohnya, anda hadir event tertentu atau terbabit dengan sesuatu perkara di luar media maya.
Manakala menjadikan blog popular lebih kepada penelitian anda terhadap blog, penekanan dari segi kualiti entri, SEO blog, penampilan blog dan juga pembabitan blog di media sosial seperti Twitter dan Facebook. Anda lebih tekankan mengenai perkara berkaitan blog anda daripada diri anda sendiri. Contohnya, ada buat Fanpage blog dan promosikannya; kontra dengan menjadi blogger popular dengan lebih promosi FB personal anda.
Jenamakan Blog
Soal blog popular, anda akan bawa satu jenama sendiri. Penjenamaan sangat penting untuk membolehkan blog dikenali. Saya lebih suka menjaja logo blog ini sebagai salah satu cara penjenamaan blog, daripada diri saya sebagai seorang blogger. Ini mungkin kerana, saya agak berat dalam memberikan komitmen sebagai seorang blogger tetapi saya boleh memastikan blog saya memberikan komitmen kepada sesuatu. Itu sebab anda jarang nampak wajah saya dalam event tertentu berkaitan blogger...:)Jual blog anda, dan bukan diri anda. Ini adalah kerana ia lebih selamat dan boleh lindungi diri dari fitnah yang anda tidak sedari. Kadangkala orang dok menyampah juga bila tengok gambar diri anda sana sini dalam blog.
Betui dakkk???
Mari lihat harga penilaian blog ini, bagaimana dengan blog anda? Bolehkah ia dijual?
terima kasih ats perkongsian ini
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteBetu betul apa yang dicakap kan di sini....
ReplyDeletenice sharing.....
ReplyDeletetq utk tip ni bro..
ReplyDeletesetuju sangat
ReplyDeletesaya sangat setuju. tapi kalau baca 'about me' oleh pakar blog dari oversea. meraka cakap citer sikit ttg diri sendiri sebab readers kadang nak kenal siapa penulis blog tersebut. TAPI jangan lupa masukkan ttg blog itu ditulis sebab apa
ReplyDeletethx sharing bro
idea sal penjenamaan dgn logo tu, mmg terbaik.. teringin nak cuba ..
ReplyDeletejual blog ye.. okeh.. faham ;D thanks untuk input ni
Kebanyakkan blogger perempuan jual rupa.. tapi bukan semua namun itulah hakikatnya. Tengok entri biasa2 jer.. takde la istimewa sangat samada isu2 semasa atau kisah peribadi tapi memandangkan rajin menempek wajah nan comel maka rating dia naik dengan jayanya. Tapi bagi blog melekit ni.. nak jual rupa takde.. hanya memgetengahkan blog semata mata.
ReplyDeleteBetul tu...blog popular bukan blogger popular. Tapi kalau dah blog popular, pasti blogger akan popular, walaupun hanya nama tanpa wajah dan identiti.
ReplyDeleteNak jual blog...ada ke badan penilai yg menilai harga blog? Terlalu subjektif rasanya spt menilai sebuah lukisan...
wow..mahal tu..
ReplyDeleteblog itu lambang diri kita...dah cukup..xperlu menjaja diri dalamblog..ehehe...good entry
ReplyDeleteTerima kasih Fendy sebab memberikan respon uang cukup baik.
DeleteTerima kasih tip yang menarik
ReplyDeletebagus ni.... peringatan bagi kita semua..
ReplyDeletewow.. mahalnya blog HH...
ReplyDeleteHahaha.. adeh adeh. Jangan percaya sangat estimation tu. Mengarut je lebih.
Deletemasyuk betul harga asset blog
ReplyDeleteEntri Terbaru : Semua Besar Dengan Samsung Galaxy Mega 6.3
Itu main2 je .. bukan leh pakai sngat pun.
Deletethanks for the tips HH..ini juga peringatan utk saya ni
ReplyDeleteramai tak tahu dan buat tak tahu pun ada..pasal ni dah lama tau dah..cuma tak ramai sedar..:D
ReplyDeletetentang jual blog tu,estimate appraisal tu payah nak cakap..kena try masuk Flippa tengok..laku ke idak..takat kat web tu je..ramai je leh masukkan..tapi value pada buyer? ;D
Susah oo nak masuk flippa .. :) blog mesti international, saya punya blog cap kampung je pun.
DeleteOh ya.. yang rega blog tu, saja je buat penyeri entri, jangan ambik serius ehh.
Nice tips HH..banyak dapat ilmu kt blog ni.tq
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.