Sekarang mari lihat motif angka dalam nilaian seorang blogger, tak kiralah blogger baru atau lama. Dan kita lihat signifikasinya dalam dunia blog Malaysia. Weih... janganlah kerut dahi, saya bukan suruh anda buka buku teks, kita santai-santai je fikir, ala macam tengah sembang-sembang makan kepok lekor dengan air kopi o panas tatkala hujang renyai-renyai di pagi hari ... heh ..
Follower atau Pengikut Blog
Bila seorang blogger baru melihat angka follower yang gila banyak, mereka jadi kagum dan terus membuat andaian bahawa blog itu adalah sebuah blog terbaik dan popular. Popular di dalam dunia blog secara amnya. Walhal mereka mungkin tidak sedar, hanya separuh atau mungkin suku dari nilai angka follower itu hanyalah wajah kosong semata yang muncul di kotak follower dan bukan pembaca setia blog tersebut.Jumlah Pageviews
Kagum apabila melihat angka pageviews yang dah berjuta, walhal angka tersebut digenerasi sejak tahun 2010 ... mungkin lebih awal 2008. Kagum kerana blog itu telah punyai banyak hits dan kunjungan. Apa yang nak dikagumkan? Normallah bagi sebuah blog yang dah lama bertapak ada angka sebegitu banyak. Dan lagi, tahukah anda bahawa angka itu dengan sangat mudah boleh diperoleh kalau ia diberikan hasil daripada kontes, segmen, giveaway yang dianjurkan. Tambah-tambah lagi kalau ada entri yang berunsur sensasi - seperti gossip artis, kisah politik mahupun cerita kontroversi!Baca ini - Tips Dapatkan 50K Pageviews dari Satu Entri
Jumlah Entri
Setakat entri dua tiga patah perkataan dalamnya, sepuluh ... dua puluh pun boleh dilakukan oleh blogger. Jadi, tak perlu kagum sangat. Lagi-lagi kalau kebanyakkan entri merupakan entri tampal dan lekap. Belum lagi tengok entri yang sekadar nak ucap bye dan hye je .... dan nak ditambah lagi, andai blog tu memang blog yang dah lama ada. Maka, normallah kalau jumlah entri dah beribu.Baca ini - Jumlah Entri Tidak Cerminkan Kualiti
Bilangan Komen Dalam Entri
Adeh. Tengok macam blog saya. Nampak memang banyak komen, tapi percayalah, komen yang datang dari saya adalah lebih banyak daripada komen pengunjung dan pembaca. Jadi, kalau ada yang kata blognya itu banyak komen, tengok-tengokkan siapa yang bagi komen dan berada di carta teratas komen tersebut. Mungkin 20 komen yang ada, 15 mungkin adalah daripada pemilik blog tersebut!Kedudukan Dalam Ranking Alexa
Trafik tinggi untuk blog yang sentiasa hasilkan entri setiap hari, malah satu hari ada 4-5 entri, memanglah akan terima trafik berganda-ganda. Lihat sahaja carta Alexa teratas, semuanya adalah laman web dan blog informasi yang rata-rata akan hasilkan entri berpuluh sehari. Kalau anda rajin, anda pun boleh dapatkan trafik sebegitu banyak dan berada di ranking Alexa teratas.Baca ini - 10 Tips Terbaik Naikkan Ranking Alexa
Google Page Rank yang Bagus
Rajin tinggalkan backlink di blog-blog yang ada PR bagus, pasti akan beri kesan positif pada blog anda. Jika rajin komen, rajin blogwalking, dengan sangat mudah boleh dapatkan PR paling busuk pun PR2. Dan jika anda nak cepat dapatkan PR lagi best, buat sahaja segmen tukar bloglist atau segmen masukkan blog dalam bloglist, in Sha Allah ... anda akan nampak hasilnya sebulan dua lepas tu.Baca ini - Perbezaan Google Pagerank - Ranking Alexa
Bukti Pendapatan Blog
Hari ni terbit entri - komisen ke 20, bayaran ke 10 ... bukti cek Adsense. Tak perlu sangat nak kagum, walhal benda tu semua blogger boleh buat dan dapatkan. Cuma usaha, teknik dan ilmu je belum cukup. Kagum dengan pendapatan blogger lain papar cek sana sini? Ishh tak perlulah kagum, yang penting jadikan ia satu tamparan hebat buat anda yang juga berada di dunia yang sama - dunia blog Malaysia. Jika blogger tu boleh tayang ... anda pun boleh juga - jika tidak sekarang, mungkin satu hari nanti.Jumlah Perkongsian Media Sosial (Like, G+, Tweets)
Andai blogger tu ping sana sini dalam kumpulan atau group di Facebook yang ada 5,000 ahli, tak mustahil, 10 peratus akan tekan LIKE. Itu baru satu group, kalau bantainya ping sana sini ada dekat 10 group .. yang ada paling busuk pun 1000 ahli ... jadi camner? Haaa ... mudah2 je dapat LIKE. Belum lagi kes paksa LIKE.... tipu LIKE. Samalah juga dengan Google+1 mahupun jumlah Tweets. Tweet je entri anda kat rakan yang ada follower ramai, letak je ayat sensasi sikit ... pasti akan ramai yang retweet...Baca ini - 3 Teknik Umpan Pengunjung dari Laman Sosial
... banyak lagi soal dan kepercayaan blogger mengenai angka yang boleh diceritakan, tapi biarlah apa yang biasa nampak ini difikirkan. Dan lagi, untuk pengetahuan ... semua benda di atas tu ada pada blog ini - yang sebenarnya tidaklah sehebat mana seperti yang anda sangkakan.
Anda juga boleh berjaya, boleh dapatkan angka-angka hebat dipaparkan di blog anda. Tak siapapun yang akan halang anda kecuali diri dan iltizam yang ada. Jika tak mahu mantapkan blog dan biar ia biasa-biasa sahaja .. maka biasa-biasalah ia jadinya. Dan jangan salahkan orang lain mengapa blog anda masih begitu jua ... walaupun dah berkurun berada di dalam dunia blog Malaysia ini.
Buat apa mahu nganga melihat kejayaan orang lain apabila anda punyai daya untuk buatkan orang lain nganga dengan kejayaan anda?
bro ..ada tips disitu..banyak gua kena belajar lagi ni..jgn taksub dgn nombor ekor sdh la bro
ReplyDeleteHahaha... nombor ekor. :)
DeleteKata2 yg last tu mmg boleh dijadikan pegangan.. :D
ReplyDeleteWaaa..
ReplyDeleteNice sharing...
Bro...
Aku balik Penang nak lepak2 sekali boleh?
Boleh. Telefon je. Segan .... SMS je.
DeleteNice sharing bro!
ReplyDeleteKadang-kadang nombor memang boleh mempengaruhi sesetengah blogger. Termasuk diri sendiri jugak. Kena kurangkan diri daripada terpengaruh ni.
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.