Ada blogger buat tips - bagaimana buat duit dengan kontes, giveaway dan segmen. Kalau ikut pendapat sayalah, cara begini kurang bagus. Itu bukan tujuan ia dilakukan, ia salah, dan memang menyalahkan. Tujuan buat kontes, giveaway dan segmen bukan untuk buat duit, tetapi lebih kepada mempromosikan blog kita kepada orang lain. Ianya adalah konsep marketing dan bukannya selling, yang saya belajar sejak sekian lama.

Kontes, Giveaway dan Segmen Bukan Untuk Buat Duit!

Adalah salah sebenarnya, anda menganjurkan sesuatu kontes, giveaway dan segmen untuk buat duit. Ini adalah kerana anda memberi impak hanya pada diri sendiri, anda untung sorang-sorang, kelebihan hanya pada anda ... melainkan ..... jika anda melakukannya dan memberikan kesemuanya kepada peserta yang join.

Contohnya, anda buat syarat suruh klik iklan, jika pendapatan menerusi iklan itu dijadikan hadiah 100 peratus kepada peserta yang join segmen, kontes atau giveaway - jadi ia boleh dimaafkan. Tetapi sejauh manakah keikhlasan anda bila melihat akaun pendapatan klik iklan itu ada RM1000 dan kemudian mahu berikan RM1000 itu kepada peserta kontes atau segmen anda? Boleh anda jamin?

Ini Silap Saya

Saya pernah melakukannya, dan memang ... nafsu mempengaruhi, anda akan jadi buta dan hanya fikir diri sendiri. Matlamat asal dilupa kerana keuntungan berganda yang telah anda dapat.

Kontes, giveaway dan segmen dibuat untuk mempromosikan blog dan memberikan penghargaan kepada pengunjung dan pembaca setia blog kita. Bukan bertujuan untuk kaut keuntungan dengan letakkan syarat klik iklan A, B, C untuk sertai. Anda dapat duit - yang memang sah anda sorang je yang akan dapat - tapi bagaimana mereka yang dah klik iklan anda tu? Adakah mereka akan pasti dapat hadiah yang disediakan dalam kontes tersebut?

Masalah - Bila Ia Jadi Syarat Wajib dan Bukan Option

Yang jadi masalah ialah bila anda letakkan syarat untuk klik iklan. Itu sahaja. Syarat itu pula syarat wajib. Andai ia hanya satu pilihan, tak memaksa, oklah, paling tidak anda memberikan pilihan untuk peserta bersikap ikhlas untuk klik iklan anda. Mereka redha, mereka izinkan pendapatan anda diterima menerusi iklan yang diklik.

Buat kontes, giveaway dan segmen dalam blog - silakan, promosikan sebaik mungkin blog anda. Nak letak klik-klik iklan dalam segmen, kontes ... silakan tapi jangan wajibkan. Letaklah link dengan ikhlas dan telus.

Kontes A
Buat entri tajuk "Saya Kacak" link ke entri ini.
Follow blog ini. Follow blog penaja A, B, C. Like blog penaja E, F, G, H, I, J, K ....
Klik iklan A, B, C dan D.
Hadiah - Top UP 100 untuk sorang pemenang.

Kontes B
Buat entri tajuk "Saya Kacak" link ke entri ini.
Follow blog ini. Letakkan link penaja.

Hadiah - Tunai RM100 untuk 3 pemenang.

Antara 2 contoh kontes di atas, agak-agak mana yang lebih seronok nak anda sertai? Fikir sendiri.

Nak contoh kontes yang baik - Lihat INI dan INI. Tak ada penaja, tak ada modal nak buat, maka cuba ikuti contoh blog ini - Segmen Bloglist Oktober Zamani Abe


19 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. tak suka syarat yag paksa klik2 tu...hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai yang tak suka, tapi kebanyakkan blogger remaja mereka tak ambik kesah sangat.

      Delete
  2. tak suka klik iklan banyak...sy buat GA untuk naikkan trafik blog..bukan untuk nak dapat income...dlu mase baru2 blogging mmg ada niat macam tu..skrg dah takde..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita pun pernah jadi gitu, bila kita sedar, kita bagitahu orang lain supaya jangan silap macam kita.

      Delete
  3. banyak segmen dan kontest yg letak syarat macam ni skang ni..dah jadi trend kot

    ReplyDelete
  4. tak suka klik banyak-banyak...kalau bz sangat, tak sempat nak klik....hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmm itulah pasal, abis masa nak klik je, kalau internet lembab tension jadinya.

      Delete
  5. kte xsuka syarat yg kne klik iklan..pas tu wajib plak tu

    ReplyDelete
  6. err ada ya bro dekat mana tu nak tengok hehehe

    ReplyDelete
  7. terima kasih atas nasihat...ada jugak join yang kena klik iklan, tapi tu jela sekali...^_^

    ReplyDelete
  8. kalau tunggu loading kejap takpe la nak klik2...ini lama...hee

    ReplyDelete
  9. Tak suka pada klik yang banyak...suka pada yang ada hadiah review terbaik dan kontes SEO...dengan ini kita boleh dapat 2 dalam 1.

    ReplyDelete
  10. happy.. enjoy... dapat ramai kawan. soal duit tu ketepikan dulu..

    ReplyDelete
  11. tak suka join contest yang paksa click...bikin rimas..heee

    ReplyDelete
  12. Saya jarang sertai segmen kecualilah yang tidak meletakkan syarat bagai. Kalau saya saya pilih kontes B.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement