Ramai blogger akan hadapi fasa ini.

Alamak, pageview blog tak naik-naik, entri tak ada orang komen, tak ada blog yang berikan backlinks. Dengan kata lain, blog tak ada orang baca. Tak siapa baca blog. Mengapa? "Mengapa tiada orang baca blog aku?" ... beginilah rintihan ramai blogger, baik blogger baru mahupun yang dah lama ada blog.
Mengapa tiada orang baca blog aku?

Jika anda ada masalah seperti yang saya katakan, mari kaji bersama-sama.

Ketepikan blogger yang mungkin baru dua minggu buat blog. Tengok pada apa yang sudah anda kongsi, tulis dan cerita dalam entri-entri lepas. Mengapa tiada pembaca? Jangan fikir lagi mengenai entri yang bagaimana nak anda kongsikan dalam blog. Ini bukan berkenaan entri apa yang akan memancing pengunjung serta pembaca, ini adalah untuk melihat kesilapan lalu yang tidak mahu anda ulang lagi.

Cari Sebab Mengapa Tiada Pembaca

Anda perlu cari sebab mengapa blog anda tiada pembaca.

Cuba tanya pada diri sendiri, dan lihat kembali entri-entri lama anda dalam blog yang sudah berbulan dan bertahun anda buat ini.
  • Adakah anda hanya terbitkan entri ulangan yang telah diterbitkan oleh blogger lain?
  • Rekabentuk blog anda bagaimana? Cukup buat orang terpesona dan rasa suka?
  • Adakah blog ada telah dioptimasi dengan keperluan enjin carian - SEO?
  • Dan paling penting, adakah anda pakar atau setidak-tidaknya tahu apa yang anda ceritakan dalam blog anda?
Mesti akan ada sebab, paling tidaklah, mesti ada sekurang-kurangnya satu sebab mengapa orang tidak membaca blog anda. Dan anda perlu tahu sebab itu. Penting untuk anda tahu dengan melihat kembali pada entri-entri secara keseluruhan dalam blog, dan tenung kembali blog anda berdasarkan soalan-soalan yang telah saya usulkan tadi.
Mengapa Tiada Orang Baca Blog Aku?

Anda Perlu Tahu Apa Yang Diceritakan Dalam Blog

Pernah saya tampilkan dulu, untuk membolehkan orang baca berulang kali blog anda (datang singgah selalu), anda perlu cerita dan kongsi benda yang anda tahu - seperti pengalaman, ilmu dan pengetahuan yang anda miliki. Kongsi perkara yang hanya unik kepada anda - seperti gambar anda bercuti di Cameron Highlands, gambar anda ke Amsterdam. Ini bagai meyakinkan pengunjung yang bakal menjadi pembaca blog anda, bahawa anda arif dengan apa yang anda ceritakan.

Lihat blog-blog yang sememangnya hebat dan dapat trafik serta komen yang tinggi. Apa keistimewaan isi kandungan blog tersebut?

Inilah perkara yang anda perlu lihat dalam blog anda apabila memikirkan kenapa dan mengapa tiada orang baca blog anda.

Moga bermanfaat, in Sha Allah.



57 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Replies
    1. Terima kasih Lynn .. moga perkongsian ini dapat bantu ramai blogger dapatkan pembaca setia mereka.

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. nice sharing bro hh
    turun naiknya pv..harus kita kaji kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya. Jika kita seorang blogger yang sering ambil berat mengenai blog, maka kena tengok, kaji sikit2.

      Delete
  4. Jangan selalu bersungut tapi tidak berusaha mencari punca masalah dan membuat kajian. Mengharapkan sesuatu keajaiban tanpa melakukan sesuatu...itu mustahil.

    ReplyDelete
  5. Sedikit sebanyak dapat memberi peringatan dan panduan ke arah blog yang lebih baik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. In Sha Allah. Moga lebih ramai blogger akan dapat manfaatnya.

      Delete
  6. trafik blog fae turun kalo fae x aktif blogwalking huhu and also kalo x update entri baru..

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah kita huhu...tqvm ye HH for this tips :)

      Delete
    2. Maka, perlulah cari jalan lain untuk bolehkan trafik blog sentiasa ok.

      Delete
  7. Usaha yang berterusan dan jangan cepat putus asa..www.tepakku.com.

    ReplyDelete
  8. Replies
    1. Terima kasih Leeza. Saya harap dan doakan entri ini dapat bantu ramai blogger Malaysia dapatkan pembaca ke blog mereka.

      Delete
  9. betul tu..banyak yang perlu dikaji kembali utk majukan blog..:) nice entry bro^^

    ReplyDelete
  10. ok.. kejap nak check kt blog apa yg kurang.. pengunjung x bertambah-tambah nie hehehehe =p

    ReplyDelete
  11. macam mana nak naikkan trafik blog nih?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Carilah kekuatan sendiri, mesti ada punya. Allah dah bagi anda kelebihan tu, cuma kena selidik dan berusaha mencarinya.

      Delete
  12. baru kita fikir apa yg pembaca nak, apayg perlu di lakukan utk blog konsisten pembaca...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya. Kena fikir, sbb dalam apa benda pun, kena guna otak dan akal.

      Delete
  13. Ya Allah..sgt membantu! sangat5 bermanfaat! tq... =)

    ReplyDelete
  14. Masih menghadapi situasi 'writer's block'

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua orang hadapinya. :) walaupun seorang penulis novel terkenal sekalipun.

      Delete
  15. terima kasih dgn tips yg bagus mcm ni HH .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kembali kerana sudi korek dan kongsi ilmu juga.

      Delete
  16. perasaan biasa yg pernah dialami mana2 bloger.. thanks untuk tips tu...

    ReplyDelete
  17. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  18. Hmm, membantu jugak ni :)Thanks ! Aeen baru kat dunia blogging ni , sudi-sudi jugak la follow ye senior semua ;D
    http://aeenamalina.blogspot.com/

    ReplyDelete
  19. Tips yg bagus utk blogger picisan mcm sy hehe...tq bro HH

    ReplyDelete
    Replies
    1. Elih Japahar blogger picisan ke? Hmm saya nampak dah semakin bagus dah.

      Delete
  20. hebat bro HH ni.. Thanks 4 the tips. memang wow! hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa yang hebat? Seseorang manusia itu hanya akan jadi hebat kalau Allah suka.

      Delete
  21. terima kasih atas tips ni. sgt bagus.

    salam ukhuwah dr nanie

    ReplyDelete
  22. lagi bagus kalau takde cerita gosip ntah apa-apa ntah kat blog kita. boleh kita cerita pasal artis, tapi biar berhemat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Errkk terima kasih Khairil Mazri sebb ingatkan saya.

      Delete
  23. Inilah lumrah kehidupan sebagai blogger

    ReplyDelete
  24. ada info yg menarik pasti akan ada yg datang ke blog...tp yg dtg belum tentu akan tinggalkan komen...hohoho

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmm ... silent readers kadangkala lebih bernilai daripada mereka yang komen tu. Jangan perlekehkan mereka, sbb ada di antara silent reader itu amal dan praktikkan apa yang dismapaikan. Itu kan lebih bermakna?

      Delete
  25. Replies
    1. Blog tiada komen tapi trafik tinggi - tu banyak silent reader la tu.

      Delete
  26. trafik blog saya agak menurun sejak hari raya sehingga sekarang.rasanya sebab saya sendiri kesuntukan masa utk blogging kot

    ReplyDelete
  27. bagi saya kena mantapkan seo dulu....sila beri tunjuk ajar bro..

    ReplyDelete
  28. tips yang sangat bermanfaatt.. First time jejak ke blog HH!! Salam kenal!! Seo?? apakah itu?? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. SEO- kalau kita bukan blogger famous...kena guna SEO, baru blog leh dapat trafik.

      Delete
  29. saya cuba perbaiki atas nasihat sifu

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement