Menerusi entri ini, saya akan berikan serba sedikit panduan untuk anda memilih platform pengiklanan yang boleh anda letakkan dalam blog anda. Tapi sebelum itu, anda harus kenali dulu blog anda - dari segi statistiknya, topografi, siapa pengunjung anda dan sebagainya, kalau tidak kemungkinan jadi kesukaran untuk anda pilih platform yang sesuai.
Panduan Pilih Platform Pengiklanan Untuk Blog
Antara cara nak tahu statistik ialah menerusi blogger.com sendiri, anda perlu godek dan lihat statistik blog anda. Atau cara paling bagus yang saya syorkan ialah menerusi Google Analytics, ini sangat disyorkan bagi pengguna blogspot (blogger.com).Nuffnang
Nuffnang merupakan platform pengiklanan dalam blog yang kuat pengaruhnya di Asia Tenggara. Iklan-iklan yang ada di Nuffnang bersifat tempatan, jadi jika blog anda punyai pengunjung dan pembaca di kalangan rakyat tempatan, maka anda harus pilih Nuffnang sebagai media pengiklanan di blog anda.Ia juga sangat sesuai kepada blog-blog baru, terutama yang mungkin baru mula nak mencari tapak. Ini adalah kerana ada kecenderungan Nuffnang memberikan iklan-iklan berbentuk CPUV yang lebih menguntungkan kepada blog-blog baru ini. Trafik blog tak perlu tinggi sangat tetapi konsisten. Jika tinggi, maka peluang diberikan iklan berbentuk Advertorial akan diberikan, namun ia bergantung dengan corak persembahan kita (atau cara tulis entri) dan juga kata putus dari pihak pengiklan.
Komli
Platform pengiklanan ini berasal dari India (kalau tak silap). Ia kini menjurus dan memberikan perhatiannya kepada blog-blog dari Asia Pasifik terutama blog di Asia Tenggara. Ini adalah kerana blogger Asia Tenggara antara yang paling aktif di dunia. Jika blog anda punyai pembaca dalam lingkungan Asia Tenggara dan Asia Pasifik, anda boleh cuba untuk dapatkan Komli sebagai medium pengiklanan di blog.Komli juga memberikan ruang untuk anda tempatkan iklan lain seperti affiliate, medium pengiklanan lain dimasukkan ke dalam kod iklan mereka. Sesuai untuk blog yang ada trafik pelbagai dan tinggi, ini adalah kerana Komli membayar USD bagi setiap jumlah paparan dalam blog. Jika bernasib baik, boleh dapat iklan bernilai tinggi yang memberikan pulangan yang cukup lumayan.
Iklan juga boleh disesuaikan dengan kedudukan topografi blog dan juga corak pengunjung yang hadir.
Adsense
Antara platform pengiklanan internet yang paling lama dan paling lumayan. Lumayan kerana ia akan memaparkan iklan berdasarkan carian pengunjung (kata kunci terakhir yang pengunjung itu tulis dalam cariannya) dan juga kata kunci tertentu dalam entri dan blog kita. Jadi, kebarangkalian iklan diklik akan lebih tinggi daripada biasa. Katakan anda bercerita kisah percutian anda di Bali, maka iklan-iklan berkaitan Bali, kemudahan hotel, tempat makan akan keluar di iklan Adsense. Ia menjadikan entri anda bukan sahaja entri informasi, tetapi lubuk duit untuk blog.Bagi mereka yang ingin memasang iklan Adsense, anda perlu dapatkan akaun yang telah disahkan. Anda juga terikat dengan beberapa terma serta syarat ketat yang diberikan oleh Google Adsense. Blog mestilah blog original dan bukan copy-paste selain memastikan tiada sebarang bentuk penipuan klik, link-farm dan yang boleh menjejaskan syarat terkandung. Blog juga mesti bebas dari sebarang penipuan trafik kerana Adsense membayar secara amnya berdasarkan trafik blog anda selain bonus klik iklan.
Advertlets
Antara pesaing Nuffnang, namun dari segi kadar ganjaran, ia dikatakan lebih lumayan kerana ia mengambil kira trafik blog. Blog yang ada trafik tinggi boleh menggunakan khidmat Advertlets ini. Cuma, dari segi pembayaran ... ia mengambil masa agak lama untuk membayar dan proses untuk keluarkan income agak perlahan.Jika anda seorang blogger baru yang mungkin mahu mencuba platform pengiklanan yang lain, boleh cuba Advertlets ini. Trafik blog perlu konsisten dengan kadar pageviews agak tinggi - melebihi 1000UV sehari.
Bidvertiser
Salah satu medium pengiklanan internet yang bersifat antarabangsa. Seperti Komli, ia ada kemudahan untuk blogger pilih iklan yang ingin dipaparkan, ini bermakna hanya iklan yang bayar lebih baik untuk setiap paparan atau nilai klik akan diberikan keutamaan. Dibayar dalam USD, antara medium pengiklanan blog yang digemari satu dunia.Blog perlu lepasi beberapa syarat yang dikenakan oleh Bidvertiser. Boleh cuba mohon tetapi jangan berharap sangat. Boleh dipasang sekali dengan Nuffnang, sama seperti Adsense.
Innity
Kebanyakkan blog yang punyai trafik tinggi dengan niche tertentu akan pasang iklan Innity ini. Saya lihat banyak iklan Innity dipasang dalam blog berbentuk informasi yang kebanyakkannya mempunyai pengunjung unik tinggi setiap hari.Innity antara platform pengiklanan blog yang membayar agak lumayan, tetapi untuk memohon agak sukar sedikit (tahun2 sudah). Saya sendiri 3 kali pohon dan 3 kali ditolak disebabkan blog tiada niche yang boleh mendatangkan iklan ...(mana ada iklan mengenai blog daripada syarikat ternama?).
Untuk blog yang ada niche tersendiri, ada UV tinggi ... maka bolehlah pohon Innity sebagai ganti platform pengiklanan yang lain. Ia bersifat tempatan dan iklan-iklannya boleh pengaruhi pengunjung untuk klik iklan yang keluar.
AdsFactor
Salah satu medium pengiklanan yang semakin digemari ramai blogger. Dan ia merupakan antara platform pengiklanan paling digemari di Hong Kong. Ia merupakan antara medium pengiklanan Asia Pasifik yang paling efisien kerana menitik-beratkan apa yang ada di dalam blog anda.Lebih banyak lagi medium pengiklanan yang boleh anda cuba - 101 Syarikat Pengiklanan Blog
Kesimpulan mudah, jika blog anda baru - sertai Nuffnang atau Adsense. Jika trafik tinggi, pilih selain Nuffnang untuk lebih masyuk .. :)
Jangan lupa untuk Google lihat pembayaran yang telah ramai blogger terima. Di situ, ia juga boleh bantu untuk anda pilih medium pengiklanan blog anda. Jangan sampai, anda letak iklan mereka secara percuma!
terbaik review ni bro.. blogging pun boleh dapat duit..
ReplyDeleteinfo yg bagus bro..setelah sebulan blog asku beroperasi..memang terfikir nk letakkan iklan agar menghasilkan duit unutk sambung domain thun depan..hu3..mn lagi bagus bro..antara nuff dan adsense
ReplyDeleteTp google adsense memerlukan blog dlm english kan bro?
ReplyDeleteTak semestinya .. blog bahasa melayu pun boleh ... lihat ia dalam ibiasiswa.blogspot.com yang disediakan oleh saya.
DeleteDah aply adsense tp x dpt iklan mat salleh semua
ReplyDeleteooo nice sharing HH
ReplyDeleteyumida baru faham sikit2
T kasih diatas perkongsian.. baru nampak bnyk penawaran iklan disitu.. selebihnya bergantung kpd kreativiti & kerajinan blogger itu sendiri...
ReplyDeletebidvertiser pun ade syarat eh? memang la semua company ade syarat tapi masa aku mohon haritu macam terus apply je. hehe
ReplyDeleteadsfactor tu den baru tahu.. boleh usya2 ni :D
ReplyDeleteads factor baru first time dengar ni HH...innity memang sangat susah nak apply...adverlets katanya lambat nak bayar bila da cashout...komli saya apply dan berjaya tapi sampai sekarang saya masih belum letakkan iklan komli sebab setia dengan Nuffnang...bila da setia ni susah nak tukar dengan pengiklan yang lain...heee
ReplyDeletemasih pakai nuffnang.nak survey yg lain pulak.thanks bro! :)
ReplyDeletebanyak lagu rupanya syarikat pengiklanan yg saya x tahu.
ReplyDeleteDalam banyak-banyak iklan yang letak kat blog sebelum ni Innity lah paling masyuk. Ratusan sehari kot. :-)
ReplyDeleteden bru tahu...rupanya bnyk lg syarikat pengiklanan blog selain adsense, nuffnang dan komli....info yg sgt bguna....thanks sbb bkongsi....
ReplyDeleteYa, ada banyak lagi . kalau rajin explore ... boleh pilih, saya berikan 101 medium tu ...bolehlah jadikan panduan ...
Deletethank you bro for the knowledge sharing session...
ReplyDeleteRegards,
-Strider-
adsfactor masyuk ker.. tapi komli really awesome!
ReplyDeletebanyak juga kan syarikat pengiklanan yang menawarkan iklan di blog.. namun bagi blogger macam saya ini hanya mampu memasang nuffnang.. masyuk tu tidak lah, alhamdulillah..
ReplyDeleteDaripada start blogging ni saya hanya letak Nuffnang jer, dah dekat 3 taun, earning sampai sekarang masih x boleh cashout... hehehe... baca artikel ni macam ubat tambah semangat la ... ke guaner boh?
ReplyDeleteKonten Adalah Raja Dan Backlink Adalah Ratu... Sebuah Blog Tidak Akan Pernah Bagus Jika Tidak Di Dukung Artikel Yang Berkualitas... www.okartikel.com
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.