Selepas #PRU13 yang lalu, nampak ada lompong dalam masyarakat Malaysia. Pilihanraya yang penuh dengan drama, menampakkan kejayaan kepada parti pemerintah iaitu Barisan Nasional. Jika mahu bercakap soal perkara yang lepas pada #PRU13, banyak boleh diperdebatkan tetapi seperti kata orang lama, "Buanglah yang keruh, ambillah yang jernih". Tidak perlu lagi ungkit perkara lepas hanya semata untuk merenggangkan hubungan sesama kita, yang penting sekarang adalah diri kita perlu menjadi insan terbaik buat diri, keluarga, masyarakat dan negara.

#SaySomethingNice Merdeka 56 Tahun


Kempen #SaySomethingNice (31 Ogos - 16 September 2013) adalah sebuah kempen untuk keharmonian negara, sempena 56 tahun Merdeka Malaysia. Ia merupakan satu kempen untuk memulihkan apa yang sudah pedih, sudah terhiris, sudah terlerai, sudah menjauhkan dalam masyarakat Malaysia. Kita tidak mahu #PRU13 terus dijadikan alasan untuk merenggangkan hubungan dan menidakkan keharmonian serta kekukuhan kita sebagai sebuah masyarakat majmuk yang saling hormat-menghormati.

Merdeka Malaysia 56 tahun adalah bukti bahawa bagaimana kita semua, walaupun di sebalik perbalahan pendapat, perbezaan ideologi, percanggahan fikiran dan perbedaan pemikiran politik, masih boleh duduk aman semeja, merasa teh tarik dan roti canai panas dan bergelak ketawa.

#SaySomethingNice tiada agenda politik. Ia sebuah kempen buat seluruh rakyat Malaysia baik Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban dan sebagainya untuk memulihkan kesepakatan dalam negara. #SaySomethingNice menuntut kita semua menyebarkan segala kebaikan yang ada di antara kita, di dalam negara, di dalam masyarakat dan keseluruhannya.

Agama juga menekankan konsep menyebarkan kebaikan - bukan fitnah, bukan adu domba, bukan aib. Semakin banyak perkara baik kita kongsikan, semakin kita sedar bahawa inilah nikmat 56 tahun kemerdekaan yang telah kita capai.

#SaySomethingNice tentu akan menyerlahkan keunikan kita sebagai sebuah bangsa Malaysia yang berdaulat, yang telah punyai kejayaan dalam pelbagai bidang di dunia. #SaySomethingNice mahu memperlihatkan bahawa di sebalik sengketa lama, kita mampu untuk bersatu-padu, bercerita lebih banyak perkara positif daripada yang negatif.

Mari kita semarakkan kempen #SaySomethingNice di blog dan laman web masing-masing disamping berkongsi status dengan hashtag #SaySomethingNice #SSNC di Facebook, Twitter, Instagram mahupun Keek. Ia satu sumbangan kecil untuk kesejahteraan Malaysia, in Sha Allah.







3 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. saya baru tahu ni HH..bolehlah saya pun join kempen ni

    BalasPadam
  2. Nak buat entri #SaiSomethingNice Merdeka 56 Tahun tak ada ruang masa hanya ucap di Facebook je..di Denaihati Network. Apapun sama-sama kita semarakkan hashtag ini.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement