Ada rakan blogger yang tag saya atau jemput saya join Giveaway yang mereka anjurkan. Saya tiada masalah nak join - jika kena waktu dan keadaan, tapi kalau saya tak join ... pasti ada sebab. Jadi sebab-sebab saya tak join sesuatu giveaway atau kontes adalah bergantung kepada perkara yang akan saya bentangkan kejap lagi. Dan saya pasti akan ada ramai yang boleh kongsi pendapat mengenainya.

Sebab Tak Join Giveaway atau Kontes

Sebelum itu, untuk menjayakan sesuatu giveaway atau kontes dan beri satu impak positif, adalah penting untuk kita menyedari bahawa kebaikan yang kita mahu berikan bukan terletak pada sebelah pihak, tetapi juga kedua belah pihak. Kita mesti tahu cara terbaik untuk hargai mereka yang join dan bukan ambil kesempatan ke atas mereka.

Jangan marah andai kenyataan di atas itu mungkin ada yang berat nak terima. Tapi, jika kita mudahkan jalan buat orang lain, in Sha Allah, satu hari nanti akan dipermudahkan pula jalan untuk kita.
Sebab tak join giveaway atau kontes

4 Sebab Tak Join Giveaway atau Kontes Blogger

  1. Banyak sangat laman Facebook Page nak kena LIKE. Nak join giveaway, nak dapat satu hadiah, tapi nak kena LIKE sampai 10-20 page ... berbaloi ke tidak? Itu kalau menang, kalau tak menang? Baik LIKE kat page yang hadiahnya best sahaja, kalau nak bagi top up RM5 ... tapi nak kena LIKE page dia, suruh dia buat giveaway dan segmen sendiri.
  2. Banyak sangat nak kena follow, follow instagramlah, follow facebooklah, follow twitterlah ... itu dari satu penaja, kalau ada 5 penaja, darab lak dengan 3 aplikasi di atas ... tak ke jenuh tu. Kalau klik dapat 20 buat diri sendiri, oklah jugak. Jadi, apa kelebihan pada peserta?
  3. Banyak sangat nak kena klik. Nak klik itulah, nak klik inilah. Habis masa untuk join satu-satu segmen atau kontes dengan klikkkkkk je. Belum lagi buat entri pasal kontes tu .. haishhh ... mau makan satu hari dibuatnya.
  4. Ada pula kena klik pada link 8Share dan ChurpChurp. Bukan tak boleh tapi cuba buat cara yang betul. Bagitahu link tu mengenai apa, jangan tulis cam ni - LINK1 ... LINK2 .... apalah mudaratnya jika tulis bebenor, barulah betul. Rasa bersalah pun tak akan ada. Buat je cam ni - Iklan 8Share: Daftar Sini dan Dapatkan RM1 Pertama Anda.

Maaf sekali lagi kalau repekkan saya ni gangu gugat kesejahteraan anda. Sebagai seorang yang sebenarnya suka join giveaway dan kontes serta berharapan untuk menang sesuatu, apabila terlalu banyak syarat akan buat badan rasa sengal dan malas jadinya. Dari ingin jadi tak hingin, yang rugi siapa?

Oklah, nanti saya bagi tips untuk buat satu kontes yang baik, yang saya nampak ramai blogger ternama aplikasikan dalam kontes yang mereka anjurkan. Bukan setakat boleh berikan manfaat pada tuan punya kontes malah akan menarik minat orang nak join tanpa rasa sengal macam saya.



26 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. ala..saya buat Ga kena klik iklan tu..dari situ la nk jana duit :(
    http://diarisedetiklebihfarisha.blogspot.com/2013/09/giveaway-i-love-craft-works-by-farisha.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jana duit ada pelbagai cara yang lebih telus. Tak ada ruginya kita terus terang dan telus dalam perkara ini. Nak rezeki banyak atau nak rezeki yang diberkati?

      Delete
  2. Shakira tak pernah lagi suruh klik iklan :)

    ReplyDelete
  3. paling tak suka bila kena dapatkan like.hahaha! lebih suka join contest yang mencabar macam seo ke apa. yang like2 ni payah sikit

    ReplyDelete
  4. Alaa saya punya segmen simple je.. jom ar join... ahaha: PELUANG DAPATKAN HADIAH MISTERI DARI ZAMANI ABE
    (tumpang promote sini.. hehe)

    ReplyDelete
  5. sokong dgn pendapat bro...kebanyakkan segmen yg gua suka join yg jenis buat artikel..dan xbnyak songeh nak like dan klik macam2

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. jika hendak memberi perlulah ikhlas kan...:)

    ReplyDelete
  8. Saya setuju! Sebab tu kalau nak join GA ke Contest ke apa saya tengok dulu sayrat2 dia.. Kalau dah banyak sangat benda nak kena buat like sana sini, folllow itu ini, tapi pulangannya tak seberapa memang saya tak layan.. Tu pun kalau menang. Kalay tak? Erm.. Nganga..!
    ZON PERMAISURI CHOMEL

    ReplyDelete
  9. Assalam.
    Memang seronok betul baca blog Tuan HH ni :) .

    Barulah saya tahu mengapa saya istiqomah di sini :)

    Sejak berblog , inilah satu-satu blog yang saya baca lebih dari satu tajuk..

    :) maaf semua. Lari tajuk..

    ReplyDelete
  10. setuju sngat dengan bro. bnyak benda nk kne buat jadi leceh nak masuk

    ReplyDelete
  11. tak paham sangat dengan macam mana buat kontes ni boleh buat duit..mintak kalo ada masa Tuan HH buat pencerahan, atau ada sedara sedari yang tahu.

    ReplyDelete
  12. leceh kalo nak kena ikut syarat2 cam kat atas hehe.

    ReplyDelete
  13. Buat masa ini saya tidak serta mana-mana contest yang dianjurkan kerana ramai yang menganjur contest sampai rambang tak tahu mana satu hendak masuk. Akhirnya terlepas begitu sahaja. :-)

    ReplyDelete
  14. Pilih yang mana syaratnya mudah...menang kalah suku kira..beb...

    ReplyDelete
  15. Emm kalau mcm ni lah keadaannya saya pun tak berapa minat..hahaha

    ReplyDelete
  16. tau xpe..sy kalo yg like fb kt page tu terus ok lgi.. nk mintak follow itu ini...huhu..maleh

    ReplyDelete
  17. Alhamdulillah..terima kasih atas pencerahan yang diberikan..mesti diambil kira pelbagai aspek ni...^_^

    ReplyDelete
  18. Saya sokong entri ni. Antara sebab saya tak suka sertai segmen atau kontes, inilah sebabnya. Lagipun saya tak ada benda-benda tu.

    ReplyDelete
  19. saya join kalau syarat-syarat nya mudah jer...

    ReplyDelete
  20. betul..ida kalau bnyk2 syarat nk kena tgu loading la..mls nye nk tgu..kdg2 trjoin ngk..

    ReplyDelete
  21. kalau syarat bnyk n hadiha bnyk best :D

    ReplyDelete
  22. teringin nak join, tapi bila bukak je syarat kemain ketat... like itu like ini.. kena follow segala bagai.... hahahaa last2 close tab je ^^

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement