Ada tu bajet bagus ... ohh sayakah itu? Mungkin saya la tu ... pada satu zaman dahulu, tapi tatkala ini kalau rasa saya macam tu, saya mohon maaf banyak-banyak. Sila tegur kelakuan saya yang tak senonoh tu. Saya memang tak sebagus blogger yang lain, saya cuma blogger ala kadar sahaja. Tak tahu, maka tanyalah .... tak kira pada siapa, saya sendiri kalau tak tahu mengenai blog, saya akan tanya pada yang tahu. Saya pun blogger baru belajar gak apa ....

Saya suka dengan blogger yang suka bertanya, walaupun kadangkala saya tak ada jawapan untuk persoalan yang diberikan. Bukan apa, daripada satu pertanyaan, saya akan uji diri sendiri samada saya tahu atau tidak mengenai perkara itu. Andai tak tahu, saya pasti akan cari jawapannya. Nah, sekarang bukan saya sahaja akan tahu, tapi blogger yang bertanya tu juga akan dapat tahu.

Satu soalan merungkaikan ketidaktahuan dua orang ... itu kuasa pertanyaan. Tak bertanya, maka persoalan takkan terjawab. Dan buat mereka yang tak reti nak menjawab tu - walaupun kata "Maaf, saya tak tahu" ... tu memang orang yang bajet bagus tapi tak tahu apa-apa,  sombong lak tu. Haishhhh ..... jangan kawan dengan orang yang sombong camni.

Jika tak tahu, mengaku tak tahu - mudah sahaja. Tak ada hilang macho kalau mengaku akan kelemahan diri.

Jika saya tahu, jawapan akan diberi, pertolongan akan disampaikan. Siapa saya nak sombong soal ilmu yang dipinjamkan ini.

Yang paling saya suka ialah apabila seseorang dah dapat ilmu, dia akan cuba ilmu tu. Itu tanda dia menghargai, itu tandanya dia mahu tahu. Itu tandanya dia mahu berjaya. Sesetengah orang suka ambil mudah je ... walaupun dah diberikan ilmu percuma.

Tu sebab ada blogger yang dah lama berblog malas nak bagi ilmu, kalau ada pun, mereka jadikan ia sebuah ebook yang perlu dibayar untuk dibaca. Dah ... nak buat camner ye tak, tang bila kasik percuma, tanak buat; bila dah jadi kena bayar, rungut kena bayar mahal sebab ilmu.

Bagi diri saya buat masa ini, belum lagi tergerak hati nak buat ebook. Saya pernah buat ebook, dan pernah saya berikan secara percuma satu masa dahulu. Saya tahu, dengan buat ebook, blogger boleh buat duit. Tak caya? Baca ini - 7 Teknik Killer Ebuk "BestSeller"

Saya masih mampu dan bertahan untuk berikan pengetahuan dan kongsikan pengalaman blogging saya pada yang lain dengan percuma - asalkan iklan-iklan dalam blog ini dapat sambutan dengan rakan blogger yang lain.

Tak tahu, maka tanyalah .... boleh tanya saya, dan tanya ramai blogger hebat lain. Segan nak tanya blogger hebat lain tu, boleh cc je pada saya ... saya akan tanyakan ... memandangkan saya lebih kacak dari anda yang dok segan-segan tu ... yeahhhh .. hehehehe...


7 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. kalau perkara mudah sy sudi membantu..^___^

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah,kalau benda simple saya pun akan bantu.. kadang2 kalau saya ada masalah, saya cuba cari penyelesaian dengan kaedah google, tak jumpa baru tanya pada yang pakar... dah jumpa jalan penyelesaian, saya cuba tulis semula kaedah2 penyelesaian tu dalam blog...

    ReplyDelete
  3. Selalu juga blogger bertanya tentang pelbagai perkara pd sy. Selalu juga saya rajin2kan diri buat tutorial. Than, kalau sy tak tahu, sy akan buat se entri n tanya pendapat rakan blogger lain melalui entri tu. Bagus bertanya & menjawab pertanyaan ni... Meluaskan pengetahuan.
    O ya, sy memang ada beberapa perkara nak tahu. Nanti sy pm sifu. Bleh ke?

    ReplyDelete
  4. Segan bertanya sesat jalan, bila dah sesat baru nak minta tolong...hihi
    Saya amat kagum dgn anda HH...Anda memberi walaupun tanpa diminta, tapi siap offer lagi. Semoga tangan yang memberi ini mendapat ganjaran dariNya. TQVM

    ReplyDelete
  5. bagus entri ni. saya suka dengan dorongan Tuan HH supaya bertanya kalau tak tahu..terima kasih.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement