Sebelum itu, anda harus tahu bagaimana penyakit ini boleh menyerang diri. Penyakit ini berkaitan dengan tekanan darah. Tekanan darah adalah kekuatan darah mengalir di dinding pembuluh darah yang keluar dari jantung (pembuluh arteri) dan yang akan kembali ke jantung (pembuluh balik).
Kalau ke klinik atau hospital, pemeriksa tekanan darah yang selalunya jururawat kanan akan memeriksa tekanan dengan memberikan dua bacaan, satu dinamakan sistolik dan satu lagi diastolik; yang akan kelihatan seperti ini 110/90. Kalau ke klinik swasta, mungkin bacaan anda akan dilakukan oleh jururawat atau pembantu klinik yang muda bergetah dan cun melecun ...hehehehe....
Apakah dia bacaan sistolik ini? Sistolik ialah bacaan tekanan darah daripada saat darah dipam keluar dari jantung melalui arteri. Selalunya bacaan adalah tinggi kerana jantung perlu pam keluar darah untuk peredaran ke seluruh anggota badan, termasuklah bahagian otak anda.
Manakala diastolik adalah bacaan tekanan darah di saat jantung sedang berada di dalam keadaan rehat, di mana kekuatan jantung untuk membenarkan darah kembali ke jantung. Angka bacaan selalunya lebih rendah. Angka itu menunjukkan betapa kuat pembuluh darah membenarkan darah kembali ke jantung anda.
Aliran darah yang sempurna perlu bagi memastikan anggota badan menerima oksigen yang diangkut menerusi darah, selain daripada sel darah putih untuk pemulihan dan sistem pertahan badan.
Tanda Blogger Malaysia Kena Darah Tinggi
Sakit Kepala
Apabila tetiba anda sakit kepala semasa update entri baru, maka berhati-hatilah, anda mungkin telah mengalami simptom penyakit darah tinggi. Ini adalah kerana darah tidak dipam secukupnya ke bahagian kepala, dan otak anda jadi lesu dan sakit kepala akan berlaku gara-gara kekurangan oksigen.Jantung Berdebar
Jantung akan mengepam lebih kuat daripada biasa. Ini adalah kerana bahagian-bahagian tertentu terutama pembuluh darah yang menyukarkan darah mengalir secara teratur, samada untuk pam darah keluar mahupun membenarkan darah kembali ke jantung.Kesukaran Bernafas Selepas Selesai Tugas Berat
Selalunya berlaku ketika anda selesai melakukan kerja mengangkat benda berat. Anda akan mengalami kesukaran untuk bernafas kerana anggota badan memerlukan oksigen. Darah yang dipam tidak sampai ke bahagian yang dikehendaki. Ia seperti permintaan melebihi pembekalan.Mudah Lelah
Ini juga disebabkan darah atau oksigen tidak cukup atau tidak sampai ke anggota badan, terutama anggota respisari. Peparu khususnya tidak cukup tenaga untuk pam dan edarkan oksigen ke dalam jantung untuk edaran ke seluruh bahagian badan.Penglihatan Kabur
Bila berada di depan komputer terlalu lama, andai penglihatan tetiba jadi kabur, maka berhati-hatilah; ini mungkin disebabkan hipertensi. Pembuluh darah di mata tidak dapat mencerna apa yang anda lihat dengan baik, mata jadi lesu kerana kekurangan oksigen.Wajah Menjadi Kemerah-Merahan
Efek kepada perlakuan pembuluh darah yang terpaksa bekerja keras untuk darah diedar dan kembali ke jantung. Darah yang tersekat-sekat akan membuatkan arteri berdekatan dengan kulit menampilkan warna kemerah-merahan.Hidung Berdarah
Tekanan keterlaluan boleh menyebabkan hidung berdarah. Hidung berdarah berlaku apabila darah gagal kembali ke jantung, iaitu gagal untuk mengecut. Selalunya berlaku pada mereka yang lebih berumur.Sering Buang Air Kecil Waktu Malam
Kandungan garam yang tinggi dikatakan pembawa masalah terjadinya darah tinggi. Kekerapan buang air kecil mungkin disebabkan oleh kandungan garam yang tinggi dalam darah. Maka, kalau malam-malam anda buat entri baru, dan banyak kali kencing, maka sila ambil perhatian.Telinga Berdesing
Pembuluh darah di bahagian telinga hadapi masalah ketika proses sistolik dan diastolik berlaku.Kepala Berputar (Vertigo)
Berlainan dengan sakit kepala, anda akan merasakan dunia ini berputaran. Ini disebabkan keseimbangan yang hilang, atau oksigen tidak cukup di dalam badan, terutama di bahagian kepala - termasuklah telinga dan mata.Moga entri ini membuatkan kita sentiasa waspada akan masalah hipertensi ini terutama di kalangan blogger Malaysia. Sila dapatkan pemeriksaan tekanan darah tinggi di klinik atau hospital berdekatan. Pemeriksaan adalah percuma. Malah anda boleh mendapatkan bacaan tekanan darah di mana-mana kedai farmasi yang berdaftar.
Ke anda nak tunggu Dr Fatin Liyana buka klinik?
Semoga beroleh bermanfaat.
tu tandanya umur dah makin meningkat ehehheee.. nak doktor yang comey2 jer kan :P
ReplyDeleteBahaya juga yer penyakit nie, harap bertenang selalu...
ReplyDeletesyukur belum ada tanda2 tu lagi..hu3
ReplyDeleteada jugak la 2 3 tanda berkaitan dengan aku.. sudah.. kena pergi jumpa Dr Fatin nie hahahaha =p
ReplyDeleteMacam ada je... Kena jumpa doktor ni
ReplyDeleteUmur 30 ke atas, eloklah pakat gi buat pemeriksaan mana yg patut...huhu...dah nak kena p klinik ni..
ReplyDeletesoalan last...jawpan dia ialah....jeng jeng jeng =)
hahaha...tang yg last tu mmg x bleh blah...kelakaq abis.....
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.