Bukan tips dan panduan baru, tetapi dah lama, cuma disegarkan supaya kembali ingat teknik dan tips terbaik ini. Tips buat pengunjung blog jatuh cinta, bukan kepada tuan punya blog tapi kepada isi kandungan blog anda. Tak susah mana, cuma bagi yang belum mencuba, kena cuba .. dan pastikan anda konsisten dengan percubaan itu.

Tips Buat Pengunjung Jatuh Cinta Dengan Blog

Tips buat pengunjung jatuh cinta bukan berlaku sekelip mata. Ia merupakan proses yang berterusan. Kalau sekali terlajak, perlu lakukan pembetulan, jangan dibiarkan kudis jadi nanah.

Bagaimana nak buat pengunjung blog jatuh cinta dengan apa yang anda sajikan dalam entri-entri anda? Pertama sekali, perlu ada sifat rendah diri ... setinggi mana kejayaan anda, sifat ini mesti anda terjemahkan dalam blog. Tak semestinya anda tonjolkan dengan cara anda menulis, tetapi penampilan blog itu sendiri perlu nampak innocent dan rendah diri.

Mesti Tampil Rendah Diri

Ada blog, nampak gah dengan iklan sana-sini, tapi isinya tak ada, income pun tak kemana (macam blog saya la tu).

Ada blog, ditempek jumlah follower sampai ribu-ribu tapi dari yang banyak tu, ada yang sekadar menyibuk ... yang bagaikan gunting dalam lipatan. Malah, ramai antara mereka cuma jenguk blog tersebut hanya 7 kali dalam setahun.

Ada blog suka paparkan kejayaan-kejayaan blog - macam trafik tinggilah, income melangitlah, jumlah follower berjutalah ... bukan tak boleh, tapi kadangkala cara kita tulis dan kongsi entri itu bagai tak kena, macam perli dan sinis pada yang tak mampu tampil sebegitu. Kasihan mereka.

Sifat Bangga Diri Buat Blog Jadi Berat

Sifat rendah diri ini akan blog anda jadi ringan .... atau fast loading. Kerana apa? Sebab anda tak mahu bermegah dengan apa yang anda telah capai, cukup anda penuhkan dengan informasi-informasi yang boleh berikan manfaat pada orang lain.

Bila dok megah sangat sampai nak letak widget jumlah follower, jumlah hits, jumlah trafik dan segala bagai, lama-lama blog jadi berat, loading blog jadi lambat, pengunjung yang baru nampak header blog setelah 8 jam menunggu, pasti akan klik tutup dan tak datang-datang dah.

Silap siapa bila blog tak ada pengunjung? Salah diri sendirilah ... nak salah siapa lagi .. ye tak?

Saya dah banyak buat kesilapan dalam dunia blog, maka janganlah pula anda lakukan kesilapan yang sama macam saya. Penat nak naikkan blog ni .. makan tahun.

Semoga beri ingatan buat saya dan kita semua.


17 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. artikel yang bermanfaat..
    ramai kenal rakan maya ni..

    ReplyDelete
  2. betul tu..tapi kadang-kadang susah juga. Sebab bahasa menulis ni, kdg2 mudah disalah tafsir..yelah kan, baca sendiri faham sendirik je..heheh..

    ReplyDelete
  3. Hehe, xper jatuh cinta ngan blog, jangan orangnya. Suka baca blog yang guna blogspot bila buka guna hp. Hp akan tgk versi mobile, memang fast loading. :).

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah..perkongsian yg bermanfaat bro hh
    nak cuba elakkan beberapa perkara di atas
    moga pengunjung jatuh cinta n tergoda nak datang lg

    ReplyDelete
  5. nice entry..bermanfaat buat saya.

    ReplyDelete
  6. Terima kasih atas perkongsian..yup, betul..saya setuju..saya juga suka dan sangat kagum dengan blogger yang dah famous, follower ramai, tapi rendah diri dan sudi je jenguk blogger baru..

    ReplyDelete
  7. suka dengan statement ini, masih baru belajar lagi.....

    ReplyDelete
  8. kuti ilmu lagi dr HH..antara blogger yg dh lama aku follow secara senyap..sejak dr bangku lagi

    ReplyDelete
  9. Sebagai blogger tidak salah mencuba pelbagai cara dan rupa. Buatlah sesuka hati...kerana darinya anda akan belajar dan belajar. Belajar dari kesilapan, itu adalah yg terbaik.
    Panduan dan tunjuk ajar dari blogger berpengalaman juga adalah panduan dan rujukan yg terbaik...Kedua2nya amat bagus dalam meningkatkan ilmu dan pengalaman dalam blogging.

    ReplyDelete
  10. terima kasih atas2 tip..berguna sangat..

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement