Saya kerap kali mengatakan, untuk menjadi seorang blogger yang benar-benar berjaya, anda perlu ada sebuah blog yang punyai niche atau tema tertentu. Sesebuah blog yang ada tema atau menjurus kepada sesuatu akan lebih ada impak, malah kerana pengususan ini akan menjadikan blog itu unik dan mempunyai pembaca setianya yang tersendiri. Antara tema atau niche blog yang sering mendapat sambutan ramai ialah blog mengenai keibubapaan dan kekeluargaan.

Top Blogger Malaysia Dalam Keibubapaan dan Keluarga

Top blogger dalam keibubapaan dan keluarga

Di Malaysia, ada ramai top blogger dalam keibubapaan dan keluarga ini. Mereka sering berkongsi tips dan panduan yang ada kaitan mengenai cara menjadi ibu bapa terbaik buat anak-anak, dengan bertujuan untuk membentuk sebuah keluarga yang hebat - terbaik dunia akhirat.

Isi Kandungan Blog Top Blogger Keibubapaan dan Keluarga

Apa top blogger keibubapaan dan keluarga kongsi dalam blog mereka? Antaranya ialah;
  • Tips dan panduan mendidik anak
  • Tips percutian bersama keluarga
  • Tips pemakanan baik untuk anak-anak dan keluarga
  • Tips pakaian untuk si kecil
  • Tips buat ibu-ibu mengandung dan bersalin
  • Panduan mengenai hubungan kekeluargaan
  • Petua untuk berjimat sebagai ibu dan bapa
  • Panduan berkaitan pemakanan

Dan banyak lagi ... walaupun nampak skopnya yang satu - ibubapa dan keluarga tetapi ada banyak benda yang boleh dikongsikan. Top blogger dalam keibubapaan dan keluarga berkongsi berdasarkan pengalaman dan pembacaan mereka. Jadi, adalah sangat menarik bagi pembaca mengetahui sesuatu tips dan panduan itu daripada pengalaman sebenar.
top malaysian blogger 2013 dalam keibubapaan dan keluarga

Siapakah top blogger dalam keibubapaan dan keluarga ini?

Ada ramai, saya senaraikan antara rakan blogger yang hebat dengan niche ini ....

Malah, ada beberapa lagi nama besar dalam blog mengenai keibubapaan dan keluarga ini, anda boleh jenguk entri Broframestone - Parenting Blogger Yang Perlu Anda Kenali

Adakah anda juga mempunyai blog sedemikian? Kongsikan kepada saya di ruangan komen, atau mungkin ada blog lain yang perlu saya ketahui yang boleh menjadi top blog dalam keibubapaan dan keluarga ini?




16 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. ramai yang saya dah terjah....banyak manfaatnya....

    ReplyDelete
  2. semua blogger top n popular nie

    ReplyDelete
  3. Blog bernichekan kekeluargaan memang banyak yang boleh dibuat artikel, banyak tip-tip yang boleh dikongsi, panduan dan segala macam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya. Sumber rujukan cukup banyak. Ada majalah, ada laman web, janji kena pandai olah dengan ayat sendiri dan dikembangkan lagi dengan pengalaman sendiri.

      Delete
  4. blog parenting memg bagus...dapat info yg berguna utk didikan anak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Seronok baca blog2 pengalaman sebenar ni.

      Delete
  5. ada blogger dalam senarai tu memang aku follow blognya, lepas ni kena tambah lagi list yang perlu follow ler nampaknya...
    terima kasih.

    ReplyDelete
  6. Bukan senang hendak sentiasa kekal niche blog.:-)

    ReplyDelete
  7. Blog saya tak banyak tentang parenting guide, sy buat entri pelbagai sampai sekarang belum jumpa niche blog yg sesuai buat blog sy tu. Huhu...

    ReplyDelete
  8. Ramai gak buat niche keibubapaan ni rupanya...mungkin ramai orang suka cari maklumat tentangnya

    ReplyDelete
  9. wah... terima kasih bro HH kerana senaraikan blog saya yang tidak seberapa...

    ReplyDelete
  10. http://www.bubblynotes.com blog ni pun hebat juga orangnyer..

    ReplyDelete
  11. Tak de nama gua dalam senarai.

    Oh entry 2013 rupanya. Gua xde anak lagi waktu nie.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement