Dah lama saya tidak kongsikan informasi mengenai SEO blogspot. Saya pasti ramai yang mahukan blog dan entri disenaraikan di enjin carian, terutama di halaman pertama enjin carian seperti Google, Bing atau Yahoo. Memang ada banyak langkah untuk memastikan blog mesra SEO ini, namun kalau diikuti satu persatu, ia takkan jadi satu masalah.
Ubah Setting Pada Robot untuk SEO Blogspot
Saya mahu kongsikan satu cara (antara) yang paling mudah untuk membolehkan blog blogspot anda mesra dengan enjin carian. Namun, anda perlu lakukan dengan berhati-hati agar tidak tersilap, kerana andai kesilapan berlaku, blog serta entri anda mungkin tidak langsung akan berada di enjin carian.
Kaedah yang akan saya kongsikan ini memerlukan anda untuk ubah dan edit setting pada robot.txt blogspot anda. Jangan risau, ikuti dengan rapi apa yang akan saya berikan ini, dan in Sha Allah, semua akan ok.
Salin kod di bawah ini selengkapnya.
Kemudian, sila ke dashboard blogspot anda, dan unjur ke bahagian Settings. Dan pilih bahagian
Search preferences, lihat bahagian
Crawlers and indexing, dan klik
edit pada bahagian
Custom robots.txt.
Paparan di bawah berikut akan keluar, dan kini
paste kod yang telah anda salin tadi di dalam kotak yang disediakan. Klik
Save Changes. Dah siap. Sekarang, blog dan entri punyai peluang untuk disenaraikan di enjin carian.
Jangan lupa ubah http://link-blog-anda.blogspot.com kepada URL blog anda.
Kaedah mudah ini mesti anda selaraskan di
Google Webmasters Tool di mana anda boleh tingkatkan lagi keupayaan blog anda untuk disenaraikan di enjin carian terutama di laman utama.
Selamat mencuba.
Mesti selaraskan di google webmaster tu cemana bro? kurang faham =.=
ReplyDeleteKena hantar sitemap juga pada Google Webmaster
Deletealhamdulillah...sy dahpun buat HH..banyak lagi yang perlu sy belajar..terima kasih
ReplyDeleteperkognsian yg bermanfaat =) jazakallah khairan kathira HH..
ReplyDeleteTerima kasih. :)
DeleteSaya dah buat..
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian ilmu dan tips yang sangat bermanfaat bagi kita dan juga sahabat-sahabat yang menggunakan blogspot.
ReplyDeleteTerima kasih sekali lagi
dh buat jugak ;)
ReplyDeleteThanks HH..cuma kita nak tau kenapa bila kita taip robot.txt untuk URL blog nothing appears. Is it something wrong dengan my Blog URL? Thanks in advance...
ReplyDeleteOhh memang kalau kita taip di internet tak kuar apa2. Ia hanya untuk robot enjin carian baca dan patuh sahaja.
DeleteOoo..macam tu..tq ya. Nway kita ada terbaca this info by bloggertipstricks; Bila kita check dia punya URL..banyak yang tersenarai..kalau HH ada peluang..try this one ya..
ReplyDeleteHow to Check Your Robots.txt File?
Take a look at the below example for demo.
http://www.bloggertipstricks.com/robots.txt
Once you visit the robots.txt file URL you will see the entire code which you are using in your custom robots.txt file.
Ya, kita boleh custom lagi banyak benda. Untuk sorok page tertentu dan sebagainya. Bukan semua perkara dalam blog kita mahu disenaraikan di enjin carian. Hanya informasi atau kandungan blog sahaja.
DeleteThanks HH..
Deletedah buat jap tadi. terima kasih sifu :)
ReplyDeletethnks tuto..baru buat td...
ReplyDeleteTerima kasih cynta ieda ..
Deletebro kalau sebelum kita wat setting ni kita dh pernah hantar sitemap dkt webmaster tool..leas dha buat setting kita kena submit balik ke bro
ReplyDeleteYa, buat secara berkala.
Deletekalau yang pakai custom domain boleh buat juga ker? tapi masih pakai hosting blogspot, just domain je lain? maknanya tidak blospot.com hanya .com saja?
ReplyDeleteBoleh. Saya buat dan saya guna. Blog ini kan ke hosting blogspot.
Deletesaya dah buat seperti yg diajar. erm, nak tanya cikgu. kat atas tu ada meta tag discription kan, bila tengok my one is disabled. Memang perlukah saya edit dan letakkan something atau ada benda lain or kat tempat lain yg perlu saya edit ke? saya mmg failed bab editing blog ni espcially about coding. maaf bertanya
ReplyDeleteLebih mudah masukkan kalau tidak ada kod HTML dimasukkan ke dalam blog. Cara memasukkan meta deskripsi yang disediakan oleh blogger sebenarnya lbih menjamin sbb ia adalah dari Google sendiri. :)
Deletethanks..
ReplyDeletesy dah buat.. :)
salam, nk tanya ape beza kalau kita letak url www.anyshanur.blogspot.com VS anyshanur.blogspot.com ?
ReplyDelete*newbie** wink..wink..tq :)
Sebenarnya tiada beza ketara, sekarang ini banyak robot carian dah tak ambik kesah www ini, memandangkan ia adalah root internet.
Deletetima kasih atas panduan ni.. :)
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian, HH nak tanya, hamba dah edit seting robot dlm template, boleh x hamba buat cara di atas lagi walaupun hamba dah edit dalam template?
ReplyDeleteArtikal terbaru...:Lagenda Formula 1 sepanjang zaman
Post a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.