Buat duit menerusi blog anda tanpa perlu ada produk, boleh ke tak boleh? Kalau anda blogger baru, mungkin tak nampak peluang ini. Sebenarnya boleh, malah saya akan tunjukkan dua cara paling popular dan termudah untuk sesebuah blog menjana pendapatan tanpa perlu produk. Ya, memang boleh, dan saya sendiri dah berjaya melakukannya.

Jadi, bagaimana nak buat duit dengan blog tanpa produk sendiri?
2 cara mudah dan popular buat duit dengan blog tanpa produk

2 Cara Termudah Buat Duit dengan Blog Tanpa Produk

Cara Mudah Pertama Buat Duit Tanpa Produk

Salah satu cara paling mudah ialah dengan menyediakan tapak iklan untuk disewakan di blog anda. Siapa yang mahu promosi dan letak iklan di blog anda, mereka akan dikenakan caj atau sewa.

Mengapa perlu sewa walhal anda menggunakan platform percuma blogspot? Ini adalah kerana untuk membayar usaha anda mempromosikan blog anda. Usaha anda ping entri blog sana sini, usaha anda jadikan blog mesra SEO serta usaha anda mengemaskini blog anda supaya blog dapat trafik; yang secara tidak langsung akan mendedahkan pengunjung dan pembaca blog kepada iklan yang tersedia papar.

Namun begitu, saya nasihatkan kepada blogger yang bercadang mahu menyewa tapak iklan di blog memahami tanggungjawab yang mereka harus laksanakan - iaitu memastikan trafik ke blog sentiasa mantap dan berbaloi untuk pengiklan letak iklan. Tunjukkan bahawa sewaan tapak iklan itu berbaloi dan tidak merugikan mereka.

Sebuah blog yang boleh mendapatkan trafik sehingga 4,000 - 8,000 pengunjung unik sehari; dianggarkan boleh meletakkan sewaan tapak iklan di blog dari RM150 sehingga RM300 sebulan! Jika blog itu menyediakan sebanyak 3 ruang tapak iklan dengan sewa RM200 ... maka dengan mudah blog tersebut boleh menjana RM600 sebulan secara konsisten!

Cara Mudah Kedua Buat Duit Tanpa Produk

Cara kedua untuk buat duit dengan blog tanpa produk ialah dengan menyertai affiliate atau program yang menyediakan PPL (Pay-Per-Lead). PPL adalah satu program di mana blog anda membawa pelanggan kepada pihak-pihak tertentu. Pihak ini pula mendapatkan butiran pelanggan tersebut untuk tujuan promosi ataupun bagi tujuan pemasaran mereka.

Contoh paling mudah ialah ChurpChurp dan juga 8Share. Anda promosikan khidmat, pengunjung daftar menerusi link yang disediakan, dan anda akan dapat komisen mudah. Selalunya komisen ini dalam lingkungan RM0.20 sehingga RM2.00 bagi setiap satu pendaftaran berjaya dilakukan.

Banyak contoh lain yang boleh diberikan untuk program PPL ini, tetapi saya sangat syorkan program di bawah yang nyata boleh berikan keuntungan berganda.
  • 8Share - Rakan atau pengunjung yang daftar percuma akan terima RM1, dan anda akan terima RM1 apabila rakan anda berjaya peroleh komisen RM2 pertama.
  • ChurpChurp - Anda akan terima RM1 setiap pendaftaran baru yang berjaya dari blog serta laman sosial anda.
Siapa yang belum mencuba, boleh cuba dan dapatkan komisen pertama atau pendapatan pertama daripada blog anda, tanpa perlu anda punyai sebarang produk pun ....

Sebelum habis baca entri ini, cuba bayangkan andai penyata ini tiba ke dalam inbox anda.
Komisen agen affliate



47 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. no 1 kalau visitor blog meriah.. dan no 2 kalau ramai follower.. memang masyukk!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmm .. tak semestinya .. :) teknik kena aplikasikan, kalau teknik tak betul pun tak jalan gak

      Delete
  2. antara nak buat dan tak nak buat je.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, kalau nak seribu daya ... macam2 cara boleh buat untuk dapatkan hasil yang betul

      Delete
  3. Wahh...peluang terbaik dan terbuka utk semua mencuba. Thanks bro HH atas perkongsian. Banyak lagi kena improve utk diri wan sendiri nih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya. Masing-masing akan perbaiki diri jadi lebih baik.

      Delete
  4. Replies
    1. Terima kasih, moga akan lebih ramai blogger boleh jana pendapatan dengan blog.

      Delete
  5. Assalam. Rasa nak buat sangat-sangat ni. Tapi masih lagi terkial-kial .

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. Ya Kucha Lana ... tips untuk lebih ramai blogger berjaya hasilkan duit sampingan dengan blog

      Delete
  7. T kasih diatas info.. sgt bermanafaat :)

    ReplyDelete
  8. Replies
    1. :) simple kan? Semua orang boleh buat punyalah ..

      Delete
  9. thanks info
    mouse ni pon masih belajar pelan2 ni
    hehe

    ReplyDelete
  10. Kakikedai.com tunetalk excel rupanya.

    ReplyDelete
  11. Terima kasih berkongsi. Bermanfaat

    ReplyDelete
  12. Tips, petua dan advise yg sgt diperlukan ..... :)

    ReplyDelete
  13. Hanya dua cara saja kenapa tak letak 5 ke....Ini menunjukkan ia sangat mudah hanya memerlukan 2 cara saja. Jika yg satu tu tak berkesan kita masih ada yang satu lagi. Terima kasih tuan HH sudi berkungsi info...semoga banyak manfaat untuk pengunjung setia di blog tuan.

    ReplyDelete
  14. terima kasih kerana perkongsian ini..

    ReplyDelete
  15. oh... terima kasih atas pencerahan. Saya dah buat ke dua2nya. Yg nombor 1 memang masyuk selalu. Yg nombor dua tu slow sikit, masih belajar lagi. Baru tahu kakikedai tu tunetalk. Sy dah join tapi tak jumpa banner utk pasang dlm blog. Terima kasih sifu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmm... satu-satu, lama-lama akan jadi banyak-banyak ..:)

      Delete
  16. Harap HH sudi melawat blog saya:) wafiremli.blogspot.com

    ReplyDelete
  17. saya suka dgn PPL sebab x perlu minta org keluarkan duit. PPL kakikedai tu agak confuse. Nak daftar kat mana?

    ReplyDelete
  18. saya suka dgn PPL sebab x perlu minta org keluarkan duit. PPL kakikedai tu agak confuse. Nak daftar kat mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak dapatkan PPL kena daftar dengan bayaran :)

      Delete
    2. Assalamualaikum Bang Hasrul. Saya punya sebuah pertanyaan untuk Bang Hasrul,apa di wordpress.org kita masih diijinkan beriklan? Inilah blog utama saya yang terbaru >>> https://perahucadik.wordpress.com

      Delete
    3. Mengapa tidak? Boleh saja ....

      Delete
  19. Sangat menarik info ni. Suka-suka tulis blog tapi sebenarnya boleh menjana pendapatan kalau kena gayanya.

    ReplyDelete
  20. Maklumat berguna... Tapi nak dapat trafik 4000-8000 sehari tu , susah juga tu... Ada tips boleh share ke?

    ReplyDelete
  21. Thanxs sharing : ) Sgt membantu. kasi Thumbs up sket! hew.hew.

    http://nurainhidupku.blogspot.com

    ReplyDelete
  22. Ada sedikit membantu. Terima kasih. Lawat blog sy di http://mimpitidur.blogspot.com

    ReplyDelete
  23. assalam...saya berminat .tapi mcm mana saya nk mulakan..saya masih 0.xtau ape2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ada berikan pautan di atas, klik dan daftar sahaja.

      Delete
  24. Terima kasih atas perkongsian.. Nak cuba lah buat ☺️

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement