Jadi, bagaimana nak buat duit dengan blog tanpa produk sendiri?
2 Cara Termudah Buat Duit dengan Blog Tanpa Produk
Cara Mudah Pertama Buat Duit Tanpa Produk
Salah satu cara paling mudah ialah dengan menyediakan tapak iklan untuk disewakan di blog anda. Siapa yang mahu promosi dan letak iklan di blog anda, mereka akan dikenakan caj atau sewa.Mengapa perlu sewa walhal anda menggunakan platform percuma blogspot? Ini adalah kerana untuk membayar usaha anda mempromosikan blog anda. Usaha anda ping entri blog sana sini, usaha anda jadikan blog mesra SEO serta usaha anda mengemaskini blog anda supaya blog dapat trafik; yang secara tidak langsung akan mendedahkan pengunjung dan pembaca blog kepada iklan yang tersedia papar.
Namun begitu, saya nasihatkan kepada blogger yang bercadang mahu menyewa tapak iklan di blog memahami tanggungjawab yang mereka harus laksanakan - iaitu memastikan trafik ke blog sentiasa mantap dan berbaloi untuk pengiklan letak iklan. Tunjukkan bahawa sewaan tapak iklan itu berbaloi dan tidak merugikan mereka.
Sebuah blog yang boleh mendapatkan trafik sehingga 4,000 - 8,000 pengunjung unik sehari; dianggarkan boleh meletakkan sewaan tapak iklan di blog dari RM150 sehingga RM300 sebulan! Jika blog itu menyediakan sebanyak 3 ruang tapak iklan dengan sewa RM200 ... maka dengan mudah blog tersebut boleh menjana RM600 sebulan secara konsisten!
Cara Mudah Kedua Buat Duit Tanpa Produk
Cara kedua untuk buat duit dengan blog tanpa produk ialah dengan menyertai affiliate atau program yang menyediakan PPL (Pay-Per-Lead). PPL adalah satu program di mana blog anda membawa pelanggan kepada pihak-pihak tertentu. Pihak ini pula mendapatkan butiran pelanggan tersebut untuk tujuan promosi ataupun bagi tujuan pemasaran mereka.Contoh paling mudah ialah ChurpChurp dan juga 8Share. Anda promosikan khidmat, pengunjung daftar menerusi link yang disediakan, dan anda akan dapat komisen mudah. Selalunya komisen ini dalam lingkungan RM0.20 sehingga RM2.00 bagi setiap satu pendaftaran berjaya dilakukan.
Banyak contoh lain yang boleh diberikan untuk program PPL ini, tetapi saya sangat syorkan program di bawah yang nyata boleh berikan keuntungan berganda.
- 8Share - Rakan atau pengunjung yang daftar percuma akan terima RM1, dan anda akan terima RM1 apabila rakan anda berjaya peroleh komisen RM2 pertama.
- ChurpChurp - Anda akan terima RM1 setiap pendaftaran baru yang berjaya dari blog serta laman sosial anda.
Sebelum habis baca entri ini, cuba bayangkan andai penyata ini tiba ke dalam inbox anda.
wow. sangat menarik
BalasPadamno 1 kalau visitor blog meriah.. dan no 2 kalau ramai follower.. memang masyukk!
BalasPadamHmm .. tak semestinya .. :) teknik kena aplikasikan, kalau teknik tak betul pun tak jalan gak
Padamantara nak buat dan tak nak buat je.. :)
BalasPadamBetul tu, kalau nak seribu daya ... macam2 cara boleh buat untuk dapatkan hasil yang betul
PadamWahh...peluang terbaik dan terbuka utk semua mencuba. Thanks bro HH atas perkongsian. Banyak lagi kena improve utk diri wan sendiri nih.
BalasPadamYa. Masing-masing akan perbaiki diri jadi lebih baik.
Padamperkongsian menarik ni.
BalasPadamTerima kasih, moga akan lebih ramai blogger boleh jana pendapatan dengan blog.
PadamAssalam. Rasa nak buat sangat-sangat ni. Tapi masih lagi terkial-kial .
BalasPadamPelan-pelan .. jgn gopoh.
Padamtip menarik bro..
BalasPadamYa Kucha Lana ... tips untuk lebih ramai blogger berjaya hasilkan duit sampingan dengan blog
PadamInfo bermanfaat :)
BalasPadamT kasih diatas info.. sgt bermanafaat :)
BalasPadamTerima kasih banyak-bnayak
PadamSimple tips tp bermanfaat.
BalasPadam:) simple kan? Semua orang boleh buat punyalah ..
Padamthanks info
BalasPadammouse ni pon masih belajar pelan2 ni
hehe
Kakikedai.com tunetalk excel rupanya.
BalasPadamtips berguna ni
BalasPadamTerima kasih berkongsi. Bermanfaat
BalasPadamTerima kasih
PadamTips, petua dan advise yg sgt diperlukan ..... :)
BalasPadamHanya dua cara saja kenapa tak letak 5 ke....Ini menunjukkan ia sangat mudah hanya memerlukan 2 cara saja. Jika yg satu tu tak berkesan kita masih ada yang satu lagi. Terima kasih tuan HH sudi berkungsi info...semoga banyak manfaat untuk pengunjung setia di blog tuan.
BalasPadamterima kasih kerana perkongsian ini..
BalasPadamoh... terima kasih atas pencerahan. Saya dah buat ke dua2nya. Yg nombor 1 memang masyuk selalu. Yg nombor dua tu slow sikit, masih belajar lagi. Baru tahu kakikedai tu tunetalk. Sy dah join tapi tak jumpa banner utk pasang dlm blog. Terima kasih sifu :)
BalasPadamHmm... satu-satu, lama-lama akan jadi banyak-banyak ..:)
Padamgood info sifu
BalasPadamPerkongsian yang menarik :)
BalasPadamTerima kasiih.
PadamHarap HH sudi melawat blog saya:) wafiremli.blogspot.com
BalasPadamSemalam saya ada singgah ... :)
Padamsaya suka dgn PPL sebab x perlu minta org keluarkan duit. PPL kakikedai tu agak confuse. Nak daftar kat mana?
BalasPadamsaya suka dgn PPL sebab x perlu minta org keluarkan duit. PPL kakikedai tu agak confuse. Nak daftar kat mana?
BalasPadamNak dapatkan PPL kena daftar dengan bayaran :)
PadamAssalamualaikum Bang Hasrul. Saya punya sebuah pertanyaan untuk Bang Hasrul,apa di wordpress.org kita masih diijinkan beriklan? Inilah blog utama saya yang terbaru >>> https://perahucadik.wordpress.com
PadamMengapa tidak? Boleh saja ....
PadamSangat menarik info ni. Suka-suka tulis blog tapi sebenarnya boleh menjana pendapatan kalau kena gayanya.
BalasPadamBetul tu.
PadamMaklumat berguna... Tapi nak dapat trafik 4000-8000 sehari tu , susah juga tu... Ada tips boleh share ke?
BalasPadamThanxs sharing : ) Sgt membantu. kasi Thumbs up sket! hew.hew.
BalasPadamhttp://nurainhidupku.blogspot.com
Ada sedikit membantu. Terima kasih. Lawat blog sy di http://mimpitidur.blogspot.com
BalasPadamassalam...saya berminat .tapi mcm mana saya nk mulakan..saya masih 0.xtau ape2
BalasPadamSaya ada berikan pautan di atas, klik dan daftar sahaja.
Padammcm mna nk daftar
BalasPadamTerima kasih atas perkongsian.. Nak cuba lah buat ☺️
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.