Tahukah anda perbezaan antara sebuah blog dengan sebuah laman web? Hehehehe... saya sendiri pun tak berapa pasti, tetapi terima kasih kepada rakan blogger +Hanif Idrus yang memberikan pencerahanan mengenainya. Erkk .. ehh mestilah ada beza antara sebuah blog dengan laman web ... takkan sama kot, apakata baca entri ini untuk senduk mana-mana pengetahuan yang mungkin saya dan anda tak berapa nak tahu.
Apa beza blog dengan website?

Apa Beza Blog dengan Laman Web?

Secara amnya, sebuah blog merupakan sebuah catatan ringkas, yang kadangkala anda tak perlu nak tulis apa-apa pun seperti yang berlaku pada setiap hari Rabu - dikenali sebagai Wordless Wednesday. Blog punyai kronologi, dan blog punyai interaksi.

Berbeza dengan laman web, blog lebih bersifat peribadi atau paling tidak ada sentuhan peribadi dalam bentuk penulisan (personal touch). Itu sebab, banyak pengiklan serta syarikat besar suka pada blogger untuk tujuan mempromosikan sesuatu. Sentuhan peribadi ini menunjukkan pengalaman dan rasa sebenar, bukan dibuat-buat hanya kerana bayaran semata (walaupun ada entri yang memang ampu angkat tak hingat punya .. hehehee)

Blog punyai interaksi berkesan antara tuan punya blog dengan pengunjung serta pembaca. Berbeza dengan laman web yang lebih kepada interaksi satu hala - yang kurang melibatkan interaksi segera.

Blog adalah sebuah pemilikan. Tuan punya blog akan jaga blognya manakala sebuah laman web ... hmm diupah orang untuk dikendalikan, jadi sifat belonging itu tidak ada. Kalau blog tak ada pengunjung, tak ada trafik, pasti pemilik akan susah hati .. ye tak?

Ada banyak lagi perbezaan yang boleh disenaraikan, kalau nak tahu lagi, anda boleh jenguk hasil penulisan rakan blogger +Hanif Idrus di entri ini - Perbezaan Blog Dengan Website

 Jangan terkeliru pulak ehh, dan jangan sampai kalau ada mana-mana pakcik atau makcik tanya pada anda - yang memang ada blog tak tahu apa beza blog dengan laman web ... hehhehee.. macam saya ...lalalala...

"Pakcik Hasrul .... blog tu apa ehhh, website tu apa lak? Sama ke? Lain ke?" 

Boleh jawab?

In Sha Allah, dah boleh lepas anda baca entri ini ...kan kan? :P


23 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. btol tu...sebab tu ada perkataan "blogger" xde perkataan "websiter"..hehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Erkk ye la .. tak terfikir pun pasal ni ... :) nice

      Padam
  2. Terima kasih En. Hasrul atas perkongsian. Kalau orang tanya kak Ain lagi la tak tau nak jawap. he..he..

    BalasPadam
  3. nnt lau ada org tnya boleh kita menjawab yer..hu3..baru nampak macma blogger yg berkaliber..hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahaa... serius suka dengan alasan - "Baru nampak macam blogger berkaliber"

      Padam
  4. yezza.. sy pun confuse sebelum ini. haha

    BalasPadam
  5. Betul ke ada perbezaannya...betul apa yang tuan HH katakan blog ni kita dapat beraksi dengan pengunjung, sementara website pula sekadar memaparkan iklan dan maklumat sahaja tanpa ada reaksi pada empunya website...( ia sekadar maklumat, klik link sana, klik link sini ).

    BalasPadam
    Balasan
    1. Website kadangkala TIADA pun IKLAN ...macam laman web milik kerajaan - salah dari segi pentadbiran sebuah laman web ada iklan yang tiada berkaitan dengan agensi kerana ia merupakan laman web yang bukan untuk mengaut keuntungan.

      Padam
  6. alamak sy bunya weblah bukan blog sebab takde interaksi huhu

    BalasPadam
  7. blogger lebih kepada org persendirian (hidup) - two way communication, website lebih kepada company one way communication.

    BalasPadam
  8. terima kasih banyak2 atas pencerahan yang diberikan...

    BalasPadam
  9. Assalam.
    Alhamdulillah..akhirnya tahu juga perbezaan antara blog dan website. Terima kasih banyak-banyak Tuan HH dan Tuan Hanif Idrus.

    BalasPadam
  10. Boleh bg contoh tak supaya lebih jelas

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hmm buka blog sendiri, pastu gi laman web kementerian mana-mana di Malaysia ni .. nampaklah bezanya dengan ketara.

      Padam
  11. Alhamdulillah.. boleh dah jawab lps ni. Klu x boleh jawab bukan blogger namanye hehee :D

    BalasPadam
  12. Dan jugak website biasanya takde ruang komen bagai ni. Kena guna email je untuk hubungi :) Tak pernah terpikir pulak topik ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hmm kita boleh buat banyak lagi topik menarik .. hanya perlu fikir mudah, tak perlu kerut2 pala sangat pun

      Padam
  13. Saya pilih blog kerana ia lebih personal hehehe

    BalasPadam
  14. saya tengah buat kajian sebeb baru nak buat blog sendiri

    BalasPadam
  15. Bolehkah kita meletakkan www untuk alamat blog? Contoh: www.contoh.blogspot.my

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh. :) Itu benda am harus ada dalam URL internet

      Padam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement