Ramai blogger akan ada masalah untuk update blog berkali-kali dalam sehari. Mengapa perlu update blog banyak kali sehari? Mengapa perlu tulis entri 5-10 kali sehari? Sebagai seorang blogger baru, memberikan cerita terkini dan unik adalah satu kekuatan dan kelebihan. Saya nampak ramai blogger baru yang sering update blog akan mudah menerima kunjungan dan dapat pengikut tersendiri.

Itulah yang saya praktikkan semasa saya mula memperkenalkan blog ini sekitar tahun 2010. Saya dapatkan pelbagai cerita dan sumber, olah dengan ayat sendiri dan terus terbitkan di blog. Kemudian, saya promosikan entri, ping sana sini dan masuk segmen yang membolehkan blog ini disenaraikan di dalam bloglist.

Bagaimana Update Blog 5 Kali Sehari?

Bagaimana Update Blog 5 Kali Sehari?

Antara cara saya bolehkan blog dikemaskini dan terbitkan entri lebih dari 5 - 10 kali sehari ialah dengan menyertai beberapa komuniti dan forum tertentu. Antaranya;
Kemudian, saya juga cari bahan di laman-laman web seperti ini, antaranya:
  • Oddee.com
  • Acidcow.com
  • CuteandWeird.com
  • Wtffunfact.com

Cari Artikel Bergambar

Dan banyak lagi ... semuanya dari rangkaian laman-laman web dan blog luar. Saya cari entri bergambar, kerana gambar memberi impak yang sangat positif untuk pikat pengunjung yang akan menjadi pembaca serta pengikut. Serius, cara ini membolehkan blog ini satu ketika dahulu menerima kunjungan luar dan ada di antara follower blog ini adalah dari mereka yang tidak disangka-sangka! Ada beberapa follower blog ini terdiri daripada jurugambar pro dan blogger luar negara.
Tips update blog berkali-kali

Antara entri saya yang diolah dari sumber-sumber luar ini adalah seperti berikut:

Semua ini boleh anda dapati menerusi label ini:

Malah ada juga beberapa entri lain yang saya bersumberkan komuniti ... contohnya:

Tak Ada Masa?

Nah, saya dah bagi tips, petua dan rahsia saya sehingga blog ini berjaya dapat sehingga 2K pengikut dengan mudah satu ketika dahulu, dan ia juga cara saya update blog ini sehingga 5-10 kali sehari. Saya tulis entri di waktu malam, dan saya lakukan penjadualan setiap entri tersebut. Ada yang simpan sebagai draft dahulu. Ada cerita menarik yang belum ditulis saya bookmark dahulu ... tulis kemudian.

37 Teknik Luar Biasa Hapuskan Masalah Kekeringan Idea


Sekarang, anda sudah ada idea bagaimana nak tulis dan update blog sehingga 5 kali sehari. Jika saya boleh, anda pun boleh, in Sha Allah.

31 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. terima kasih berkongsi pengalaman bro :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama ... moga boleh beri manfaat buat semua.

      Delete
  2. saya pun banyak buat draft dulu dan jadualkan juga. kemudian, saya akan publish pakai fon jika tidak sempat guna pc. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tindakan yang bijak, strategi yang boleh diikuti ramai.

      Delete
  3. Sentiasa ada tips menarik di sini..nice sharing..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik Norniwanie .. terima kasih atas prihatin, moga banyak lagi tips yang boleh digeledah dalam blog inin.

      Delete
  4. bgs lh tips HH ... tp bila dh ddk dlm draft entry tue mcm dh tak nk keluar "publish" pulak.. hehehh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.. dia main aci nyorok ehh? Hehehehe...

      Delete
  5. Saya cuba buat auto publish sbb saya tau waktu keje saya fokus kt keje je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, begitulah Ainim .. saya tahu Ainim boleh buat punya

      Delete
  6. shark plak buat 2.
    pagi dan petang,
    slow2 update nnti.

    ReplyDelete
  7. tip terbaik bro..dkt carigold bro xjoin ke..hu3

    ReplyDelete
  8. cuba juga nak buat entri banyak.. tapi cuba juga untuk maintain..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha..maintain tu yang susah, saya pernah kata dah ... nak punlish banyak2 tak sukar, nak maintain tu yang sukar.

      Delete
  9. Terima kasih kerana berkongsi idea. Saya antara blogger yang baru nak menampak, tak sampai 6 bulan pun. Bagus juga idea-idea ini, mungkin boleh saya guna pakai kalau bersesuaian dengan blog saya yang lebih kepada kehidupan seharian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. In Sha Allah, banyak tips dan panduan saya kongsikan yang mungkin boleh bantu ...

      Delete
  10. baru nak mintak tips uruskan masa...tq sifu

    ReplyDelete
  11. blogger semakin byk pesaing. namun ape yg penting, olahan kita itu sendiri. cx pon blogger baru jgk. byk lg bnda yg perlu dipelajari. cx jg bersyukur Allah bg peluang pd cx berkongsi ilmu melalui medium sebegini :)

    ReplyDelete
  12. wahh..rajinnya update banyak artikel..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu dulu ... :) semasa blog ini masih lagi dalam carca marba

      Delete
  13. 5 entri tu memang rajin orgnya, saya 2 entei sehari pun payah

    ReplyDelete
  14. Assalam.
    Terima kasih Tuan HH. Tips yang bagus sangat.

    http://perjumpaanmeeting.blogspot.com/?m=1

    ReplyDelete
  15. T kasih diatas perkongsian.. mmg sgt2 berguna..

    ReplyDelete
  16. paling penting kena usaha bersunguh2 nak taip entri bukan sekadar nak cari trafic

    ReplyDelete
  17. Tabik dengan bro. Dapat menulis blog dengan tenang bermula jam 10 malam. :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenapa? Selepas 10 malam bro buat apa ???? hehehehe

      Delete
  18. mau tanya. lalu setelah update 5-10 per hari. Itu bisa dapet trafik berapa ya? mohon jawabannya ya. terima kasih

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement