Berkorban Kerana Blog?
Tak kisahlah anda korban apa kerana blog, tapi jangan sampai anda menjadi korban kerana blog. Jangan sebab blog, anda korbankan sholat 5 waktu. Jangan sebab blog, anda korbankan masa berkualiti bersama anak-anak. Jangan kerana blog, anda abaikan kehidupan hakiki.Blog hanyalah blog.
Tapi seperti yang saya beritahu di awalnya tadi. Blog boleh jadi pemberi manfaat kepada umat. Dan anda boleh menjana seribu keuntungan darinya. Bukan maksud wang ringgit, tetapi amal kebaikan yang boleh anda lakukan menerusi blog.
Berkorban untuk sesuatu yang baik memang amat digalakkan. Lebih-lebih lagi apabila ia melalui proses ikhlas dan redha. Namun, pengorbanan sebenar ialah membawa kebaikan kepada yang terhampir dengan anda. Jika pengorbanan itu memerlukan anda meninggalkan dunia blog, untuk memastikan agama dan keluarga anda selamat sejahtera, maka lakukan.
Jangan silap melakukan pengorbanan, kerana nanti yang rugi adalah diri sendiri. Fikir betul-betul.
Berkorban demi blog - berbaloi jika anda yakin segala kebaikan itu adalah lebih baik daripada anda melakukan di luar sana.
Selamat Hari Raya Qurban buat semua.
Selamat hari raya aidil adha :)
ReplyDeleteselamat hari raya aidiladha hh
ReplyDeleteinshaAllah akan seimbangkan aktiviti bersama blog.. ingat jangan terkorban dek blog..hehehe..
ReplyDeleteanyway #SalamAidiladha buat HH dan keluarga.. =)
bekorban apa sahaja.. harta ataupun nyawa :)
ReplyDeleteSalam Aidiladha.. :)
ReplyDeleteberkorban biar bertempat sokong sgt
ReplyDeleteSalam Aidiladha
ReplyDeleteberkorban biar kena pada tempatnya dan tau caranya..selamat hari raya Aidiladha
ReplyDeleteWell said! Selamat Hari Raya Iduladha.. :)
ReplyDeletesalam Aidiladha.....
ReplyDeleteberkorban jangan sampai terkorban
ReplyDeletesetahu kami, pengorbanan untuk blog ada dua. duit dan masa. Salam Aidiladha HH :)
ReplyDeleteYup..betul tu bro..jangan silap buat pengorbanan..kan nanti sia-sia pulak..hehe..
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.