Sebelum ini saya pernah berikan petua mengenai cara nak cipta tajuk entri yang boleh menarik perhatian pengunjung ke blog. Ada banyak teknik dan cara; berpandukan daripada mana anda mahukan trafik itu dijana. Saya pernah beritahu akan teknik ayat umpan untuk dapat trafik daripada laman Facebook, bukan ayat kontroversi tetapi ayat pikat dan pukau. Dan kali ini, saya nak beritahu anda mengenai satu teknik lain, iaitu menghasilkan entri mesra SEO berbentuk pertanyaan.

Entri SEO Bentuk Pertanyaan

Entri SEO berbentuk pertanyaan

Apabila berkata soal entri SEO yang berbentuk pertanyaan, pertama sekali anda perlu tahu akan jawapannya. Jangan buat entri persoalan, tetapi tidak disediakan jawapannya, nanti orang yang benar-benar mahu mencari penyelesaian akan berasa hampa.

Highlight Soalan Tersebut

Kalau dah nak buat tajuk entri pertanyaan, jangan lupa letak tanda soal. Ini perkara mesti dan wajib letak, walaupun ia tidak akan diambil kira oleh robot enjin carian, tetapi ia memberikan impak untuk pengaruhi pengunjung. Ia merupakan aspek penting untuk pikat manusia dan bukan robot carian.

Entri SEO bentuk pertanyaan ini bagaimana?

Tips Buat Entri Berbentuk Pertanyaan Mesra SEO

Ok, apabila anda menulis entri baru yang berbentuk begini; perenggan pertama itu penting bagi menghuraikan permasalahan yang ingin anda jawab. Pastinya perenggan awal itu akan ada katakunci-katakunci penting kepada persoalan. Contoh mudah, jika anda mahu cerita mengenai "Bagaimana Pergi ke Cameron Highlands?" ... anda mesti huraikan masalah itu dahulu, dalam pendahuluan, boleh cerita mengenai kedudukan atau lokasi Cameron Highlands tersebut. Boleh beritahu masalah yang sering dihadapi untuk ke Cameron Highlands.

Dan entri itu kemudian dikembangkan satu persatu menyatakan penyelesaian kepada tajuk entri pertanyaan tadi. Ikut urutan berdasarkan perenggan awalan tadi.

Katakan tadi, anda ada bagitahu bahawa terdapat 3 cara untuk ke Cameron Highlands, maka huraikan satu persatu ikut perenggan, dan buat H2 atau H3 tag pada tajuk-tajuk tersebut. Contoh; tajuk H2/H3

  • Cara Pergi Cameron Highlands Dari Arah Utara
  • Cara Pergi Cameron Highlands Dari Arah Selatan
  • Cara Pergi Cameron Highlands Dari Arah Pantai Timur

Bagaimana nak buat H2/H3 tag ini dengan mudah dalam blogspot? Anda boleh baca entri lama ini - 3 Struktur Heading dan boleh kemaskinikan struktur blog anda dengan cara ini - Cara Ubah Tag h1 dan h2 dalam Blogspot

Konklusikan Jawapan Kepada Ayat Pertanyaan

Bila dah berikan beberapa penyelesaian, jangan lupa letakkan pandangan anda pula di bahagian akhir entri tersebut. Ia boleh dianggap sebagai konklusi dan jawapan terbaik daripada anda. Ingat ehh, cuba letakkan tajuk entri pertanyaan itu di setiap bahagian - di awal perenggan, di tengah-tengah dan di penghujung entri, untuk membolehkan impak SEO lebih berkesan.

Bila dah siap, cuba baca balik entri tersebut, dan guna akal anda sekali lagi dengan buat pertanyaan - Adakah entri ini telah menjawab tajuk pertayaan yang anda cipta tadi? Kalau tak .. sila buat semula ... :P

Selamat mencuba.





9 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. wow! tips berguna. hehe. walaupun tak pentingkan sgt SEO tu.. tp bagus utk buat entri yg bermutu, org tak confuse. boleh guna gak tips ni utk buat karangan spm. hahaha. harap2 setakat ni entri2 sy org tak confuse. hihihi

    ReplyDelete
  2. info yang menarik ...kadang-kadang terlupa, tetapi kali ini kalau buat entry pastikan ingat dan lakukan untuk SEO......thanks HH

    ReplyDelete
  3. macam karangan spm.. kena guna balik la teknik2 menulis karangan dulu.. hehee

    ReplyDelete
  4. sokong dgn pha is tu..kena study balik caar nk buat karangan UPSR dulu ni

    ReplyDelete
  5. bagus ni.. ni yang cuba buat byk entry tanya tanya ni. terima kasih atas tips ini ^_^

    ReplyDelete
  6. Sukar sebenarnya untuk mengarang mengikut teknik SEO ni. Perlu bijak dalam mengolah ayat, jika tidak ianya tampak kurang menarik dan seperti ayat alih bahasa. Latihan dan ilmu amat perlu. Panduan HH sungguh bermanfaat.

    ReplyDelete
  7. masih terkial-kial nak buat entry menggunakan teknik seo yang betul. disamping tu penggunaan Tag yang betul juga masih blur. nway kita dah banyak belajar dari Blog HH ni..Tqvm HH

    ReplyDelete
  8. Tq.. Saya ni masih baru.. Seo ni pun baru dok belajar, terkial kial ;-)
    http://bondashmiza.blogspot.com

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement