Hebat, memang hebat ... blog dapat kunjungan ramai. Hampir setiap cerita disiar, ramai yang akan membacanya. Bukan baca kat takat A-M, tapi dari A sampai Z. Jika ada pengunjung pertama kali singgah ke blog tersebut yang baca entri dari awal sampai akhir, maka blog itu telah berjaya memikat pengunjung pertama.

Tak ramai blogger yang boleh hasilkan entri sebegitu baik. Saya sendiri masih lagi tak pandai-pandai untuk hasilkan entri sebegitu, al maklumlah, saya belajar mengenai molekul, belajar mengenai atom ... bukan bab sastera, bukan guna ayat yang mengiurkan sampai terleleh orang baca dari awal perenggan hingga akhir entri.

Jadilah blogger yang ada ilmu dan ada akhlak. Ada ilmu walaupun tak banyak, jangan sampai tiada ilmu langsung. Blogger perlu tahu cara dan kaedah buat blog yang sebenar. Dunia blog Malaysia bukan macam dulu. Dah lain bebenor dah.

Mengapa blogger terutama blogger baru perlu ada ilmu? Ini adalah untuk elak diri dari dipermain dan diperkotak-katikkan. Serius kata, saya dapati ramai lebih suka baca blog dan 'percaya' apa yang disampaikan menerusi blog. Jadi, kerana pengaruh ini, ada golongan mahu ambil kesempatan. Maka, andai ada ilmu, paling tidak dapatlah elak blogger dari kena tipu hidup-hidup - maksudnya benda senang dan mudah pun boleh dikelentongkan.

Ok. Itu satu bab. Satu lagi ialah blogger perlu berakhlak. Bila akhlak baik, ada tunjang agama sebagai rangka untuk bicara menerusi blog, maka tahulah akan halal dan haram, mana boleh mana yang tidak boleh.

Tentu tidak mahu entri kita cetus derita, sengsara, salah faham, ketegangan, huru hara, tak sedap hati dan macam-macam lagi. Akhlak yang bagus akan cegah kita dari menulis sesuatu yang boleh mengguris hati. Kita tak tahu siapa sebenar yang baca blog kita, maka kita perlu berhati-hati.

Sentiasa ingat akan Allah, akan agama, akan budaya kita yang tersirat dan tersurat, ibarat menarik rambut dari dalam tepung.

Blogger boleh berikan apa sahaja pendapat, tetapi harus fikir akan sebab dan akibat. Bukan semua akan suka, dan bukan semua orang akan faham apa yang kita cuba sampaikan. Namun, in Sha Allah... dengan ilmu ... dengan akhlak baik, perkara yang tidak sepatutnya boleh dielakkan.

Oh ya, andai anda seorang blogger yang ada ilmu tinggi, tapi akhlak ntah ke mana, tak boleh juga. Ia mesti seiringan. Akhlak tinggi tapi ilmu tak berapa nak cukup pun tak boleh juga .... nanti jadilah ilmuwan yang ditipu dan dicuri ilmu, lalu sapi akan dapat nama hanya kerana orang asing minum susu lembu yang dikotakkan.

In Sha Allah. Dan moga Allah hilangkan riak, takbur mengenai ilmu dan jadikan kita semua manusia terbaik.


7 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. saya tengah berusaha untuk cari ilmu dan memperbaiki akhlak dalam diri..

    p/s: Entri terkini saya bertajuk- 3 Tabiat Hebat Blogger

    ReplyDelete
  2. T kasih diatas peringatan & perkongsian HH..

    ReplyDelete
  3. Sokong. Sebab bila kita mati, segala yg baik drp blog sama ada yang kita tulis/komen akan menyalur pahala berterusan kepada kita di alam sana selagi pembaca blog kita menerima manfaatnya. Jika buruk yang kita tulis adalah 'saham' yang akan kita dapat juga. Hati-hati:) bayangkan kita mati sebelum sempat memadamnya...

    ReplyDelete
  4. ilmu tidak pernah habis..setiap yang diperlajari adalah ilmu yang baru...dari www.tepakku.com

    ReplyDelete
  5. logik akal itu kena ada acuan dia

    ReplyDelete
  6. ilmu dan sikap perlu seiringan. betul.kata HH. terima kasih.

    ReplyDelete
  7. insyaallah, sekarang sedang cuba perbaiki diri untuk jadi lebih baik, insyaallah :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement