Penat anda buat entri panjang-panjang tetapi orang hanya baca sekerat jalan. Malah, ada yang cuma baca tajuk, perenggan pertama lalu terus tutup blog anda. Maka, bagaimana nak buat mereka kekal tetap membaca entri anda sehingga habis? Satu tips yang boleh saya kongsikan ialah dengan misterikan entri anda.

Misterikan Entri Di Dalam Blog

Misterikan entri? Bagaimana tu? Kena letak gambar rumah tinggal lama ke? Atau kena buat cerita seram ke? Hehehehe... tak tak, saya bukan suruh anda cipta reka sebuah entri misteri nusantara, tetapi membuat satu entri yang boleh menimbulkan persoalan dan tanda tanya, yang mana di akhir entri anda berikan jawapan kepada persoalan itu; atau memberikan pengunjung dan pembaca menjawab 'kemisterian' entri anda itu.

Lakukan Di Perenggan Pertama

Masih ingat mengenai entri lepas, bagaimana perenggan pertama itu amat penting untuk pikat pengunjung terus membaca entri anda?

Misterikan entri anda dengan melakukan beberapa pertanyaan yang boleh membuatkan pengunjung dan pembaca mahu mencari jawapan dalam entri anda. Perenggan pertama entri anda perlu menggunakan ayat-ayat yang boleh membuatkan pembaca berfikir .... tetapi belum boleh membuat kesimpulan.

Perkuatkan dan Tambahkan Misteri

Cara ini diperkuatkan pula dengan meletakkan statistik tertentu, gambar berkaitan, cerita pendek atau kenyataan tertentu (quote).

Elakkan penjelasan diberikan sepenuhnya di awal entri, tetapi menulis dengan perkembangkan bahagian perenggan pertama tersebut.

Timbulkan lebih banyak persoalan, dan cuba menulis dengan permainan kata. Dan akhirnya anda berikan apa yang boleh disimpulkan. Atau anda buat mereka tertunggu kesimpulan tersebut di entri akan datang.

Cara ini akan menyebabkan mereka akan berfikir untuk datang kembali ke blog anda. Nah, dah dapat pancing pengunjung untuk datang lagi ... dan lagi.


10 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. sifu dah tunjukkan skill penulisan yang terbaik ni..hu3..gud info bro

    ReplyDelete
  2. kena byk bfikir ni nak letak entry yang macam mana ^.^

    ReplyDelete
  3. HH...memang bijak...che mat tabik laaa......

    ReplyDelete
  4. Memang sukar utk membuat tarikan dari hanya menggunakan ayat. Cara lain adalah dengan gambar. Teknik HH perlukan latihan dan perlu bijak menyusun ayat dan kedudukannya. Itu yg berjam2 nak buat satu entri jer...huhu

    ReplyDelete
  5. Bagus cara ni, sy perlu belajar lagi ni..

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum bro.. Satu tips yang menarik untuk umpan orang baca sampai habis..

    ReplyDelete
  7. susahnya nak wat entri misteri nih..

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement